Posts

Showing posts from 2011

Selamat Tahun Baru ...2012

Image
Assalam semua.. Selamat menyambut tahun baru. Semoga 2012 membuka lembaran baru dalam kehidupan kita semua. Azam?..Untuk tahun 2012 pulak...perjalanan hidup ini akan lebih mencabar dan mencabar. Semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan hendakNya. Amin amin. Agar impian menjadi kenyataan Rezeki bertambah baik.. Dan segala galanya akan Kegembiraan dunia dan akhirat... So, selamat tinggal 2011 Segala pengalaman dan kenangan 2011 dijadikan memori dan sandaran. Kalau yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Kita bina kecermelangan dengan iktizam yang tinggi untuk tahun 2012. Agar tahun 2012 menjelma dan dilalui dgn jayanya. Amin Amin......Amin Bye n salam semua. Sehingga berjumpa lagi

Rancangan 2012....

Image
Salam semua Perancangan tahun 2012 adalah ingin berurusan dengan benda berwarna kuning yang berharga. Bagaimana nak diuruskan. Den akan belajar untuk menjadi peniaga offline dan online benda warna kuning ini. Ada seorang sahabat ingin mengajar bagaimana untuk menjadi peniaga benda ini. Nak meniaga benda dalam gambar ini. Tetapi tidak mempunyai stall atau kedai. Just internet dan offline. Bagaimana?..Dengan gambar diatas...beli dan jadikan gambar dibawah pulak... Jadikan barang seperti ini dan pelbagai dengan pelbagai size dan berat...Insyallah sebab apa? Harga benda kuning berharga ini sentiasa naik, InsyAllah... Maka doakan den berjaya dalam usaha kearah satu lagi pradigma yang berbeza. Amin amin. Untung sabut timbul untung batu tenggelam....wow. Usaha kena buat untuk berjaya dalam hidup ini. Jumpa lagi. Bye n salam

Dividen ASB 2011

Assalam semua. Inilah berita yang ditunggu oleh semua pelabur didalam Amanah Saham Bumiputra..Dividen telah diumumkan..Berita nie dapat melalui pulic forum yang aku selalu layari. Dividen yang telah diumukan adalah : Dividen : 7.65 sen per unit Bonus   : 1.15 sen per unit Perbandingan tahun tahun sudah                    2009              2010              2011       Dividen        7.3                 7.5                  7.65 Bonus          1.25               1.25...

Quote Yang Best....

Image
sekadar berkongsi : Dimanakah kita?.

Bankrap...Bankruptcy

Image
Salam semua. Bukan nak cerita mengenai sesiapa cuma dah terbaca berita online nie.  so sekadar berkongsi maklumat. Jadikan iktibar dan sempadan dalam pengurusan kewangan (duit) kita sendiri. Boros atau kurang ilmu pengurusan duit sendiri maka berita kat bawah nielah akibatnyer... ****************************************************** 235,908 diisytiharkan bankrap setakat Oktober 2011 KOTA KINABALU 6 Dis. – Setakat Oktober tahun ini, seramai 235,908 individu diisytiharkan bankrap di negara ini, kata Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil. Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), punca utama yang melibatkan kebankrapan ialah pinjaman sewa beli iaitu 26 peratus, diikuti pinjaman peribadi (21 peratus), pinjaman perumahan (14 peratus) dan pinjaman lain termasuk pinjaman perniagaan dan penjamin korporat. "Ini meletakkan Malaysia antara negara yang mempunyai jumlah kebankrapan yang tinggi berbanding dengan negara lain iaitu puratan...

Tarikh Yang Ditunggu...Dividen ASN & ASB

Image
Salam semua Gambar yang ditempelkan ini memberikan seribu erti untuk peminat peminat atau lebih layak lagi digelar pelabur pelabur tegar ASN ada ASB. Dan masing masing sedang berkira kira berapa banyak dividen yang akan diumumkan kelak. Semoga dividen kali ini sama atau lebih sedikit dari tahun lepas. Boleh buat belanja setahun, untuk penganggur seperti den nie. Okaylah. Den akan postkan nilai dividen yang pasti akan diumumkan kelak. Bye n salam semua.

15 Disember 2010 - BKD

Assalam semua Lama betul den tak update blog nie. Klu dulu duduk Indonesia, rajin betul den update...lah nie dah berkerja sendiri den sibuk yang dibuat buat..hahaha...Mana tak sama jer sibuk cam kerja juga. Takper...rezeki dah macam nie. kali nie nak bercerita sedikit mengenai rumah baru den dekat BKD...Sekarang nie dalam phasa renovate..sebab den dah bercita cita nak masuk rumah baru dengan konsep cuci kaki...bukan den tetapi orang ghumah denlah cuci kaki... Klu sebut pasal kos renovate...dah boleh bayar penuh rumah tu tetapi dah terniat dalam hati so kenalah buat...kos perabot dah 10k lebih (nie perabot jati), brg letrik dah dekat 9K..Tilam dah order..Tilam VONO..sekali dalam hidup, tidur tilam mahal...rasanya sama jer... Okaylah...nanti bila dah siap...den show picture secara satu persatu konsep rumah den...Insyallah nanti den jemput datang rumah den pada masjlis masuk rumah baru...kenduri kesyukuran.. Okaylah sehingga berjumpa lagi.

Better Do Something Than Nothing....

Assalam semua. Lama sudah den menyepi. Sibuk ker?..Tak juga, shj buat buat sibuk. Hahaha. Insyallah tahun nie den akan memasuki phasa baru kehidupan. Apa tu?..Alah pindah rumah dari rumah teres ke rumah semi-d jer..Okaylah, berbalik kepada tajuk...nampak cam menarik tetapi hayatilah... Tajuk nie adalah ditujukan kepada diri den sendiri dan keluarga den sendiri. Sekurang kurangnya den sudah mencuba...dan terpulanglah kepada yang maha Esa menentukannya. Amin amin Bye n salam

Mencairkan Asset

Salam semua kawan kawan Nak cairkan asset?...Asset apa?...Sebab apa?.. Den sebenarnya nak mencairkan asset emas dalam bentuk jongkong den untuk den memasuki phasa baru dalam hidup den iaitu nak berpindah rumah besar sikit dekat BKD...Insyallah. So bermula bulan nie..den kenalah rajin mengiklankan di FB untuk jual secara online...insyallah mesti ada yang berminat nanti...eheheh..So doakan den berjaya menjual...amin Sehingga berjumpa lagi

AHB Dividen kedua Tahun Pertama...

Salam semua Amanah Hartanah Bumiputra telah diumumkan untuk dividen kali kedua tahun pertama sebanyak 3.25sen seunit saham. Syukur alhamdullilah. Bawah nie beritanya ------------------------------------------------------------------- PHB umum agih pendapatan kali kedua KUALA LUMPUR 6 Okt. - Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) mengumumkan pengagihan pendapatan kedua sebanyak 3.25 sen seunit untuk Dana Unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tempoh enam bulan berakhir pada 30 September 2011. Pengagihan ini mencerminkan kadar pulangan tahunan sebanyak 6.5 peratus, yang ditanda aras terhadap pendapatan 12 bulan Akaun-i Pelaburan Am, Maybank Islamic Berhad. PHB merupakan penaja dan Maybank Investment Management Sdn. Bhd., selaku pengurus bagi dana tersebut. Jumlah pengagihan pendapatan untuk sepuluh bulan pertama berakhir pada 30 September 2011 adalah 5.42 sen seunit bersamaan kadar pulangan tahunan sebanyak 6.5 peratus. Pengagihan pendapatan yang pertama sebanyak 2.17 sen seunit...

Kalau Nak Dijadikan Rezeki...Amin

Salam semua Semoga kita semua sihat dan diberkathi selalu olehNya. Sudah lama sangat den tak update cerita dalam blog nie. Bukan sibuk tetapi penyibuk aje. Nak cerita sedikit tentang emas dan perak skrg nie harga sedang turun dan inilah masa yang amat amat sesuai untuk para pengemar atau pelabur emas dan perak untuk menambah stok dan menambahkan bilangan kuantiti unit pelaburan masa hadapan mereka. Den?..ada sen den tambahlah klu tak de den menung jerlah. Ini biasa...Kadang time beli tu mesti harga menurun keesokan harinya...Biasa sangat den kena camnie. Apa boleh buat...hahaa den bukan pakar ekonomi pun. Main bedal jer.. Satu lagi pelaburan yang den telah buat adalah pelaburan Dinar Iraq?..Apa dia?..Den secara kebetulan terjumpa satu laman web mengenainya. Baca pun baca den paham apa itu pelaburan dinar iraq. Akhirnya den membuat keputusan untuk menceburi pelaburan dinar iraq ini. Den berjumpa dengan parnet bisnes dan dia juga bersetuju dengan den dan kami percaya ianya akan berlaku ...

Hari Kemerdekaan Malaysia - 54

Image
Salam semua Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia kali ke 54. Semoga bumi Malaysiaku ini akan lebih aman makmur dan tenteram. Amin amin. Merdeka, Merdeka dan Merdeka. Kita hendaklah merdeka pemikiran, budaya, ekonomi dan semua aspek yang bebas bukan lagi dijajah. So bersama sama kita menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia -54. Bye n salam

Selamat Hari Raya 2011

Image
Salam semua Alhamdullilah dan bersyukur kepada yang Maha Esa kerana memberi kita peluang sekali lagi menjalankan ibadah puasa dibulan ramadhan dengan jaya dan sempurna, Insyallah. Dan kini kita akan menyambut 1 syawal selepas ramadhan. Di kesempatan yang ada ini, saya ingin meyusun sepuluh jari memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada semua sahabat handai, kawan kawan dan saudara mara yang mengenali diri ini. Manalah tahu disepanjang kita berbicara sebelum ini, saya ada terkasar atau terguris perasaan anda tanpa saya ketahui atau buat buat tak tahu..eheheh. Saya juga bergitu dengan anda semua. So kita kosong kosong sekarang nie. Nanti jangan lupa jemput saya ke majlis open house masing masing. Saya akan sedaya upaya untuk menghadiri majlis tuan puan dan kawan kawan. Amin amin. Semoga kita semua diberkahti di hari yang baik dan bulan yang baik ini. Amin amin Sehingga berjumpa lagi. Bye n salam

ASW 2020 : 2011 Dividen 6.5%...

Salam semua... Duit bonus raya...kepada sesiapa yang ada membuat pelaburan di Unit Amanah PNB ini... ---------------------------------------------- 19 Ogos, 2011 19:22 PM ASNB Umum Pengagihan Pendapatan 6.5 Sen Seunit Untuk ASW2020 KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 6.5 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2011. Ini merupakan kenaikan 0.15 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan 6.35 sen seunit tahun lalu, kata Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid................................. Klik Sini : Berita Penuh ------------------------------------------------------------------- Semoga apa yang telah dirancang untuk menjamin masa hadapan harus dipertingkatkan. Motto : PELABURAN JANGKA PANJANG UNTUK STRATEGI JANGKA PANJANG.... Bye n Salam semua

Hamper Dan Angpau...

Salam Entry kali bunyi cam ngam jer. Hamper dan angpau adalah benda yang sinoname dengan kedatangan syawal. Kira pemberian hamper nie bertujuan untuk mengucapkan terima kasih atas sokong yang tidak berbelah bagi dari satu pihak kepada satu pihak. Janganlah anggap ianya RASUAH. Tetapi bergantung kepada persepsi masing masing. Bagi aku kalau orang nak kasi kita ambik, bak kata pepatah musuh jangan dicari....... Kalau dulu ada jer pihak yang hantar hamper, tetapi kali ini aku pulak yang tergerak hati nak kasi hamper dekat orang. Sudah ada rezeki, maka kenalah berkongsi sedikit. Takgitu bunyinya. Insyallah dalam minggu nie urusan hamper telah diaturkan. Maka orang yang dikenalpasti untuk menerima hamper juga sudah dicatatkan. Angpau?...Yang nie pun dah jadi trend, hahaha...Kalau hari raya mesti pihak yang bermurah hati memberikan angpau kepada anak anak tetamu yang hadir ke rumah mereka. Niat bersedekahlah. Begitu juga aku, aku berniat untuk memberi sedikit angpau kepada nama nama yang t...

Dalam Hati ada Perak......pulak

Salam semua Sekarang nie dalam hati ada perak sahaja...Dulu ada emas....Sekarang nie sedang membuat pusing U yang agak cepat untuk membalancekan hati emas dgn hati perak aku nie....Target untuk kedua dua benda yang berwarna perak dan emas nie 5 ke 10 tahun....Klu lima tahun aku 41 klu 10 aku 46...pada masa tu wawasan 2020 pun dilaungkan....dan aku bolehlah buka benda yang berwarna perak dan emas nie....ehehehe....Wait n see... Lah nie kawan aku TF pun sudah kena badi ini barang..WOW excited beb...dulu aku pun gitu gak...bila dah kena badi benda nie...perhh....best ooo. Tapi kawan aku cakap...main benda nie okay sebab dia sesuatu yang merupakan aset mudah cair juga...hahaha...Bolehlah. Yang penting benda yang aku minat nie meningkat harganya kemudian hari...wow. Lepas beli ebook Ikram Adi...terus dalam hati mesti ada perak....lah nie dah cuit sikit sikit benda warna perak nie....kira mcm aku cuit benda warna emas dulu...ingat lagi kata Syukur Hashim...bila kau dah memilikinya...mesti ...

Aku Masih mengingati MU...

Salam semua. Tajuk entry kali ini nampak cam dah jatuh cinta...hahaha...Tak sebenarnya. Pagi tadi aku bermimpi bersama-sama dengan kumpul kerja syarikat lama...dalam satu meeting dan jamuan makan..Meriah sungguh...Apakah aku masih mengingati mu?...Wahai Plant yang dah aku tinggalkan... Entahlah....Tapi yang penting, den masih lagi happy boleh gie sana juga walaupun den dah tak berkerja. Terima kasih kengkawan yang sudi kawan dengan den lagi...Dulu setiap pagi singgah lepas hantar Aiman Zarfan sekolah...minum kat kedai botak...Lah nie, petang singgah sebab nak ambik dia sekolah...hahaha...Bulan pose meee... Aku doakan yang baik baik untuk Plant BRI semasa beroperasi atau pun dalam bisness mereka. Semoga kawan kawan aku mendapat ganjaran yang baik. Insyallah. Hahaha Bye n salam.

Ramadan 2011

Image
Salam semua member dan family Esok August 1, 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432 Hijri...maka kita semua rakyat Malaysia yang aman tenteram lagi makmur sejahtera akan menyambut Ramadan (Puasa).. Alhamdullilah syukur kerana diberi lagi peluang untuk menambah amalan puasa dan menikmati puasa. Syukur Alhamdulillah...Ya Allah. Kau berkathilah amalan puasa kami kali ini. Amin amin Sehingga berjumpa lagi. Selamat beramal semua. p/s : * Picture copy dari google image aje.        * Puasa puasa juga...sembahyang jangan pulak lupa....hehehe....Sambil berpesan kepada diri sendiri.

Emas...Silver...Hartanah

Salam semua. Hari ini den termenung sendiri sambil menghisap rokok dirumah besar Pulai Chondong, Kelantan...terpikir sejenak akan emas, silver dan hartanah. Mana satu yang hendak dijadikan aset masa hadapan. Kesemuanya baik. Mempunyai nilai masa hadapan yang akan naik secara kita tidak perasan. Contohnya emas kenaikan secara sedikit adalah 20% setahun, hartanah pulak sekitar 10 ke 25% setahun (lebih kuranglah) depand kepada prime lokasilah...manakala silver boleh melonjak lebih jauh...contoh tahun lepas lebih dari 60% setahun...perh perh... Kalau emas dan hartanah nie harga permulaannya adalah tinggi beb....harga emas mengikut karat...24K sekitar 160 ke 170 manakala 22K sekitar 145 ke 158 sekrang nie...Nie kira harga yang boleh kita cari dekat internet...klu dekat kedai..ayooo...banyak tinggi ooo...Manakala hartanah pulak harganya bergantung kepada lokasi dan saiz hartanah yang hendak kita beli...Klu nak murah masuk lelong..hahaha...Ini nasib maaa...Den dah cuba tapi belum ada rezeki....

Rumah Lelong...

Salam semua...semalam (27/7/11)...adalah tarikh keramat dimana aku first time gie masuk rumah lelong. Nak masuk rumah lelong nie kenalah follow step dia seperti tengok ghumah tersebut, minta pos gan cos kat jurulelong...carian harta kat pejabat tanah...standby bank draf... Lelong yang aku masuk ada dua...satu kat high court Melaka gan kat hotel Kings...Dua dua kalah...perhh...Yang pertama jumpa gan Otai Pie2020 kat high court..dia masuk rumah yang sama dgn aku...hahaha...pelik kat sini...mula2 aku cuak beb...perasaan pertama masuk bid rumah...hahaha...Ramai gak agent masa bid rumah nie...Yang menang kat sini adalah tuan rumah tersebut..dia masuk atas nama bini dia...klu dia deal tadi...merasa gak aku duit tepi..hahaha...."malaslah nak cerita peel tuan rumah nie"....merayu dia susahlah...hahaha.... Kalah, aku minum gan bro Pie gan Amri...(satu clicklah tu gan Bro Pie)...cerita cerita aku terus short gie CIMB buat bank draft baru untuk second auction kat kings...Kalah gak.....

Aiman Zarfan - 5 year Old

Image
 Kek Lobak Salam semua 14-07-2011, adalah hari lahir anak lelaki aku yang kedua nie. Aiman Zarfan Bin Zolpaka. Dah besar dah anak ayah nie. Semoga memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada aku dan wife kelak. Bye n salam. Inilah Aiman Zarfan Bin Zolpaka

Lelong Emas - Online

Image
Salam semua Entry kali ini adalah mengenai lelongan emas yang dijalankan secara Online oleh sebuah syarikat yang bertapak di Selangor. Hahaa. Ini adalah kali pertama aku masuk. Barang banyak. Diberi masa selama seminggu lebih kurang. Akhirnya aku berjaya untuk membida seutas Rantai Tangan.  Menang Bid. Last Minute Bid. Harga pembukaan adalah RM134.50 dan aku berjaya membida sebanyak RM140.50. Ini adalah last minute bid sebelum tawaran ditutup. Dari banyak-banyak yang aku masuk bid, menang satu jer. Okaylah ye. Adalah untung sikit...orang kata boleh dapat lagi murah. Entahlah, aku cuba gak survey klu ada org terdesak nak jual.Hahaha. Belum berezeki lagi nak dapat durian runtuh. Ini pun kira okaylah. Bayaran untuk barang kemas ini telah dilunaskan. Insyallah, dalam minggu nie dapatlah. Amin amin amin Bukti Pembayaran : Atas Nama Admin Sekian terima kasih semua...Sehingga berjumpa lagi. p/s: Mcm dah gila kumpul emas jer. Brader nie?.

Bank Persatuan ...Dividen 2010...7.5%

Salam semua Ini adalah kali pertama aku akan merasa dividen dari Bank Persatuan (Koperasi)...sebelum nie aku target minima dividen yang akan diberikan adalah 10% tetapi kali ini tersasar rendah. Hahaha..Takper yang penting dia tetap berprestasi tinggi untuk memberikan dividen. Walaupun share aku dekat sini tak banyak tetapi cukuplah untuk duit duit bayar bil. Okaylah jumpa lagi dan salam ceria untuk semua. Bye n salam. ...Petikan dari perutusan Pengerusi Bank Persatuan : Kat sini : KLIK " ... Untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 juga, lembaga telah memperuntukkan dividen sebanyak RM24.40 juta bersamaan 7.5% daripada keuntungan bersih tahunan Bank Persatuan .  Cadangan pembayaran dividen 7.5% ini adalah berasaskan kepada pencapaian keuntungan bersih tahun semasa (2010) berbanding dengan kedudukan pertambahan modal syer anggota yang telah meningkat kepada RM367.4 juta bagi tahun 2010 berbanding hanya sebanyak RM291.6 juta pada tahun 2009.  Kadar dividen y...

Dividen KPF 2010 - 15%

Salam semua. Ceria selalu Wow berita gempar untuk aku...Semalam (23/06/2011). Pihak KPF - Koperasi Permodalan Felda Berhad telah membuat pengumuman dividen untuk tahun 2010 sebanyak 15%. Ini berita dia ( Dividen 15% )..Apa yang bestnyer klu KPF umum dividen?..Aku ada share ker?.. Sudah tentulah jawapan untuk pertanyaan diatas. YA. Banyak ker aku punya share?..Itu adalah rahsia...tetapi bolehlah bernafas. Gembira hati nie tak terkira sebab inilah first time aku merasa dividen KPF. Kalau aku tahu dah lama aku join ini koperasi. Tetapi sudah rezeki aku lewat tetapi tetap bersyukur. Okaylah jumpa lagi semua. bye n salam.

Lelongan Ar Rahnu - Emas

Image
Alhamdullilah..Menang lagi untuk kali ke-3 Sebenarnya ini adalah barang kemas yang aku bid bersama dengan barang kemas yang aku menang tempoh hari (ke-2, menang). Mengikut kata pegawai bank, org yang menang bid nie dia tak datang ambik so dia beri kepada org yang kedua tertinggi bid iaitu aku. So alhamdullilah 2 rantai tangan seberat total 27.7gram menjadi milik aku. Barang kemas nie aku menang dalam RM 140.00. Walaupun tinggi tetapi masih lagi okay sebab harga arrahnu di Agro bank adalah RM 161.80 dan di Bank Rakyat adalah RM163.72 . Wow...beza untung tu banyak oooo...RM 20.00...Adalah untung RM 400. Matlamat aku sebenarnya adalah untuk mengumpulkan 8 set sebanyak 100 - 120gram setiap set. Aku nak play my role dekat arrahnu Bank Agro. BUKAN untuk jual balik tau.  So okaylah dengan harga segini. Bye n salam. Jumpa lagi p/s:...27hb June 2011 - Bank Rakyat Jalan Hang Tuah ada buat lelongan lagi...so jom kita terjah...hahaha...mencuba nasib lagi sekali. Mana tahu ada luck atau tu...

BLR naik ke 6.6%...

Salam semua Just nak update yang BLR telah dinaikkan kepada 6.6%. So adakah ini petunjuk ekonomi menaik atau menurun. Terpulang kepada persepsi anda masing-masing. Bagi saya BLR ini masih lagi reasonable untuk dilalui. Berhati-hatilah dengan hutang yang menggunakan konsep BLR. Bye n salam

2012 - PRI ke BKD

Image
Salam semua. PRI aka Taman Paya Rumput Indah manakala BKD aka Taman Bukit Katil Damai 2. Alhamdullilah perjalanan hidup selepas melepaskan jawatan yang diidam-idamka dahulu di PMSB telah menyempurnakan impian aku untuk memiliki sebuah rumah Semi-D. Insyalah tahun 2012 aku akan menjadi warga Bukit Katil Melaka. Doakan aku dan keluarga bahagia semua. Sokongan tanpa henti anda terhadap den, amat2 den hargai. Insyallah den akan jemput semua kawan2 datang kerumah baru den di Bukit Katil Damai 2 nie. Sehingga kita berjupa lagi. Bye semua.

Lelongan Ar Rahnu - Emas

Image
Salam semua. Menang lagi menang lagi.... Alhamdullilah rezeki..ini adalah kali ke-2 aku menang bid emas lelong di Bank Rakyat. Kali ini Bank Rakyat Melaka Main. Emas 916 harga ditawarkan adalah RM 135.19 dan aku telah bid dengan harga RM 139.55. Manakala harga pasaran adalah RM 161.80 di Agro bank dan di Bank Rakyat adalah RM 161.78. Alhamdullilah dekat 20 inggit bezanya. Kali ini rantai leher juga. Wow bestnyer...syukur syukur. P/S : Ingat bulan tujuh nie nak masuk auction rumah pulak. Dah survey survey dekat taman muzaffar shah..okay gak. eheheh. Klu owner tak bid balik aku layan ini pulak...kasi cabang lain investment nie..hehehe

KPF 2

Salam semua. Tajuk kali ini mengenai KPF 2..dulu aku ada cerita mengenai bakal kewujudan koperasi felda untuk generasi ke-2..maka hari ini aku telah diberitahu akan pembukaannya. Tadi dah call KPF 2 ..Cik Nurul telah menjelaskan..konsep untuk memohon adalah sama seperti KPF juga kena ada syarat pengesahaan dari pada pengurus felda. Limit untuk membeli share KPF2 adalah sebanyak RM100k seorang shj..so okaylah tu. Den akan membuat urusan untuk tujuan ini pada minggu ini dan InsyAllah minggu depan dah leh hantar permohonan ke KPF2..konsep menambah share adalah sama seperti KPF2..tunggu keahlian diluluskan dan kita buat penambahan...yehaaa.... Bertambah lagi porfolio pelaburan den...Insyallah den hanya mengharapkan 10% dividen setiap tahun...amin amin amin. Bye n salam

Impian 2011...

Salam semua. Apa khabar. Seperti sedia maklum saya sudah tidak lagi berkhidmat dengan Pantai Medivest Sdn Bhd (Incinerator Plant) lagi..tetapi hati masih lagi berada disana..cuma tidak seperti dahulu...Kehidupan sekarang lebih tenang dan bahagia...Terima kasih semua..Terutama APM yang selalu support saya...dan juga MSI, RK, NMN, S, NN, KJ dan semualah yang ada kat situ...Sokong kamu tak terbalas... Lupa pulak...sekrang nie dah capai angka 36..wow besar tu dan akan meningkat setiap tahun. So impian 36 dan seteruanya adalah untuk.... 1. Tahun nie nak capai BMI yang baik untuk saya itu...berat badan mesti dibawah 70kg...Apa yang saya buat sekrang nie..saya sedang menjalani diet carbo..Diet yang teramat sukar melawan nafsu...maksudnya saya kurangkan pemakanan yang mempunyai carbo yang tinggi...So dalam semua pekara kita mesti ada tempat rujukan...rujukan saya dan penasihat pemakanan saya adalah Puan RK dan husband...Insyallah saya boleh... 2. Nak jadi pemanupulate emas yang baik..tahun ...

36 Tahun..

Happy Birthday kepada aku...Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-36 tahun. Perhh..It just a number bro..Hahaha...Apa apa pun aku amat-amat bersyukur yang tak terhingga dengan limpah rahmat dan kurniaNya kepada diri ini...Amin amin amin...Semoga perjalanan hidup ini yang seterusnya dipermudahkan dan dipersenangkan hendakNya..amin amin. Pada usia 36 tahun aku sudah pencen awal...Apa apa pun aku akan cuba untuk memperbaiki taraf hidup aku dari semasa ke semasa. Kepada keluarga yang tak jemu jemu sokong. Terima kasih. Kepada kawan kawan yang sering memberikan kata2 positif dan sokong juga aku ucapkan ribuan terima kasih. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua. Amin amin amin. Sudah 3 tahun aku sambut majlis kelahiran ini di Indonesia. Kali ini aku sambut di Malaysia dengan keluarga..Alhamdullillah. Bye n salam

Yahooo...Gmail....Vs Email 1Malaysia....

Salam semua... Merujuk kepada berita disini Akaun e-mel peribadi setiap rakyat dan dibawah ini Wujud perhubungan langsung warga berusia 18 tahun ke atas dengan kerajaan PUTRAJAYA: Mulai Julai ini rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan diberikan akaun e-mel peribadi menerusi web portal E-mel 1Malaysia yang membolehkan mereka menerima kenyataan dan makluman daripada kerajaan sebagai langkah mewujudkan perhubungan langsung antara rakyat dengan semua agensi awam. Projek E-mel 1Malaysia (1MY) itu juga bagi mewujudkan perhubungan lebih telus dan selamat rakyat dengan kerajaan, di samping meningkatkan mutu perkhidmatan sektor awam kepada rakyat kerana ia berfungsi sebagai portal sehenti untuk perkhidmatan beberapa agensi kerajaan. Ia juga akan melengkapi beberapa perkhidmatan dalam talian yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini seperti portal rasmi kerajaan, myGovernment dan portal aplikasi kerajaan elektronik (e-kerajaan), MyEG. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Ment...

Share Bank Rakyat...

Salam semua Bank Rakyat, sedang membuka peluang menambahkan jumlah share....bukan boleh banyak tetapi sekadar RM500.00 setiap individu. Manakala untuk pembelian share berjumloah besar hendaklah mengisi borang menunggu. Ini kira untung sabut timbul untung batu tenggelam. Kira bulan May 2011, pihak bank akan panggil menggunakan surat. Klu sampai bulan jun 2011 tak dapat surat maknanya GAGALlah..hehehe... Bolehlah tampung duit gula pasir setahun. Bye n salam. Peace No War.

Lelongan Ar Rahnu - Emas (12947)

Image
Alhamdullilah, berjaya dalam lelongan pertama Ar Rahnu. Baru tadi pergi Bank Rakyat Masjid Tanah, Melaka. Harga yang berjaya dibida adalah RM 127.88/Gram manakala harga pasaran untuk Emas 916 adalah RM 149.27/Gram. Wow bestnyer beli emas lelong nie. Leh buat duit oooo...eheheh. Okaylah jumpa lagi.

18K ke 24K...

Salam semua. Hari just nak sharing mengenai pembaharuan maklumat dr BNM mengenai permohonan baru kad kredit hendaklah berpendapatan 24k setahun bukan lagi 18k. Alhamdullilah BNM nampak sudah implikasi kebaikan dan keburukan kad kredit ini. Sedutan dari Sesawang BNM BNM ..Klik Sini ************************************************* New Measures on Credit Cards to Promote Prudent Financial Management and Responsible Business Practices Bank Negara Malaysia wishes to announce new measures on credit cards in continuous efforts to inculcate sound financial and debt management among credit card users. These measures are also aimed to promote fair and responsible business practices by credit card issuers with further enhancements in the cards security infrastructure. With immediate effect, the eligibility requirements for credit cards are revised as follows:     * The minimum income eligibility for new credit card holders is set at RM24,000 per annum;    ...

Amalkan ....Sifir Beruk

Salam semua. Hari ini aku nak bercerita mengenai amalan sifir beruk. Sifir beruk nie diberikan oleh sahabat baik saya yang berada di Muar (sama satu tempat kerja di Hualon dulu). Sifir beruk nie diberikan kerana aku sudah memilih untuk berdikari skrg nie. Sungguh berkesan sifir beruk ini untuk diamalkan tidak kira status anda. Apa itu sifir beruk?..Beruk ada sifir ker?..Wow...Begini kisah sifir beruk ini bermula....Ada seekor beruk yang dibela oleh tuannya. Tuannya amat sayang akan beruk ini...dirantai lehernya menggunakan besi stainless steel...dan diikat pada sebatang besi yang amat kukuh buatannya. Setiap hari diberi makan yang enak enak dihadapan muka....akan tetapi pada suatu hari....tuannya teramat kelam kabut dengan urusan harian maka hari itu beliau terletak bekas makan yang enak jauh dari beruk tersebut....Persoalan mula timbul...bagaimana beruk yang lapar dan manja ini ingin makan. Bagaimana dia hendak mengambil makanan tersebut?...... Maka bermulalah jawapan dari kita manu...

Happy Birthday Mama..

Salam. Entry yang lambat tetapi masih sempat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kelahiran Mama yang ke-32 pada 7/3/2011. Hahaha. Hadiah dah dapat awal so sedang bergaya sakanlah tu. Bye n salam

Hadiah....

Salam semua. Hadiah?...Apa riaksi anda bila anda menerima hadiah dari seseorang kawan?..Pelik ker? atau sedih ker?..Bagi aku, bila aku berikan sesuatu hadiah kepada seseorang yang telah dicadangkan...aku anggap itu satu pemberian...hehehe..Ada sapa sapa nak kasi aku hadiah ker?...sedihnya takder org nak kasi...heheheh Baru-baru ini, aku telah decide utk berikan sedikit hadiah yang telah diplankan bersama "acting manager"...Ini adalah hak mereka...Anggaplah pemberian ini ikhlas dari saya dan org yang dibelakang saya serta disamping saya...Kami tiada maksud terselindung tetapi hargailah pemberian ini. Janganlah dijual atau ditukar ganti...Sedih saya?..walaupun ianya sudah menjadi hak anda tetapi hargailah...hahahaa... Apa yang saya harapkan?...Doa kan masa hadapan saya cerah dan kita menjadi kawan sejati...Amin amin amin...Okaylah sehingga berjumpa lagi. Bye n salam ********************************* Hadiah besday Mama..Ayah dah kasi awal : Kereta gan handphone. Dont ask for ...

3-3-11

Salam semua. Hari ini adalah tarikh keramat dalam hidup aku selamat hampir 36 tahun ini. Nombor ini akan menjadi kenang abadi buat aku selama-lamanya dalam perjalanan hidup sebagai pekerja. Nombor atau tarikh ini adalah menjadi titik mula aku dalam kehidupan yang aku cari selama ini.. Apa itu tarikh 3-3-11?..ini adalah tarikh bermula aku tidak mempunyai majikan atau dengan lebih jelas lagi, aku sudah berhenti kerja atau aku sudah menjadi HOUSEHUSBAND hahaa atau aku digelar freelance atau mcm mcm lagi gelaran... Tarikh  ini sungguh bermakna sebab aku mencabar diri sendiri untuk keluar dari kepompong keselesaan aku...bermaksud setiap bulan aku ada gaji maka bermula bulan depan aku sudah kena manage duit sendiri dengan betul...NO MORE ENJOY ENJOY...hahaha. ACAH jer...kehidupan dikekalkan seperti biasa... Okaylah sehingga kita berjumpa lagi. Bye n salam " SUDAH BEBAS "

Wira 1.3 ke Grand Livina 1.8

Image
Salam semua. Semalam (26hb Feb 2011), kereta baru Mama telah selamat berada didalam tangan aku. Kira aku yang rasmikan. Siap bawa ke kedai aksesori bersebelahan dengan Restoran Pinang Besar Cheng..Tambah kapetlah..May next time nak tambah sarung jenis PU pulak sebab GL nie kusyen dia kain baldu...  Wira 1.3 yang banyak berjaya dengan keluarga aku...6 tahun berjasa Inilah Wira 1.3 kami sekeluarga Akhirnya aku dapat juga no MCA 7379 untuk isteri tercinta. Dulu dia sanggup kerja kereta semata -mata nombor ekor yang keluar kereta tu sama tarikh lahir 7.3.79....akhirnya inilah hadiah birthday dia yang tak lama lagi...Dan inilah nombor tu dan inilah family car dan Mama yang baru.. Warna tetap gold...dah aku minat emas so kereta juga mesti color emas. Mantap juga bawa GL nie...wow dengan engine berkuasa 1.8 dan body kit impul (bukan engine impul okay)...kira mantaplah...Mama juga teruja dengan pemberian harijadi ini... Bak kata kawan baik den "sudah masanya kau kasi keluarga kau...

Kereta Baru...

Image
Salam semua insyallah..kami sekeluarga akan mempunyai kereta baru. Kisah untuk memiliki kereta baru ini diilhamkan oleh Abg Hamzah...dia yang bersungguh bawa aku pergi tengok kereta. Bermula dengan pergi ke showroom TOYOTA..HONDA dan akhir sekali NISSAN. Mula-mula terminat Honda Stream RZS..perh harga dia sudah mencecah RM160K...perh perh....kemudian terkasima dengan Grand Lavina..Bolehlah walaupun tak besar sangat. Okaylah..Minggu lepas dah buat booking dah bayar RM 5k..insyallah sebelum hujung bulan nie boleh keluar kereta..contra dengan kereta wira 1.3 bini...kereta nie pun nama dia...Insyallah boleh dapat No Plate MCA 7379...kasi tarikh lahir bini. Mcm sayang binilah..sebab dah nak sambut hari lahir dia..ehehe..Nie kira hadiahlah. Warna yang aku pilih adalah GOLD sebab aku minat dengan warna emas..hahaha... sekadar gambar hiasan sahaja. Nanti aku letakkan gambar kereta Grand Livina yang dah menjadi sebahagian tanggungjawab aku..ehehe..Kira nie kereta keluargalah. Nak gie mana2 b...

Haruskah Aku Berteriak...AKU SUDAH BERHENTI KERJA.....

Salam semua. Alhamdullilah dan gembira saya melihat kawan kawan saya semuanya sihat. Saya sungguh gembira dan bersyukur dengan apa yang telah dipilih dalam kehidupan ini. Saya mungkin tidak akan menoleh lagi ke belakang, insyallah. Haruskah aku memberitahu semua orang yang aku sudah berhenti kerja?..Bagi aku tidak perlu sebab pentingkah?..Bagi aku tidak penting..cukuplah aku yang memahami mengapa aku memilih jalan ini iaitu berkerja sendiri.. Ada orang beritahu aku, yang aku sedang terjun dari sebuah keretapi yang sedang bergerak laju...hahhaaa...entahlah..itulah sebabnya biarkan semua orang yang tahu membuat andaian sendiri. Adakah ini pilihan tepat?..Entah...tidak mencuba tidak tahu...so biar saya keluar dari kepompong selesa saya mencari sinar pelangi yang menarik...insyallah doakan saya. Bye n salam.

Penghijrahan Aku Bermula....

Salam semuanya. Alhamdullilah semua yang mendoakan saya dan keluarga sihat. Saya juga mengharapkan anda juga sihat. Start tanggal 19hb Januari 2011...bermulalah perjalanan baru dalam penghijrahan saya. Dari seorang yang berada didalam zon selamat iatu setiap hujung bulan terima gaji ke seorang yang setiap bulan kena cari gaji sendiri. Insyallah saya percaya dengan penghijrahan kali ini akan mencabar diri saya dari seorang yang bergantung kepada orang lain kepada seorang yang lebih berdikari. Ramai yang telah menasihatkan saya pekara ini. Saya mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kerana sudi memberikan buah fikiran dan pandangan. Tak semua orang ingin melihat kenalan atau rakan mereka susah. Saya juga seperti itu. Apa yang saya akan buat dalam penghijrahan ini?..Wow satu soalan yang susah nak dirungkaikan. Banyak sebenarnya yang berada didalam plan tetapi saya akan buat satu persatu. Sekiranya apa yang dirancang gagal maka jangan risau, saya telah susun back plan sebenarnya. Ins...

First Time Sekolah

Image
Salam semua..kali ini aku just letak gambar jerlah...Aiman Zikry Zolpaka sekolah darjah satu di Sekolah Kebangsaan Paya Rumput..Pagi dan Petang. Aiman Zarfan Zolpaka...besekolah di sekolah tadika Bijak Cemerlang dekat Cheng..hantar dr pagi sampai petang jam 5 hingga 6.30ptg kena ambil. Okaylah..dia pun suka. Aku nak tengok dr seorang yang sangat-sangat pelat boleh berkembang dengan sekolah smart reader nie tak...Semoga boleh. Insyallah...amin amin Sekian semua. Bye n salam

Take Your Time...Dont Ever Forget Me...

Salam semua...Hari ini aku ke Senawang Seremban untuk bertemu dengan wakil Marantau Sdn Bhd. Apa lagi kes renovation office yang terpending lama aritu. Alhamdullillah, empunya Marantau bersetuju dengan cadangan dan condition yang ditawarkan. Amin dipermudahkan kerja hari ini. Hari ini aku memperjelaskan tentang niat aku kepada BOSS admin office. Taknak dia tersalah tafsir. Kali ini niat berenti aku sama dengan yang dahulu cuma kali ini aku benar-benar lebih confident dengan apa yang aku buat. Alhamdullilah beliau paham. "Gembira" kot..hahahaa. Jangan marah. Petang BOSS madam call aku untuk bertanya tentang Marantau. Aku cerita A to Z dan semuanya telah selesai. Dan beliau beritahu issue aku telah diperlanjutkan ke peringkat AKK dan AKK hendak aku diberi masa bertenang iaitu hendaklah berfikir dan berfikir sebab ekonomi dunia dan negara sekarang teruk dan ramai CSM yang teruk selepas berenti dr company...Aku ada masa sehingga isnin untuk memberi kata putus. Dan keputusan aku...

3-1-11 to 1-3-11

Salam semua Alhamdullilah..hari ini aku dah berjumpa dengan BOSS madam aku di Hotel Seri Malaysia. Pada mula bincang pasal kerja diPlant dan berlanjutan dengan tujuan kedua aku pulak. Dia kata, aku sekarang lebih confident dari dahulu. Terima kasih BOSS. Entry kali ini menunjukkan angka sahaja. Ianya bermaksud tarikh submit Resign Letter dan 2 bulan proses untuk proses tendering resign aku. Terima kasih Pantai Medivest dan kepada semua kawan-kawan Pantai Medivest. Inilah syarikat yang mengajar aku menjadi semua dan menjadi sekrang ini. 3-1-11 adalah tarikh surat resign aku. 1-3-11 adalah tarikh akhir aku berkhidmat di Pantai Medivest Incinerator Plant. Bye n salam.

Akhirnya...Keputusan Besar Dalam Hidup Aku...

Salam semua.. Hari yang ditunggu sudah tiba...Pembayaran bonus syarikat keatas semua kakitangan sudah dijalankan tetapi ada sedikit kehampaan bila melihat nilai yang diberikan tak seperti yang aku jangkakan. Bukan aku tamak tetapi inilah hakikat manusia...bila dia target besar dan dapat kecik..maka hatinya akan mengomel sesuatu...Itu hak mereka... Maka dengan dapatnya bonus tahun 2010...maka awal tahun ini dan awal minggu ini aku akan MELEPASKAN JAWATAN aku sebagai PLANT MANAGER di Pantai Medivest Sdn Bhd untuk selama2nya. 8 tahun aku disini dan inilah pekerjaan yang paling lama dan pastinya memahat memori yang pahit dan manis disini. Aku dah siapkan surat resign. Mungkin besok atau lusa aku akan beritahu BOSS madam mengenai hasrat aku ini. Aku  resign bukan sebab aku kecewa dengan bonus atau management atau kerja teruk atau pressure malah aku tidak mempunyai alasan yang konkrit tetapi keputusan untuk resign telah aku pikirkan lama...semasa aku di Indonesia dan telah dibincangka...