Posts

Showing posts with the label Ilmu dan Pengetahuan

Pengalaman Baru :..Meneman Isteri Dalam Kamar Bersalin..

Assalam semua Kali ini den nak cerita pengalaman baru den..Apa dia tu?..Pengalaman meneman isteri bersalin didalam kamar bersalin..Perhh. Mula mula tu dah bagitahu isteri yang den tak nak ikut pergi tetapi memandangkan ini adalah permintaan dia sebab dia kata ini adalah polisi keluarga yang terakhir maka den dengan akurnya..follow..so dialah yang uruskan pendaftaran untuk pergi kursus meneman...Kursus meneman wajib dihadiri untuk memastikan para peneman mendapat info yang wajib diketahui semasa berada didalam kamar bersalin kelak...alah sekejap jer..lebih kurang 2-3jam kursus dia..kena pergi dengan isteri semasa kursus diadakan... 18hb Ogos haritu..masa sahur isteri kata dia okaylah..belum ada tanda nak bersalin cuma sakit datang kejap kejap..lepas subuh..mcm biasa den pun meluruskan pinggang...dan lebih kurang pukul 930...isteri kejutkan suruh standby..apa lagi...bergegas bangun dan siapkan budak budak...plan nak hantar kat jiran (abg hamzah)..tapi dia org telah pergi balik kam...

Simptom Masalah Kewangan Kita Ditahap Merbahaya.....

     Salam semua...Kali ini aku ingin berkongsi dengan semua mengenai petanda-petanda atau simpton-simpton dunia sudah kiamat ..masalah kewangan sedang melanda kita iaini diri sendiri. Ini bukan aku yang tulis tetapi aku ambil dari Laman Blog Pakdi, Penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang. Setiap penyakit ada simptom tertentu. Penyakit berkaitan wang pun ada simptom sendiri. Berikut adalah 7 petanda yang menunjukkan kita ada penyakit dalam urusan kewangan. 1. Menambah bilangan kad kredit Kad kredit Bank Siti semakin menghampiri had limit yang ditetapkan. Malangya, kalau tidak pakai kad kredit untuk berbelanja setiap bulan, macam mana mahu hidup. Duit gaji memang habis bila menjelang tengah bulan. Maka, cari lah kad kredit baru dari Cina India Melayu Bank. 2. Hutang kad kredit bayar yang minima sahaja Bulan-bulan guna kad kredit, tapi bayar hanya cukup-cukup yang bank minta. Maka setiap hari hutang semakin bertambah akibat adanya elemen riba hutang dalam...

Happy Deepavali @ Diwali and Public Holiday...

Image
Salam semua.. Selamat berpublic holiday esok bagi merayakan perayaaan Deepavali. Sekadar ingin berkongsi ilmu pengetahuan disamping bercuti untuk kita semua. Kepada rakan yang menyambutnya, selamat meraikannya. Deepavali didalam agama hindu bererti Festival Cahaya. Festival ini melambangkan kemenangan baik atas buruk, dan lampu dinyalakan sebagai tanda perayaan serta harapan umat manusia. Perayaan ini terfokus pada lampu dan cahaya, terutama pada lampu "diya" tradisional dan Deepavali dirayakan selama lima hari berturut-turut dalam kalendar Hindu bulan "Ashwayuja". Biasanya ini terjadi dalam bulan Oktober dan November. Kalau di India inilah perayaan yang ditunggu-tunggu. Bagi negara Indonesia, mereka tidak menjadikan perayaan ini sebagai cuti umum. Ianya disambut oleh agama hindu secara sendiri. Maka dengan itu, kat sini takleh nak claim public holiday....Tapi jatuh hari sabtu..memang company tak kerja hari sabtu..eheheh.. Okaylah. sehingga berjumpa lagi. Selamat be...

“Sepohon Kayu”..Bukan Sekadar Lirik

Salam semua..Sekadar ingin berkongsi pekara-pekara yang baik. Sepohon kayu, daunnya rimbun Lebat bunganya serta buahnya Walaupun hidup seribu tahun Kalau tak sembahyang apa gunanya Kami berkerja sehari-hari Untuk belanja rumah sendiri Walaupun hidup seribu tahun Kalau tak sembahyang apa gunanya Kami sembahyang fardu sembahyang Sunatpun ada bukan sembarang Supaya Allah menjadi sayang Kami berkerja hatilah riang Kami sembahyang limalah waktu Siang dan malam sudahlah tentu Hidup dikubur yatim piatu Tinggallah seorang dipukul dipalu Dipukul dipalu sehari-hari Barulah dia sedarlah diri Hidup didunia tiada bererti Akhirat disana sangatlah rugi Apa yang tersirat dan tersurat didalam lirik ini : Rangkap pertama dan kedua menyentuh tentang nilai solat dalam kehidupan Muslim. Solat adalah tiang agama dan rukun Islam yang kedua. Sebagai analoginya, tiada sebuah bangunan atau menara yang tinggi yang dibina tanpa tiang cerucuknya. Tiang cerucuk inilah yang mendokong binaan yang tinggi tersebu...

Hujan...Oh Hujan..Oh Hujan...

Salam semua..ini aku nak kongsi sedikit ilmu pengetahuan yang dikirim oleh kawan aku dalam email. Sekadar ingin berkongsi jer. Pekara yang baik wajib dikongsi dan beritahu. Sekarang ni boleh dikatakan hari2 hujan / ribut petir / guruh kan ?. Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling saya "Cuaca buruk je akhir2 ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk ? Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan ? - Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je.. - Alahai, hujan laaagiiii - Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni - Payah nak buat apa2 kalau hujan - Tak boleh balik lagi, hujan! Bukankah bebelan2 tu lebih baik digantikan dengan doa: "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami). Hakikatnya, hujan itu rahmat. "Dan Dia lah (Allah) yang menghantark...

Emas Lagi....

Salam semua...Kebelakangan ini aku minat betul dengan emas sebagai satu portfolio pelaburan yang baru selain dari menyimpan di ASB atau Mutual Fund. Apa sebabnya yer...inilah sebabnya. Sekadar ini berkongsi sahaja.. Perbezaan Emas dan Wang Kertas sekarang. Emas Wang Kertas Tiada susutnilai dan inflasi. Pada zaman Nabi S.A.W., harga seekor kambing adalah sedinar. Pada zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang adalah lebih kurang RM460.00. (1 Dinar = 4.25gm). Setiap hari susutnilai. Satu ketika dahulu contohnya, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100,000 rupiah = RM35.00. Dulu nilainya lebih tinggi. BERNILAI kerana ia logam DIPERNILAI kerana ia kertas yang dicop sahaja Laku satu dunia setiap masa. Orang Kemboja yang berhijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan kerana menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka ba...

Zakat.......Zakat........Zakat

Salam semua...sekadar ingin berkongsi sahaja. Dan sekadar ingin ingat mengingati sahaja. Berpesan pesan pekara yang baik itu adalah dituntut. Zakat?.. Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia telah difardukan mulai tahun kedua hijrah Rasullullah S.A.W. Dari segi bahasa, zakat diertikan sebagai “tumbuh” dan “bertambah”. Ianya juga bererti berkat,bersih,baik,suci dan subur. Menurut istilah syarak pula diertikan sebagai mengeluarkan kadar harta yang tertentu dan diberikan kepada golongan yang tertentu mengikut syarat - syarat yan tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak. Zakat ada beberapa jenis iaitu zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat kwsp, zakat perniagaan, zakat emas & perak, zakat saham, zakat ternakan dan zakat pertanian. So terpulang kepada anda. Sekiranya mempunyai semua diatas atau sebahagian sahaja diatas dan telah cukup syarat maka hendaklah keluarkan zakat. Aku akan menyentuh beberapa jenis zakat jer... Pe...