Posts

Showing posts from December, 2010

Impian 2011...

Salam semua. Beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2010 yang telah kita lalui dengan suka dan duka. Alhamdullilah walaupun dia sudah menjadi kenangan tetapi kita boleh jadikan ia sebagai sempadan yang baik kalau ada pekara yang kurang baik berlaku. Kalau pekara yang baik berlaku untuk tahun itu, kita jadikan panduan dan penambahbaikan. Saya percaya, masing-masing mempunyai impian dan harapan baru untuk tahun baru ini. Begitu jugalah saya. Saya mempunyai impian baru ditahun baru mendatang ini. Pada tahun 2010, hampir menjadikan satu tahun yang menceriakan saya. Ya ALLAH sesungguhnya aku berterima kasih denganMu, diatas apa yang telah dianugerahkan. Impian tahun 2011... ....ada beberapa pekara yang belum selesai untuk IMPIAN BESAR aku....yang mana setiap tahun kena pertingkatkan untuk merealiasasikan berjaya. So impian tahun 2011 adalah maintance apa yang telah aku buat sekarang dari segi emosi, keluarga dan kewangan. So semua impian tahunan aku berasaskan impian besar aku..

Dividen ASB 2010

Image
Salam semua Hari ini PNB umumkan agihan pendapatan ASB 2010 sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. Alhamdullilah..secara purata adalah 8.75%. Okaylah tu Not bad beb berbanding dengan tahun lepas. Insyallah adalah positive cash flow untuk tahun 2011. Perbandingan agihan dividen dan bonus                             2010              2011 Dividen        7.3                 7.5 Bonus          1.25               1.25 Awal tahun 2011, bolehlah kita updatekan buku. Sekian terima kasih. Jumpa lagi http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

Happy Birthday 1 Year...Aiman Zahran Zolpaka

Image
Salam..Semalam (13 December 2010) adalah harijadi anak den Aiman Zahran yang pertama...maka genaplah umur dia setahun. Dah besar dah anak ayah nie. Semoga dia akan memberikan kemanisan, kegembiraan dan keceriaan kami sekeluarga. Kek Pertama Birthday Boy nie.... ...Hadiah Kereta Tolak...aku kasi dekat dia.... Salam n jumpa lagi. Bye semua

Meninggal Dunia...Mak Mertua

Salam semua. Al fatihah untuk roh mak mertua saya, sebelum anda membaca dan meninggalkan blog ini. Pada 7hb December 2010 pada jam 1240 tengahari, Mak mertua saya telah dijemput untuk ke negeri yang kekal abadi. Alhamdullilah semua urusan pengurusan jenazah selamat dilakukan tanpa sebarang kesulitan. Mak mertua saya meninggal dirumah saya dan dimandikan serta dikapankan dirumah saya kemudian disembahyangkan di Masjid Paya Rumput. Jenazah dikebumikan di kampung Sungai Putat Melaka. Alhamdullilah semua urusan selesai sekitar jam 630petang. Al-fatihah untuk roh Mak Mertua saya. Sehingga berjumpa lagi. Bye n salam

Kelas Renang...Aiman Zikry dan Aiman Zarfan

Image
Salam semua..Bermula pada Ahad ini aku akan menghantar dua anak lelaki aku untuk pergi ke kelas renang mereka di Pusat Akuatik Hang Jebat..Yuran bayaran untuk mereka adalah RM 50.00 seorang dan setiap bulan RM 50.00. Okaylah..Janji dia org nie ada asas bagaimana hendak berenang dengan betul. Aku pun mcm berkelah gak dekat situ. Bawa surat khabar, roti dan air kotak...hahaha..Santai jer. Kelas renang start dr jam 11pagi hingga 12tghari..kemas-kemas sampai rumah kira kira jam 1220..