Posts

Showing posts from September, 2009

Sudah sampai di Kota Bandung

Salam semua.. 28 hb September 2009, ..bertolak dari rumah (Melaka) jam 920 pagi..sampai di LCCT jam 11pagi..sedih ooo mahu tinggalkan anak bini..perh apa boleh buat sudah nasib dan harus dikandung badan..Tapi anak aku paham yang aku nak g kerja dekat Indonesia.. Aku g checkin ticket dulu kemudian aku jumpa Kamarun (Keja dekat MAB bahagian engineering)..minum dan makan McD dulu..lama gak aku lepak dengan dia org sehingga jam 1220 thghari..sebab masa aku checkin ticket, ground crew airasia bagitahu supaya jangan lewat sebab takut jam dekat immigration nanti... Sepatutnya aku akan berlepas dari LCCT jam 1355 tetapi bila dipertengahan waktu tersebut, pengumuman dibuat oleh ground crew airasia yang mengatakan bahawa pesawat aku terlewat sampai sekitar jam 225 ptg dan akan berlepas jam 255 ptg...perh lewat sejam dah... Akhirnya aku mendarat di Kota Bandung jam 4ptg WIB dan terus ke kantor bandung untuk bersalam dengan semua sambil mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin..Semasa aku me

Sudah Mahu Pulang...

Salam semua.. Sudah mahu pulang semula ke Indonesia untuk memulakan semula kerja yang ditinggalkan selepas dipanggil pulang ke Malaysia untuk melakukan kerja di Malaysia. Insyallah aku akan berlepas ke Indonesia pada 28hb September 2009. Kalau ikut tiket, aku akan berlepas jam 1355 dan akan sampai jam 1455 WIB.. Maka bermulalah proses routine harian aku disana dan akan akan sekali lagi berpisah dengan keluarga aku. Selama mana aku boleh bertahan dengan keadaan sebergini...?..Aku mula merasakan sesuatu yang kurang enak seperti masa mula-mula aku dihantar kesana...inilah perasaan yang sama... Walaubagaimanapun..kehidupan ini harus diteruskan..semoga semua yang dirancang dan diusahakan oleh aku menbuahkan hasil dan berjaya..Amin. Kepada sahabat dan rakan sekerja di Bukit Rambai..yang mana aku tak sempat bermaafan maka dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin sekiranya ada tersilap kata tersalah perbuatan yang menguris perasaaan. Sehingga berjumpa lagi

Selamat Hari Raya 2009

Assalamualaikum. dan salam sejahtera serta ceria. Lama sungguh tak menulis dan mencacatkan sesuatu didalam blog ini. Macam biasalah kalau berada diMalaysia, kebanyakan masa dipenuhi dengan aktiviti samping berlainan dengan di Indonesia. Dimana aku tiada aktiviti sampingan so aku bolehlah menulis denga kerap. Dikesempatan ini aku ingin mengambil peluang untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Tahun 2009" kepada semua warga kerja BRI dan Cikampek serta Warga PMSB dan PTJM. Dengan harapan tahun ini lebih membawa kebahagian dan keceriaan. Sehingga berjumpa lagi. p/s: 28hb September 2009 - akan berangkat pulang ke Indonesia. (Kembali ke Lubuk)