Akhirnya...Keputusan Besar Dalam Hidup Aku...

Salam semua..
Hari yang ditunggu sudah tiba...Pembayaran bonus syarikat keatas semua kakitangan sudah dijalankan tetapi ada sedikit kehampaan bila melihat nilai yang diberikan tak seperti yang aku jangkakan. Bukan aku tamak tetapi inilah hakikat manusia...bila dia target besar dan dapat kecik..maka hatinya akan mengomel sesuatu...Itu hak mereka...

Maka dengan dapatnya bonus tahun 2010...maka awal tahun ini dan awal minggu ini aku akan MELEPASKAN JAWATAN aku sebagai PLANT MANAGER di Pantai Medivest Sdn Bhd untuk selama2nya. 8 tahun aku disini dan inilah pekerjaan yang paling lama dan pastinya memahat memori yang pahit dan manis disini. Aku dah siapkan surat resign. Mungkin besok atau lusa aku akan beritahu BOSS madam mengenai hasrat aku ini.

Aku  resign bukan sebab aku kecewa dengan bonus atau management atau kerja teruk atau pressure malah aku tidak mempunyai alasan yang konkrit tetapi keputusan untuk resign telah aku pikirkan lama...semasa aku di Indonesia dan telah dibincangkan secara keluarga. Alhamdullilah semua keluarga setuju terutama MAMA, ayah, emak, abang , adik dan cuma kakak Long aku jer yang masih belum bersetuju...Yang penting emak ayah aku restu tujuan aku dan MAMA tahu dan redha tindakan aku...Alhamdullillah..

Mungkin ini suatu tindakan yang diluar jangkaan semua pihak, terutama rakan sekerja tetapi aku kena buat untuk keluarga dan masa depanku. BERHENTI sebab apa?. Biarlah rahsia. Inilah penghijrahan aku yang besar sekali dalam hidup kerana aku akan melakukan satu transformasi kehidupan dari makan gaji ke mencari sendiri. 

Bye n salam

p/s :
terima kasih tak terhingga kepada semua rakan sejawat dan sekerja dan staff operation dan maintenance yang tak lekang-lekang menyokong dari dulu sehingga kini.
.......nanti klu tidak bersama..jangan lupakan saya. 
.............patah tumbuh hilang berganti...
..................Saya tahu, hari ini tidak akan sama dengan besok..... 

Comments

Ahboy2020 said…
semoga berjaya boss..insyallah..klu diberi kesempatan aku juga akan menyusul..
AhboNd 2020 said…
Terima kasih Poi...
Walaupun aku sudah tidak bersama..kenanglah daku dan teruskan usaha bersama..."TOLONG"...jangan lupa

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)