Penghijrahan Aku Bermula....

Salam semuanya. Alhamdullilah semua yang mendoakan saya dan keluarga sihat. Saya juga mengharapkan anda juga sihat. Start tanggal 19hb Januari 2011...bermulalah perjalanan baru dalam penghijrahan saya. Dari seorang yang berada didalam zon selamat iatu setiap hujung bulan terima gaji ke seorang yang setiap bulan kena cari gaji sendiri. Insyallah saya percaya dengan penghijrahan kali ini akan mencabar diri saya dari seorang yang bergantung kepada orang lain kepada seorang yang lebih berdikari.

Ramai yang telah menasihatkan saya pekara ini. Saya mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kerana sudi memberikan buah fikiran dan pandangan. Tak semua orang ingin melihat kenalan atau rakan mereka susah. Saya juga seperti itu.

Apa yang saya akan buat dalam penghijrahan ini?..Wow satu soalan yang susah nak dirungkaikan. Banyak sebenarnya yang berada didalam plan tetapi saya akan buat satu persatu. Sekiranya apa yang dirancang gagal maka jangan risau, saya telah susun back plan sebenarnya. Insyallah apa yang telah disusun boleh menampung hidup saya sekeluarga sehingga Malaysia yang kita cintai ini berkrisis besar seperti perang atau sebagainya yang buruk sangat. Kalau yang ini, bukan saya sahaja yang akan susah malah semua rakyat Malaysia akan turut susah.

Saya sedang mengapai financial free and debt free. Insyallah inlah target terbaru dalam peghijrahan kali ini. Saya telah membuat satu target untuk bebas hutang pada tahun 2011 sehingga 2012. Maksudnya debt yang buruk seperti hutang peribadi dan hutang yang tidak menjana pendapatan. Hutang yang menjana pendapatan seperti hutan Loan ASB dan rumah dianggap hutang baik. Yang nie kekal..hehe...

Financial free adalah mempunyai sejumlah dana yang boleh memberikan pulangan yang serupa seperti pendapatan bulan yang dikecapi di PMSB skrg. Tiada yang mustahil dalam hidup ini. Kita kena berusaha sahaja dan berdoa agar apa yang dirancang dan dibuat diberkathi dan diredhai olehNya. Amin

Saya cuma kena biasakan diri dengan alam baru ini. Alam dahulu memerlukan saya setiap weekday bangun pagi dan terus pergi kerja. Maksudnya setiap weekday telah ditetapkan untuk mencari rezeki dan berkerja. TETAPI sekarang memerlukan usaha yang lebih sepatutnya tetapi saya akan membiasakan diri untuk alam penghijrahan baru ini. Jika saya gagal dalam penghijrahan kali ini, saya redha. Sebab inilah alam indah yang saya sentiasa hajati dan minta didalam setiap kali sembahyang. Saya pernah membuat sembahyang istikarah di Indonesia untuk tujuan ini dan kali ini ianya dibukakan hati dengan lebih tenang walaupun tiada petunjuk yang jelas. Petunjuk yang jelas adalah dunia perniagaan internet saya (forex online) menjadi dengan bantuan pakar pakar yang saya jumpa secara tidak sengaja sebab didalam doa sembahyang istikarah saya, saya ada meminta ini sebagai petunjuk untuk saya lebih mempunyai masa untuk keluarga dan agama. Walaupun perniagaan ini berisiko besar. Alhamdullilah.

Doakan saya dan keluarga sihat dan bahagia dengan apa yang telah dibuat. Saya mengharapkan anda juga akan berjaya seperti saya. Tidak sekarang tetapi masa hadapan. Amin. Sekian terima kasih sehingga kita bersua lagi. Amin


p/s : sekarang ini sedang release tension dekat Kelantan, Pulai Chondong, Machang.

Comments

Ahboy2020 said…
Insyallah bos..nasihat aku yg paling penting,jgn mudah lupa diri..bila sudah mengecapi apa yg dihajati..jgn lupa kami di PMSB ni..
8 tahun bkn satu masa yg pendek..byk kenangan suka duka pahit manis yg kita tempuhi bersama sama..jd jgn dilupai..

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)