Take Your Time...Dont Ever Forget Me...
Salam semua...Hari ini aku ke Senawang Seremban untuk bertemu dengan wakil Marantau Sdn Bhd. Apa lagi kes renovation office yang terpending lama aritu. Alhamdullillah, empunya Marantau bersetuju dengan cadangan dan condition yang ditawarkan. Amin dipermudahkan kerja hari ini.
Hari ini aku memperjelaskan tentang niat aku kepada BOSS admin office. Taknak dia tersalah tafsir. Kali ini niat berenti aku sama dengan yang dahulu cuma kali ini aku benar-benar lebih confident dengan apa yang aku buat. Alhamdullilah beliau paham. "Gembira" kot..hahahaa. Jangan marah.
Petang BOSS madam call aku untuk bertanya tentang Marantau. Aku cerita A to Z dan semuanya telah selesai. Dan beliau beritahu issue aku telah diperlanjutkan ke peringkat AKK dan AKK hendak aku diberi masa bertenang iaitu hendaklah berfikir dan berfikir sebab ekonomi dunia dan negara sekarang teruk dan ramai CSM yang teruk selepas berenti dr company...Aku ada masa sehingga isnin untuk memberi kata putus. Dan keputusan aku adalah MUKTAMAD.
Hari ini aku call opis HQ, dan berurusan dengan MAS..Aku ingin mengetahui bagaimana ingin mendapatkan nombor 019++++ yang aku guna sekarang ini. Alhamdullilah urusan surat meyurat akan diuruskan oleh beliau. Cuma aku kena beritahu bila tarikh tamat ...kira-kira seminggu sebelum tarikh akhir. Alhamdullillah semua urusan hari ini berjalan lancar.
*****************************************
UNTUK YANG BERKENAAN
KEPUTUSAAN UNTUK MELAKUKAN PENGHIJARAHAN INI AMAT SULIT DIBUAT SEBENARNYA TETAPI SETELAH DIBUAT BEBERAPA KALI UJIKAJI SECARA TEORI DAN BEBERAPA SIRI PERBINCANGAN BERSAMA KELUARGA...AKU LEBIH RASA NYAMAN DAN CONFIDENT. RESTUILAH PENGHIJRAHAN AKU INI. AKU AKAN TETAP SEPERTI DAHULU DAN SATU SAHAJA HARAPAN AKU WALAUPUN AKU SUDAH DILUAR TETAPI KITA TETAP KAWAN SEPERTI DAHULU. SUPPORTLAH PERJUANGAN DAN PENGHIJRAHAN AKU INI. JANGANLAH SALAH ANGGAP DENGAN KEPUTUSAN YANG TELAH DIMUKTAMADKAN INI. PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI. SEKIAN TERIMA KASIH.
Comments