Posts

Showing posts from July, 2011

Ramadan 2011

Image
Salam semua member dan family Esok August 1, 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432 Hijri...maka kita semua rakyat Malaysia yang aman tenteram lagi makmur sejahtera akan menyambut Ramadan (Puasa).. Alhamdullilah syukur kerana diberi lagi peluang untuk menambah amalan puasa dan menikmati puasa. Syukur Alhamdulillah...Ya Allah. Kau berkathilah amalan puasa kami kali ini. Amin amin Sehingga berjumpa lagi. Selamat beramal semua. p/s : * Picture copy dari google image aje.        * Puasa puasa juga...sembahyang jangan pulak lupa....hehehe....Sambil berpesan kepada diri sendiri.

Emas...Silver...Hartanah

Salam semua. Hari ini den termenung sendiri sambil menghisap rokok dirumah besar Pulai Chondong, Kelantan...terpikir sejenak akan emas, silver dan hartanah. Mana satu yang hendak dijadikan aset masa hadapan. Kesemuanya baik. Mempunyai nilai masa hadapan yang akan naik secara kita tidak perasan. Contohnya emas kenaikan secara sedikit adalah 20% setahun, hartanah pulak sekitar 10 ke 25% setahun (lebih kuranglah) depand kepada prime lokasilah...manakala silver boleh melonjak lebih jauh...contoh tahun lepas lebih dari 60% setahun...perh perh... Kalau emas dan hartanah nie harga permulaannya adalah tinggi beb....harga emas mengikut karat...24K sekitar 160 ke 170 manakala 22K sekitar 145 ke 158 sekrang nie...Nie kira harga yang boleh kita cari dekat internet...klu dekat kedai..ayooo...banyak tinggi ooo...Manakala hartanah pulak harganya bergantung kepada lokasi dan saiz hartanah yang hendak kita beli...Klu nak murah masuk lelong..hahaha...Ini nasib maaa...Den dah cuba tapi belum ada rezeki.

Rumah Lelong...

Salam semua...semalam (27/7/11)...adalah tarikh keramat dimana aku first time gie masuk rumah lelong. Nak masuk rumah lelong nie kenalah follow step dia seperti tengok ghumah tersebut, minta pos gan cos kat jurulelong...carian harta kat pejabat tanah...standby bank draf... Lelong yang aku masuk ada dua...satu kat high court Melaka gan kat hotel Kings...Dua dua kalah...perhh...Yang pertama jumpa gan Otai Pie2020 kat high court..dia masuk rumah yang sama dgn aku...hahaha...pelik kat sini...mula2 aku cuak beb...perasaan pertama masuk bid rumah...hahaha...Ramai gak agent masa bid rumah nie...Yang menang kat sini adalah tuan rumah tersebut..dia masuk atas nama bini dia...klu dia deal tadi...merasa gak aku duit tepi..hahaha...."malaslah nak cerita peel tuan rumah nie"....merayu dia susahlah...hahaha.... Kalah, aku minum gan bro Pie gan Amri...(satu clicklah tu gan Bro Pie)...cerita cerita aku terus short gie CIMB buat bank draft baru untuk second auction kat kings...Kalah gak..

Aiman Zarfan - 5 year Old

Image
 Kek Lobak Salam semua 14-07-2011, adalah hari lahir anak lelaki aku yang kedua nie. Aiman Zarfan Bin Zolpaka. Dah besar dah anak ayah nie. Semoga memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada aku dan wife kelak. Bye n salam. Inilah Aiman Zarfan Bin Zolpaka

Lelong Emas - Online

Image
Salam semua Entry kali ini adalah mengenai lelongan emas yang dijalankan secara Online oleh sebuah syarikat yang bertapak di Selangor. Hahaa. Ini adalah kali pertama aku masuk. Barang banyak. Diberi masa selama seminggu lebih kurang. Akhirnya aku berjaya untuk membida seutas Rantai Tangan.  Menang Bid. Last Minute Bid. Harga pembukaan adalah RM134.50 dan aku berjaya membida sebanyak RM140.50. Ini adalah last minute bid sebelum tawaran ditutup. Dari banyak-banyak yang aku masuk bid, menang satu jer. Okaylah ye. Adalah untung sikit...orang kata boleh dapat lagi murah. Entahlah, aku cuba gak survey klu ada org terdesak nak jual.Hahaha. Belum berezeki lagi nak dapat durian runtuh. Ini pun kira okaylah. Bayaran untuk barang kemas ini telah dilunaskan. Insyallah, dalam minggu nie dapatlah. Amin amin amin Bukti Pembayaran : Atas Nama Admin Sekian terima kasih semua...Sehingga berjumpa lagi. p/s: Mcm dah gila kumpul emas jer. Brader nie?.

Bank Persatuan ...Dividen 2010...7.5%

Salam semua Ini adalah kali pertama aku akan merasa dividen dari Bank Persatuan (Koperasi)...sebelum nie aku target minima dividen yang akan diberikan adalah 10% tetapi kali ini tersasar rendah. Hahaha..Takper yang penting dia tetap berprestasi tinggi untuk memberikan dividen. Walaupun share aku dekat sini tak banyak tetapi cukuplah untuk duit duit bayar bil. Okaylah jumpa lagi dan salam ceria untuk semua. Bye n salam. ...Petikan dari perutusan Pengerusi Bank Persatuan : Kat sini : KLIK " ... Untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 juga, lembaga telah memperuntukkan dividen sebanyak RM24.40 juta bersamaan 7.5% daripada keuntungan bersih tahunan Bank Persatuan .  Cadangan pembayaran dividen 7.5% ini adalah berasaskan kepada pencapaian keuntungan bersih tahun semasa (2010) berbanding dengan kedudukan pertambahan modal syer anggota yang telah meningkat kepada RM367.4 juta bagi tahun 2010 berbanding hanya sebanyak RM291.6 juta pada tahun 2009.  Kadar dividen yang