Emas...Silver...Hartanah

Salam semua.
Hari ini den termenung sendiri sambil menghisap rokok dirumah besar Pulai Chondong, Kelantan...terpikir sejenak akan emas, silver dan hartanah. Mana satu yang hendak dijadikan aset masa hadapan. Kesemuanya baik. Mempunyai nilai masa hadapan yang akan naik secara kita tidak perasan. Contohnya emas kenaikan secara sedikit adalah 20% setahun, hartanah pulak sekitar 10 ke 25% setahun (lebih kuranglah) depand kepada prime lokasilah...manakala silver boleh melonjak lebih jauh...contoh tahun lepas lebih dari 60% setahun...perh perh...

Kalau emas dan hartanah nie harga permulaannya adalah tinggi beb....harga emas mengikut karat...24K sekitar 160 ke 170 manakala 22K sekitar 145 ke 158 sekrang nie...Nie kira harga yang boleh kita cari dekat internet...klu dekat kedai..ayooo...banyak tinggi ooo...Manakala hartanah pulak harganya bergantung kepada lokasi dan saiz hartanah yang hendak kita beli...Klu nak murah masuk lelong..hahaha...Ini nasib maaa...Den dah cuba tapi belum ada rezeki. Insyallah stu hari nanti....so boleh dikatakan serendah 30K ke 100K...

Tetapi perak atau silver...harganya masih boleh dengar iaitu sekitar 5 ke 6 ringgit segrm shj. So pada pendapat den yang cetek ilmu pengurusan kewangan ini. Adalah lebih baik kita menggumpulkan sedikit aset berbentuk silver untuk satu jangka masa yang panjang atau mat salleh kata long term investment plan untuk keluarga. Sebab ratio emas dgn perak masih jauh iaitu sekitar 1:50...cuba kita bayangkan ia menjadi sekitar 1:30 sebab sejarah pernah menunjukkan sekitar 1:16..perhhhh....Sekrg nie harga emas sudah melonjak tinggi. Rekod tertinggi adalah 1630usd per ounces (28.349g)...perhhhh...manakala silver 1 oz (31.1g) adalah sekitar 150 ke 180...

So pada pendapat saya, kita bolehlah kumpulkan aset yang nilainya boleh ditampung mengikut gaji skrg nie. Den yakin kita boleh beli sekitar 2 atau 3 oz sebulan. Mulakan dari sekarang. Sebab den percaya akan kenaikkan harga silver satu masa nanti. Den akan mulakan mengumpul aset baru ini, Insyallah. Tak banyak tak sedikit. Bak kata perpatah berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian, bersakit sakit dahulu bersenang senang kemudian dan sedikit sedikit lama lama jadi bukit....

Okaylah....Ini adalah pendapat den aje. Untuk diri den sahaja. Kalau nak ikut...kena baca dan research lah seberapa banyak maklumat yang sahih. Den main bedal jer. Hahaha....Den akhiri dengan bye n salam.
Jumpa lagi.
p/s : Emas, silver semuanya memang okay. Terbaik dari ladang.

Comments

Tariq Fuad said…
ajar aku main silver!!!

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)