Posts

Showing posts from 2012

Selamat Tahun Baru ...2013

Image
Assalamualaikum semua Selamat menyambut tahun baru..2013.. Bila sebut pasal tahun baru mesti berkait rapat dengan azam...Azam tahun 2012 dah dipenuhkan ker belum...Den punya azam..ada beberapa pekara yang tidak dibuat dan gagal..Tetapi untuk tahun 2013 nie nak kena lebih sesungguh...Apa azam den 2013?..Jap den listkan... 1. Nak bebas hutang   a. Rumah                                    b. Peribadi                                    c. Kereta 2. Taknak lagi menjadi pemberi hutang : kiranya tahun 2013 nie, sapa sapa yang berhajat nak berhutang dengan den..Kirim salam nak dapat...Kecuali beberapa keadaan...Keadaan tu den akan tentukan kemudian...2012...masam kenangan den dengan janji manis...takper...2013 kira akaun baru..so bab hutang kirim salam nak layan... 3. Nak buat Full Body Check-up...nak tahu tahap kesihatan diri sendiri dimana?..Baru tahu diri kita nie sihat atau pun tidak...Yang lain lain kita berdoa jer kat Allah..semoga semuanya berjalan lancar 4. P

Projek Baru...Phasa Belanjawan

Image
Assalamualaikum Semua Semua sihat ker?..Den alhamdullilah sihat...  ...Phasa Belanjawan Projek Baru... Malam tadi kami (den dan partner) berbincang membuat satu phasa belanjawan untuk projek baru..Alhamdullilah phasa belanjawan projek baru yang den bentangkan tekah dipersetujui dan diluluskan TETAPI partner den memberi limit untuk melakukan pelaburan...Berapa limit tu?.. Limit yang telah diluluskan adalah untuk 6 term atau 6 bulan..kalau projek baru yang den propose nie tak berjaya...maka limit 6 term akan menjadi penentu...hahaha..dennyer limit semasa bentang adalah 3 term sahaja...Tetapi partner bersetuju untuk lajakkan kepada 6 term...Allhamdullilah.. Term lain yang diberikan adalah..bila projek baru nie..menjadi..maka partner den, memberi term untuk asingkan akaun..taknak kacau akaun yang ada sekarang..den setuju..mudah punya kerja..hehehe...Doakan projek den berjaya...Nanti kalau berjaya den belanja makan minum...bonus lagi..hehhe... Okaylah sehingga kita

Projek Baru Bakal Berjalan....

Image
Assalamualaikum semua Masih ingat dengan apa yang den cerita dulu tak?..Kat sini iaitu Projek Baru (rajin klik) . Sesudah berfikir begitu agak lama dan memandangkan bisnes yang sedang diusahakan ini seperti didiskriminasikan oleh sistem baru, almaklumlah owner baru ambik alih so karenah pun barulah...so kerja nak dapatkan pun susah sekarang nie...Dengan alkisah rangkaian ini maka den telah menimbang tara masalah ini...maka den pun mengoraklah untuk bersetuju dengan PROJEK BARU... Mcmnielah bila buat planning...yang penting Financials..hehehe..asas nie... So in sha Allah pada awal bulan JANUARI 2013...bermula episod drama projek baru nie...dan kali ini HASILnya begitu cepat..In Sha ALLAH juga penghujung awal awal bulan FEBRUARI 2013 juga den dah tahu untung/rugi/breakeven projek baru nie...WOW wow WOW Mesti semua tertanya tanya PROJEK BARU apa nie?..hahaha...biarlah rahsia...Den taknak war warkan selagi tidak menampakkan hasil..nanti bila dah nampak hasil den war wa

Dividen ASN 2012...6.30sen Seunit

Assalam semua Wow semalam PNB mengumumkan kadar dividen untuk pemilik atau pelabur atau peyimpan didalam Amanah Saham Nasional...Berapa?...Kadar yang diumumkan adalah meningkat sedikit dari 6.05sen kepada 6.30 sen seunit..wow best best..naik 0.25sen...Apa apa pun kena bersyukur dengan apa yang diberikan..semua ini adalah rezeki ALLAH... So ari rabu bersamaan dengan 2hb Januari 2013...maka akan ramailah kaunter kaunter bank yang menjadi agent PNB...so den gak akan tidak melepaskan peluang nie..untuk mengupdate kedua dua buku ASB dan ASN...cuak gak nak tengok berapa dapat...malas nak kira...hahaha... Bye n salam **************************************** KUALA LUMPUR, 26 Dis -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan kadar pengagihan pendapatan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012, sebanyak 6.30 sen seunit. Jumlah itu merupakan peningkatan 0.25 sen berbanding tahun lepas. "Jumlah pulangan ini adalah jumlah yang ter

Hari Ulang Tahun Perkahwinan...ke-9

Image
Assalam semua 26/12/2012 adalah tarikh istimewa untuk aku dan isteri. Hari ini adalah hari perkahwinan kami. Maksudnya aku dinikahkan pada hari ini...9 tahun lepas... Doakan kebaikan agar kami dapat hidup dalam suasana yang bahagia...dan kekal sehingga ke akhir hayat..amin amin Inilah permaisuri / queen control (opps..bukan queen control) / seorang perempuan dikalangan 5 lelaki ( aku dan anak anak)...Mama, terima kasih sebab menjadi tulang belakang, penyokong dan semuanya yang baik baik...Semoga kita akan bahagia dan terus bahagia mengharung liku liku berumahtangga sehingga ke akhir hayat kita...Terima kasih mama...I LOVE U...muuahhh... Bye n salam p/s : Mama juga orang yang selalu mengjolykan duit ayah..hahaha...JANGAN MARAH...

Dividen Dan Bonus.. ASB 2012

Image
Assalam semua. Inilah berita yang ditunggu oleh semua pelabur didalam Amanah Saham Bumiputra..Dividen dan bonus telah diumumkan. Besok adalah dalam muka muka surat khabar utama Malaysia..Dividen dan bonus yang telah diumukan adalah :     Dividen : 7.75 sen per unit Bonus   : 1.15 sen per unit Perbandingan tahun tahun sudah                    2009              2010              2011         2012 Dividen        7.3                 7.5                  7.65         7.75 Bonus          1.25               1.25                1.15          1.15 Nampaknya pernambahan di dividen..Bolehlah..janji ada peningkatan..Rata rata orang ramai target tinggi sebab ini macam gula gula untuk pilihanraya..Tetapi den tetap optimis yang PNB akan umumkan tidak terlalu tinggi...so ianya masih didalam range yang baik dan sihat untuk den TAHUN 2013... So inilah bonus den...Oppps..silap gaji den...berapa banyak dapat biarlah rahsia den shj..So apa apa perancangan kewangan yan

JJ @ AEON Voucher

Image
Assalam semua JJ @ AEON Voucher...Apa nak tulis ekk..Begini den ada memberi sedikit saguhati kepada orang orang tertentu untuk menerima voucher nie. Jumlah untuk setiap orang biarlah rahsia..ceh wah macam Siti pulak..hahaha Tak ini adalah hasil kerja bersama dengan orang belakang tabir..yang nie pun biarlah rahsia..hanya kami yang berbicara dan biarlah yang menerimanya bergembira..almaklumlah dah nak hujung tahun..so hujung tahun nie sinoname dengan perbelanjaan sekolah yang besar untuk yang ramai anak..yang baru kecik..Insyallah merasa kemudian hari... Satu jer permintaan den...jangan ditanya dari mana, untuk apa diberi, boleh ker buat zakat macam nie, buat sedekah camnie..dan bla bla bla....Den harap sipenerima tu..terima aja...dan rahsiakan pemberian ini..Maksud rahsiakan adalah ..jangan kepoh kepoh den kasi barang nie kat org yang tak terlibat..cukuplah dengan berterima kasih dan berkawan dengan den...Bukan apa takut orang salah erti...ini pun den rasa orang dah banya

Pendapatan Vs Perbelanjaan

Image
Assalam semua.. Alhamdullilah den sihat dan den harapkan kengkawan juga sihat..Kali den nak buat post pasal pendapatan den vs perbelanjaan den. Den nie ada pendapatan ker?..mana datang pendapatan den nie?..Hangkan dah tak kerja..Cuba hang citer sikit..intro pun jadilah... Begini..sebelum  den membuat keputusan berhenti kerja dari syarikat PMSB dulu..den telah membuat perancangan kewangan den dengan teliti..den kira satu satu...sehingga den berpuashati..sebab den dah taknak berkerja selepas den berhenti dari syarikat dulu..Kiranya den nak berpencenlah... Den kecikkan hutang rumah dengan kwsp..sebab ini tempat berteduh beb...kereta den tukar pakai yang larat bayar jer...so perancangan kewangan yang den buat adalah dengan membuat investment di Unit unit TRUST PNB..alah..ASB ASN ASW ASD...dan KPF, Bank Pesatuan, Bank Rakyat...perh banyaknya... mana datang duit?..Duit den kumpul dari bekerja di Indonesia...ALLAH jer tahu macam mana den terseksa hidup disana...bukanlah kena seks

Routine Hujung Tahun...

Image
Assalam Mesti semua tengah dok senyum lebarkan?..Kalau keja gomen dah tentu tentu gaji plus plus bonus..Yang keja swasta pulak sudah tentu dok hitung gan kalkulator berapa dapat bonus tahun nie...Kepada kawan kawan den..semoga bersyukur dengan apa yang diberikan..Bonus nie tambahan bukannya kemestian...namapun bonus..hahaha..so mana mana yang menjangkakan lebih tetapi dapat sikit..syukur beb..ini semua rezeki ALLAH..Dan mana yang dah dapat tu..plan plan kewangan dulu..jangan dok boros tak tentu pasal..nak tukar ketelah..nak tukar spotrimlah..yang nie semua kendian..dahulukan urusan yang penting penting beb..macam hutang...dan keperluan rumah dan anak anak..seperti sekolah dah nak dekat nie..mesti baju, kasut..dan macam macam untuk dia orang...hehehe ANDA semua bertuah sebab masih lagi diberi BONUS...sebab mungkin prestasi syarikat tempat anda berkerja meningkat atau maintain...dalam erti kata UNTUNGlah tu...so anda semua diberikan BONUS..best bonus nie sebab dia memberikan imp

Tarikh Yang Ditunggu...Dividen ASN & ASB

Image
Assalam semua Seperti biasa..bila dah hujung tahun nie..inilah tarikh yang den tunggu (dan org org yang mempunyai investment dalam ASB atau ASN)..wow. Dah boleh merancang untuk masa depan..bagi den inilah gaji den..so kena mendoakan agar diumumkan dengan satu prestasi dividen yang lebih atau sama tahuin depan..Jangan turun udahlah...hehehee Bye n salam Jumpa bila dah diumukan nanti..hehehee

Projek Baru..

Assalam semua Lama sangat tak keudara..alamak macam hebat sangat..hahaha Kali ini aku bercadang untuk membuat projek baru..Perhh...nak anggak kali ini mcm bisnes..ada target..Masih dalam kertas kerja..sebab nak tahu sampai mana aku sanggup rugi..Maksudnya sampai berapa ribu aku sanggup rugi?..Wow kes berat nie..almaklumlah inikan cerita bisness so kenalah tahu kat mana nak breakeven untung dan rugi...kita kena letakkan limit..hehehe..Jangan dok fikir untung jer...kalau macam tu semua org nak bisnes..ye tak... Dalam bisnes kita kena ada kertas kerja..itu yang penting dan praktikal..kertas kerja selalu cantik tetapi praktikal selalu hancur sebab ada pekara pekara yang kecil kita tak kira..disinilah bermulanya episod pengalaman..so next time kertas kerja kita masukkan apa yang terlepas pandang..hehehe Bisnes apa kali ini?..Rahsialah malas nak bagitahu kat sini sebab takut tak berjaya..hahaha..biarlah rahsia...klu dah berjaya nanti den war warkan...hahaha.. Sehingga kita be

Coral Wonderland Melaka...

Image
Assalam semua... Coral wonderland Melaka...Dah lama dah beli tiket Coral Wonderland nie...masa Mama bersalin kot..den beli dekat MATTA Fair MITC...beli satu percuma satu..okaylah..best gak rege yang ditawarkan...So 31/10 aritu Mama ajak gie sini sebab sebelum nie dah cuba pergi tetapi.....jeng jeng jeng...Parking semua penuh sebab sabtu ahad..kawasan Dataran Pahlawan Bandar Hilir Melaka nie..jemmm bangat deh...waduh waduh...bikin sakit kepala org yang bukan selalu menghadapan jemmmm...hahaha Pergi dalam kul 340ptg lepas jemput bebudak balik gaji..salin semua dalam kereta..hahaha..sian sian...Melaka skrg nie hujan...jer..alhamdullilah...Sampai sana pun hujan nasib baik parking kat basement dataran pahlawan...area belakang.... Coral Wonderland nie aras 4..cari jer lift terus sampai kat sini...Alhamdullilah masa kita org masuk..hanya kita org sekeluarga jer yang kat dalam tu..so..bebudak nie bebaslah belari kesana sini..hahaha...aku pun tak sakit kepala..klu crowded....kepala de

100K sudah...wow!!!

Image
Assalam semua Kembali aktif menulis pulak..Bukan apa cuma berkongsi...secara sedar dan tidak, dia sudah menjangkau ketahap 100K..Apa benda nie?..Alah cuma haritu agent UT yang den berikuasa untuk menjalankan dan menjana sedikit pendapatan...telah memberitahu yang UT den labur dari sumber KWSP dan CASH..telah menjangkau 100K..wow..banyak gak nie..so bila sudah 100K..dapatlah polisi PA percuma dari PBmutual...Okaylah tu... Untung ker?..dari penyata yang diterangkan oleh agent den tu...ada yang sudah menjangkau keuntungan...syukurlah...yang cash den suruh dia terus switching ke dana yang best best..syariah punya...dan yang KWSP den suruh carry on..apa keputusan kena bagitau den..itu ajer...Apa pun syukur..gabungan KWSP dan CASH menjangkau ke target den...Tapi sebenarnya target den adalah 100K untuk CASH...apa boleh buat...mana nak cekau duit..hahahaa Okaylah sehingga berjumpa lagi... p/s Nak cari BUKU : Cukup Wang Hati Tenang....       lama dah tak membaca buku buku meran

Alhamdullilah...Dipermudahkan

Allhamdullilah, Syukur bersua kembali walaupun kurang berposting... Apa yang menarik posting kali ini...hehehe...kasi gempak sikitlah...Takderlah...Ini semua perancangan awal untuk memendekkan hutang hutang besar dipermudahkanNya...maksudnya den dah nak masuk phasa melengkapkan urusan tersebut...Insyallah kalau dipermudahkan hujung tahun nie habis kot tetapi bergantung kepada perancangan yang lain..entahlah tetapi dipermudahkan apa yang diplan setakat nie pun den dah bersyukur sangat... Klu habis jer urusan nie...kembali attack untuk anak bini punya perancangan pulak masa depan dia orang...Banyak lagi urusan yang melibatkan anak bini nie...tetapi WAJIB dilunaskan kalau termampu..klu idak...cukuplah dengan apa yang telah ada...Bak kata org tak boleh terlalu memikirkan benda benda nie sangat...Yang penting kena happy...So untuk nasihat diri sendiri...Bijak Wang Hati Tenang... Okaylah jumpa lagi..Doakan den berjaya merealisasikan plan jangka pendek ini...harap berjaya..amin amin

Hutang....Oh Hutang....

Image
Assalam semua Apa khabar..Semoga semua sihat sejahtera hendakNya...Kali den nak cerita bab HUTANG...wow nak cerita semua hutang den ker?..Idakler...cuma nak berkongsi cerita jer..ada beberapa kisah benar yang terjadi dengan hutang nie... Kalau orang sedang dok pikir pasal HUTANG mesti mcm nie...Sekadar illustrasi jer.. Kisah 1 Kisahnya begini..kebelakangan ini den selalu memikirkan HUTANG-HUTANG yang den sedang dan dok buat...Apa yang bermain didalam kepala hotak den ini adalah bagaimana ingin melangsaikan?..wow best macam nampak mudah tetapi amat sukar tetapi memendekkan masa berhutang..macam boleh...YES inilah pilihannya..so far den tak mempunyai HUTANG dengan orang tetapi dengan yang diatas..banyak oooo...itu bab lain okay...Kalau den ada hutang dengan kengkawan..harap ingatkan...Dan sekarang nie masa den tak boleh buat HUTANG sebab..den dah tak berkerja..payslip pun takder so BAGUS tak boleh buat HUTANG...cuma ada beberapa HUTANG lapuk den dengan pihak bank..yang nie

Burger Lagi...

Image
Assalam semua Burger lagi..kali ini makan burger bakar dekat Bukit Beruang Melaka..Burger Dasyat Bukit Beruang...wow..nama dah mendasyatkan...Secara peribadi bolehlah...sebab aku nie jenis tak reti nak kata tak best cuma kalau ditambah baik mungkin lagi best kot..seperti sayur, bawang goreng dan ramuan sos yang dibuat sendiri kot sebab rasa sos mcm dah biasa...hehehe Apa2 pun best dan terbaik...Ini semua layan cik wife yang nak makan sesangat burger kat sini...Kalau nak datang bolehlah singgah..google insyalah jumpa...dekat dengan MMU dan sebelah restoran Asri ...Layan dulu gambarlah..hehehe..Malas nak tulis oooo Lepas nie nak cuba Burger Rawang MITC...gan Giant Burger dekat Melaka Sentral....wow..terjah jangan tak terjah..kemudian baru buat pengkelasan peribadi ...burger burger terhebat selain MCD punya...hehehe...Apa2 pun bergantung kepada cik dompetlah...klu kurang maka sessi terjah ditunda... Bye n salam

The Billionaire..."Top Ittipat"...Tao Kae Noi

Image
Assalam semua Bukan den nak promote tengok cerita The Billionaire dekat Astro 952 tetapi ia mengisahkan cerita betul atau benar mengenai seorang anak muda dr Thailand yang telah menjadi billionaire pada usia muda..wow terkasima kejap tengok cerita nie... Kau orang bolehlah mengoogle siapa itu Top Ittipat dan produk dia iaitu Toa Kae Noi..makan rumpai laut...Den apa lagi bila terlintas jer dekat Seven Eleven terus cari produk nie..ada pulak..hahaha..cubalah..sebab kisah Top Ittipat nie berjaya memasarkan produk yang mulanya dirumah ke 7E...wow..muda beb...  Kat 7E harga big sheet Rm0.80, yang lain RM 3.00...ada beberapa perisa...  Inilah rupanya.... Best gak rasanya..sekali makan nak lagi dan lagi....hahaha Akhir sekali..bukan den nak promote okay..cuma mengambil beberapa iktibar atas usaha beliau yang tak pernah kenal erti putus asa...Inilah quote beliau...hohoho “Apapun yang terjadi jangan pernah menyerah, kalau menyerah habislah sudah.” - Top Ittipa

Mendominasi atau Didominasi

Assalam semua.. Kali nie den nak bertanya kepada kengkawan semua...adakah kita didominasi atau mendominasi didalam keluarga atau didalam kelompok masyarakat atau didalam pekerjaan?..Pentingkah dominasi nie?..terpulang penting ataupun tidak... Den hanya nak bertanya didalam kelompok berkeluarga...adakah anda mendominasi atau didominasi oleh orang lain. Iaitu keluarga lain ataupun isteri ataupun suami...Bagi den sebagai suami ataupun ayah dalam keluarga..den lebih mendominasi keluarga den bukan ditaktor tetapi membuat keputusan secara total setelah berbincang... Den mengharapkan semua isteri diluar tidak mendominasi keluarga mereka...Kenkadang den tengok..sisuami (kengkawan den)..macam takut dengan bini....semua keputusan kena tanya bini..alamak..ini sudah terbalik...bukan tak boleh boleh tanya pendapat bini tetapi kena ada balancelah..nie semua bini kena bagi keputusan..klu bini cakap tak boleh maka tak bolehlah..so sapa yang mendominasi nie..?..Bagi denlah...berbincang itu p

LGB @ Lava Grill Burger - Banjir oh banjir...

Image
Assalam Nie entry patutnya awal. Tetapi den nie pemalas so entry nie jadi bila ada masa jerlah den buat. Sibuk beb skrg nie walaupun wife dah lepas pantang tetapi kerja mengambil budak masih lagi den handle..hehehe..Ini kisah last sabtu..wife nak pekena burger grill Mamu..so planlah...memula pergi rumah kakak ipar dekat Seremban...kemudian lepas maghrib shoot ke Serdang... Akhir tiba gak den dekat gerai Mamu dekat Restoran Bismillah...perh..perh...memang ramai yang q untuk makan burger nie...hebat Mamu..dan ucapan tahniah dari den untuk hang Mamu...Tak sangka den..kita belajau tinggi tinggi supaya dapat kerja best best..tetapi kita pilih untuk meniaga..hahaha...Hang jauh luar bidang..den pulak meniaga kecik kecik...nak kata kontraktor bukan..entahlah.... Yang penting Mamu..hang punya burger rusa memang best..Insyallah dah plan nak turun weekday pulak sebab tak sempat beborak dengan hang...hahaha...Kepada rerakan yang nak pekena LGB nie...boleh cari dekat UPM...dekat dengan M

Duit Gulung?????....

Image
Assalam semua.. Pernah melihat duit gulung?..Alllllahhh...duit gulung sukarno...duit indonesia lama...Pernah ker?..Den pernah..live dan buat sendiri..hehehehe...Kat bawah nie gambar duit tersebut..1000 gan 10000 rupiah...Dulu org cerita jer..camner dia gulung...lah nie dah tengok gan buat sendiri..so memang dia bergulung..hohoho..macam hujung gan hujung bermagnet... Duit Gulung..... Cuba tengok video kat bawah nie pulak...yang nie kawan den buat...hehehe...klu ada sapa sapa sudi menawarkan harga terhebat dipasaran..den boleh bawak berbincang gan owner...hehehe..kira den brokerlah..kiri kanan makan...hohoho.... okay jumpa lagi

Peluang atau Perangkap????...

Assalam semua.. Alhamdullilah semuanya sihat dan selamat...Peluang atau perangkap?..Apa benda nie?..Ini adalah cerita mengenai satu peluang perniagaan yang telah ditawarkan. Kisahnya begini...adik kepada sahabat den nie dapat kerja direct award katanya dari orang yang ada pangkat di Johor...Buat bangunan 3 tingkat dekat sekolah...Harga diberi 800k..ini harga untuk kami sebagai contractor..."dia org" nak claim dalam budget sebangai 1.05J..wow....alkisahnya... Tetapi..dia org nak advance beb...dalam 40k..perhh...babun beb..aku gan partner..dah bincang..kita boleh release duit tetapi setelah LA (Letter Award) dapatlah...kemudian aku pulak ghasa semacam jer...almaklumlah ini kes pertama den..hahaha...Den cakap dekat partner..kang yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...lagi susah...Last sekali..adik partner nak cover klu lost sebab dia begitu yakin... Sebelum cerita abis...kita org masuk menggunakan lesen KJES..kawan aku punya...dia setuju..dia dah gie jumpa

Matlamat Berubah...

Assalam semua.. Apa khabar..Semoga syawal yang berlalu telah membahagiakan kita semua..Alhamdullilah perancangan untuk masa hadapan terus dipacu dan diperkukuhkan..Alhamdullilah dan insyallah dipermudahkan olehNya. berbalik kepada matlamat untuk tahun 2012...Den telah merubah sedikit perancangan awal kepada teras untuk mengurangkan kadar hutang yang dipegang...Apa yang akan dilepaskan adalah pinjaman hutang AHB....kena lepaskan sebab tiada lockin period untuk kes ini dan terus memandang kehadapan untuk melangsaikan hutang rumah BKD nie...tak banyak lagi..tetapi dalam proses kearah itu..sebab plan berubah adalah ada beberapa faktor utama yang menyumbang kearah menyegerakan proses membayar hutang ini..... Sekarang ini bukan lagi dizaman mudah dan senang..kini berada dizaman mencabar dan dicabar...Tetapi den tetap dengan gaya dan langkah den..klu ini dipenghujung...maka terimalah semuanya...Den sudah bersedia...Berbalik kepada perancangan maka matlamat untuk menyegerakan proses mel

Langit Tidak Selalu Cerah....

Assalam semua Langit tak selalu cerah?..Lah mengapa bertajuk mcm nak tulis sastera nie..?..Awat berjiwang jiwang nie?..Ada masalah ker?..Banyaknyer persoalan yang bakal atau mungkin dilemparkan...Inilah perpatah orang tua tua dahulu...Dalam apa2 jua situasi sama ada kerjaya...politik ataupun perniagaaan..pasti menghadapi masalah...hahaha..Insyallah den dan rerakan bisness...separing partner telah membuat perancangan awal...sebab kami tahu benda ini pastikan akan muncul dan kini ia telah mula muncul menampakkan diri..Insyallah..beberapa kerangka kerja baru sedang diatur untuk menghadapi mendung... Bye n salam

September...

Assalam semua.. Apa ada pada bulan semptember nie?..Bagi den, bulan september nie best sangat sebab...Hasil pelaburan den membuahkan hasil..Inilah orang tua tua berkata...bersakit sakit dahulu bersenang senang kemudian...Den rasanya erti itu skrg nie...Bukan membangga diri tetapi inilah realitinya skrg..wow Ada dua hasil sebenarnya bulan september nie..satu hasil bonus saham KPF..ini sebahagian sahaja..yang utamanya iaitu dividen dah merasa awal...hohoho..bulan julai aritu...kira yang nie disebut bonus..hahahah...8% bonus jer...pun okaylah..Baru jer dibayar semalam...hohoho...bergaya lagi untuk poket yang sedang dok senak nie... Kemudian satu lagi hasil pelabuaran di ASW2020...Dividen ASW2020 6.6%....den dah update buku..wow best best..inilah manisnya hasil menabung atau menyimpan...Hasil dari kedua dua ini untuk bulan september..bolehlah den hidup dengan tenang sehingga bulan duabelas...hohoo...hidup secara skrg..ala ala bukan boros atau belanja senang jer...hohoho..makluml

Hari Kemerdekaan Malaysia - 55

Image
Assalam semua Esok Malaysia akan menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan yang kali ke-55. Wow..dah lama dah kita merdeka..Yahoo..Dibawah nie logo hari kemerdekaan kali ini. Wow..bagi den ianya tidaklah begitu patriotik sebab dicampur dengan politik...ini pendapat den okay..masing masing punyai pandangan sendiri..Pesanan yang ingin disampaikan begitu direct..tiada lagi berselindung atau bermadah helah...hehehe Bagi den yang penting kita semua hidup dalam aman damai..Taknak jadi macam negara yang sedang dok bergolak sekarang nie..mcm Syria..Apa maksud merdeka anda semua?..Den...maksud merdeka den adalah bila den bebas dari segala hutang hutang...den akan merdeka...hehehe Okaylah sehingga kita berjumpa lagi. Bye n salam

ASW 2020 : 2011 Dividen 6.6%

Image
Assalam semua Akhirnya apa yang ditunggu telah diumumkan petang tadi...Wow 6.6%..Allahamdullilah duit bonus hari raya 2012 telah diumumkan...Bolehlah buat tambah duit poket ketika poket sedang dok senak dalam bulan raya nie... Inilah faedahnya dan gembiranya bila kita ada membuat simpanan...wow...6.6% adalah target yang besar untuk den..Bayangakan kalau penyimpan ada menyimpan sebanyak RM100K...sudah dapat RM6.6k..wow dah boleh buat bayar mana2 loan atau duit kereta...Tapi den kira duit pencen denlah...best best Berita penuh : Klik sini Bye n salam

Surirumah Vs Mr Mama

Assalam semua. Semenjak kelahiran anak yang ke-4 nie, hampir semua kerja rumah aku buat..walaupun tak 100% sempurna tetapi aku lakukan dan buat. Perhh barulah aku tahu bertapa payahnya kerja sebagai surirumah nie..Bukan aku nak puji tetapi inilah realitinya..aku sudah alami... Bayangkan...setiap saat ada jer kerja yang hendak dilakukan...Basuh baju, jemur baju...buang sampah..tak termasuk masak..klu masak lagi makan masa...tak termasuk mop lantai..lagilah penat...angkat baju..lipat baju..perhh...basuh pinggan..basuh cawan..basuh periuk....perhh..masak air...macam macam kerja nak dibuat..oooo...Karenah budak budak baru nak naik nie...perhhh..buat semak dan mcm lagi...yang  nak susu..yang nak itu yang nak ini..nak suruh mandilah..nak suruh makanlah....ayoyoyoyo...pening hoooo...Tapi semua ini ada hikmahnya untuk den...Insyallah den akan cuba sehingga berjaya...hahaha..mcm ujian periksa pulak...hehehe So tak salahlah klu siisteri yang memegang jawatan fulltime housewife aka sur

Pengalaman Baru :..Meneman Isteri Dalam Kamar Bersalin..

Assalam semua Kali ini den nak cerita pengalaman baru den..Apa dia tu?..Pengalaman meneman isteri bersalin didalam kamar bersalin..Perhh. Mula mula tu dah bagitahu isteri yang den tak nak ikut pergi tetapi memandangkan ini adalah permintaan dia sebab dia kata ini adalah polisi keluarga yang terakhir maka den dengan akurnya..follow..so dialah yang uruskan pendaftaran untuk pergi kursus meneman...Kursus meneman wajib dihadiri untuk memastikan para peneman mendapat info yang wajib diketahui semasa berada didalam kamar bersalin kelak...alah sekejap jer..lebih kurang 2-3jam kursus dia..kena pergi dengan isteri semasa kursus diadakan... 18hb Ogos haritu..masa sahur isteri kata dia okaylah..belum ada tanda nak bersalin cuma sakit datang kejap kejap..lepas subuh..mcm biasa den pun meluruskan pinggang...dan lebih kurang pukul 930...isteri kejutkan suruh standby..apa lagi...bergegas bangun dan siapkan budak budak...plan nak hantar kat jiran (abg hamzah)..tapi dia org telah pergi balik kam

Safety Deposite Box (SDB)

Assalam semua.. Bukan den dah ada SDB ker kat RHB?..Yup memang dah ada...cuma kali ini den buka satu lagi SDB facilities dekat Alliance Bank, cawangan Cheng. Bukan apa senang nak tuju..hehehe..Macam org kaya pulak rasanya bila kita ada SDB nie..Manager bank siap tanya mcm2..hahaha..Kita kerja sengkek jer..hahaha..Den layan jerlah manager bank tu... Cuma SDB kat Alliance bank nie..dia beroperasi kat bawah. Berlainan dengan konsep RHB iaitu ditingkat satu..Apa2 pun dia punya ciri keselamatan tetap terbaik. Opp lupalak nak cerita mengenai rege dia..sewaan dibayar setahun sekali iaitu RM200/tahun tetapi untuk permulaan kenalah bayar deposite sebanyak setahun deposite dan duit mati stem iaitu RM10 aje...Murah beb..saiz sama gan RHB punya SDB...RHB den kena RM250/setahun..okaylah jangan den ada SDB..hehehe.. Kat Allaince SDB, den dapat percuma insuran iaitu RM10000..kalau barang den hilang kena curi atau bank kena pecah lalu SDB pun kena rompak..hahaha..tetapi den tambah lagi insu

Penangguhan UrusNiaga ASW2020...

Image
  Assalam semua.. untuk makluman mereka-mereka yang mempunyai dana didalam ASW2020..3 september dah boleh bawa buku ASW2020 untuk diupdate. Berapa dividen?..Belum diumumkan lagi..Insyallah petang 24hb Ogos 12, dah boleh tahu berapa dividen untuk tahun nie..Den target dia punya dividen sama gan ASD punya dividen iaitu 6.5%..Apa2 pun, inilah nikmat menyimpan..Dan orang pencen macam den nie amat2 bersyukur dengan pemberianNya..amin amin. Disaat sedang menyambut hari lembaran, hari raya..duit pun dah banyak dikeluarkan untuk tujuan meraikan hari raya puasa...so dengan dividen ASW2020 nie...alhamdullilah ringan sikit bebanan poket..hehehe...Jom kita start menabung..plan masa hadapan anda....tepuk dada tanya duit anda dan masa hadapan anda...Den hanya boleh berceloteh tetapi tabiat bermula dari anda sendiri...Jom jom jom...YAHOOOOOOO...belum umumkan berapa dividen dah gembira..hahaha.. p/s: Bulan september nie ada dua benda yang mendatangkan senyuman poket...iaitu Dividen ASW20

Selamat Hari Raya 2012

Image
Assalam semua. Dikesempatan yang diberikan OlehNya ini...saya menyusun sepuluh jari kaki tangan memohon ampun dan maaf sekiranya...ada tersilap kata, tutur dan tulisan dimana2 mana jua...FB atau disini..dengan secara langsung atau tidak langsung yang boleh mengecilkan hati kawan kawan dan semua sahabat...Maka ampun maaf diminta dan dipinta... Selamat hari raya...maaf zahir batin buat semua yang mengenali saya secara dekat atau jauh...sehingga kita bertemu lagi. Bye n salam

Hero Lagi...Alhamdullilah

Image
Assalam semua Semalam 18hb Ogos 2012..lebih kurang 1245 tengahari...jumlah ahli keluarga den bertambah...Den dikurniakan seorang lagi hero...Insyallah hero ini yang berat semasa dilahir hampir 4kg akan diberi nama iaitu Aiman Zafry Bin Zolpaka...Nama adalah pilihan bini den..dia yang mencari makna dan maksudnya...Diberikan dua nama..iaitu satu lagi nama perempuan..apakan daya..diberikan zuriat lelaki..Alhamdullilah.. Hero...AZZ Memandangkan perancangan keluarga kami hanya 4 orang..so mungkin inilah yang terakhir..Itu polisi family planing kami..quota hanya empat...bukan 4 bini maaa...tetapi 4 anak jer...So mungkin ditakdirkan den hanya akan mendapat menantu perempuan jerlah...Lambatlah den dapat menantu...lelakilah nie purata mereka akan berkahwin dalam lingkungan 27 - 30tahun...hahahaha...Den paham sebab mana nak bayar hutang belajar..kereta...rumah...makan..enjoy...hahaha...Kenalah den buat perancangan awal untuk mereka kawin awal..hahaha..Cun tak.. Okaylah...4 her

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Image
Assalam semua.. Nak cerita ringkas mengenai gabenor Bank Negara kita (Malaysia) atau ringkasannya BNM..Secara khususnya Bank Negara Malaysia diketuai oleh seorang Gabenor yang menjalankan urusan dan hal ehwal bank mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah. Sejak ia ditubuhkan, Bank Negara Malaysia telah ditadbir oleh 7 orang Gabenor sehingga kini...  Gabenor BNM dan Tandatangan mereka seperti di note2 kertas duit Malaysia Okaylah...semoga kita semua mendapat sedikit ilmu dan tahu serba sedikit tentang note kertas atau matawang Malaysia..sehingga berjumpa lagi. Nie tengah dok rajin bolehlah berblogg..hahaha...Bye n salam

Gambar Agong Pada Note Kertas...Malaysia..

Image
Assalam semua Wow tajuk mcm hebat jer...Semenjak dua menjak menceburkan diri dalam hobi baru nie..maka den godek godeklah encik google so terjumpalah maklumat nie..so den pun ceduk untuk maklumat denlah...hehehe Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad bersama dengan permaisuri baginda Tuanku Puan Besar Kurshiah Binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin  Sama Tak?..Gambar kat atas dengan gambar kat bawah nie.... Secara terperinci..kengkawan boleh pergi kat sini... Yang di-Pertuan Agong Pertama ..Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960), Baginda adalah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong yang pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.   Jangan pulak keliru dgn Tuanku Abdul Rahman (Agong Pertama) dengan Tunku Abdul Rahman (PM Pertama)..   So dah menjadi minat so kenalah baca serba sedikit tentang minat

Semalam Yang Rajin...

Image
Assalam semua Semalam aku menjadi sesangat rajin sehingga aku berjaya membuat homemade wafer...hahaha..ini semua bermula bila wife aku belikan set wafer dekat Mydin MITC...Sebenarnya dah lama cari benda nak buat wafer nie..Memula nak beli set yang orang buat wafer jual tu...dah cari cari ..mahaller pulak..tak berbaloi dengan kos dikeluarkan untuk makan kat rumah jer...hahha Search internet jumpa...ada org nak jual set tu..tapi mahal gak..dalam RM80...last wife jumpa dekat Mydin baru RM60 jer...alhamdullilah...kemudian aku pun apa lagi searchlah internet caroi resepi yang best untuk buat wafer nie..jumpa dan ari semalan terus jer buat..lepas beli barang...hahaha...Dan hasilnya adalah seperti kat bawah tu...Komen dari perasa...okay...sebab habis...hahaha Wafer yang dah siap potong...Untuk berbuka puasa...hehehe Okaylah....nak buat lagi entah bila..hahaha..tunggu lepas lepas rayalah ..itupun klu den rajinlah..hehehe..ingat nak buat standby dalam peti sejuk jerlah...rajin

1/2 Ramadhan..

Assalam semua Bulan ramadhan sudah menjengah 15hari...semoga kita semua menghayati bulan yang penuh dengan kemulian ini dengan penuh kesyahduan...Insyallah kita akan menjengah bulan syawal pulak lepas nie. Bagaimana persiapan untuk menyambut hari raya kali ini?..Jangan belanja boros okay...control kewangan anda sebab bulan hanya bulan syawal jer guna duit..lepas bulan syawal kita perlu gunakan wang juga... Insyallah bulan Ogos nie akan menjengah juga dividen ASW2020 pada penghujung Ogos...Yang mana dividen akan keluar, insyallah pada awal bulan September...dan bulan september juga, bonus KPF juga akan keluar..Alhamdullilah..rezeki org pencen beginilah...Hidup nie kena ada perancangan yang teliti..Insyallah diberi jalan olehNya..amin amin amin... Percayalah kawan2...rezeki kita ada dimana2...sebab ini telah dijanjikan Allah. Yang penting kita berusaha untuk mendapatkannya...Walaupun yang bulat tak datang bergolek dan yang pepeh tak datang melayang tetapi kalau sudah ditetapka

Bulan Puasa 2012..

Image
Assalam semua sahabat, rakan rakan dan family... Insyallah pada hari sabtu nie...iaitu tanggal 21hb Julai 2012 bersamaan dengan 1 ramadhan 1433 Hijri , maka kita akan bermula berpuasa. Alhamdullilah kita merasa lagi berpuasa dan boleh menambah pahala. So jangan membazir dan poteng puasa...hehehe.. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa dengan aman dan tenang. Bye n salam

Menunggu Hari..

Assalam semua Den sedang menunggu hari untuk mendapat orang baru dalam keluarga ZOLPAKA BIN IBRAHIM. Orang rumah aka isteri kesayangan dah cukup hari..sudah 36minggu...Semoga semuanya. Amin amin amin. Bye n salam

Hobby baru ker?..

Assalam semua.. Semenjak dua menjak nie..mcm ada hobi baru jer. Apa ekk...?.. Lah nie macam suka jer kumpul duit lama..hahaha...Semuanya bermula apabila sahabat saya si Rosli memberikan senaskah buku mengenai duit duit lama dan siap harga pasaran. So minat pun datanglah...Sebab siapa kata duit akan merosot nilainya?..Saya kata tidak skrg sebab dia mempunyai nilai tersendiri dengan harga tersendiri kepada peminat tersendiri.... Macam den nie...den hanya cari yang mempunyai nilai face value...iaitu nilai asal...Masih lagi boleh diperolehi di bank bank. Ada gak gayau bank bank...alhamdullilah dapat gak duit 2 inggit, 5 inggit, 10 inggit, 20 inggit, 50 inggit dan 100 inggit...100 inggit yang dapat banyak hari tu..baik lagi condition dia..UNC beb...dapat dalam 57 keping..dah letgo ..dan menjadi simpanan sebanyak 12 keping running nombor shaja...simpan beb..sebab den percaya suatu masa nanti..dalam 10 tahun pasti harga dia menjadi 3-4 x ganda atau lebih...skrg pun dah pergi 200inggit

JJ Card Day...Perhhh

Assalam semua.. Nie nak tulis mengenai keseriusan manusia tentang JJ Card Day..Perhhh...Aku nak tulis nie bukan aku marah tetapi teruja dengan brand JJ yang telah dijual kepada masyarakat kita..tak kira bangsa semua serbu bila JJ membuat JJ Card Sale... Bayangkan beb..arini aku menjadi supr kepada wife..menghantar dia ke JJ Lama Air Keroh...perhh ingat dah awal dah..rupa rupanya ada yang datang awal lagi..sampai dah pukul 930am..ada yang awal dr masa nie dan parking dah penuh...Bayangkan berapa ramai org akan berbelanja di JJ Card Day nie...Brand yang telah dicipta oleh JJ telah mendapat dan tersemat dihati para pengguna..Jauh bezanya diskaun yang diberikan dan keterujaan berebut tu yang best tu....dan sempena hari JJ nie...berbelanja lebih seratus mendapat pulangan baucar 10inggit balik...hahaha Tetapi aku yang memandu dan mencari parking pun dah nak mengamuk sebab semua penuh dan aku hanya menunggu didalam kereta. Bayangkan..kawasan parking jammed bila nak keluar sebab ada