Posts

Showing posts from July, 2009

Plant Cikampek...

Salam semua. Berjumpa lagi. Status plant Cikampek, tempoh hari aku telah mencuba untuk membakar sebanyak 500kg per jam tetapi setalh dicuba sehari setengah terdapat beberapa masalah yang baru. Masalah ini adalah sistem burner no 2 selalu gagal untuk menyala, high temperature dekat secondary zone, high temperature dekat primary zone satu dan yang lebih menakutkan adalah sistem pusher no 2 sangkut pulak... Kemudian aku menukar kepada kondisi lama iaitu 400kg per jam memandangkan jumlah limbah (waste) yang tinggal cuma sedikit. Sekarang nie aku telah buat satu lagi prosedur untuk menanggani masalah yang timbul nie..Setiap setengah jam beroperasi, pusher no 2 hendaklah ditolak..Nampaknya seperti berkesan teknik ini...Alhamdullilah. Sekarang nie pulak, masalah baru timbul...iaitu masalah pengangkutan limbah ke Cikampek Plant..Dari pihak PT Arah berjalan lancar. Dah habis limbah mereka. Tetapi dari pihak PT Mesra Abadi...mereka seperti enggan menambahkan jumlah truk ke Cikampek Plant. sebel

Emas Lagi....

Salam semua...Kebelakangan ini aku minat betul dengan emas sebagai satu portfolio pelaburan yang baru selain dari menyimpan di ASB atau Mutual Fund. Apa sebabnya yer...inilah sebabnya. Sekadar ini berkongsi sahaja.. Perbezaan Emas dan Wang Kertas sekarang. Emas Wang Kertas Tiada susutnilai dan inflasi. Pada zaman Nabi S.A.W., harga seekor kambing adalah sedinar. Pada zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang adalah lebih kurang RM460.00. (1 Dinar = 4.25gm). Setiap hari susutnilai. Satu ketika dahulu contohnya, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100,000 rupiah = RM35.00. Dulu nilainya lebih tinggi. BERNILAI kerana ia logam DIPERNILAI kerana ia kertas yang dicop sahaja Laku satu dunia setiap masa. Orang Kemboja yang berhijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan kerana menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka ba

Zakat.......Zakat........Zakat

Salam semua...sekadar ingin berkongsi sahaja. Dan sekadar ingin ingat mengingati sahaja. Berpesan pesan pekara yang baik itu adalah dituntut. Zakat?.. Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia telah difardukan mulai tahun kedua hijrah Rasullullah S.A.W. Dari segi bahasa, zakat diertikan sebagai “tumbuh” dan “bertambah”. Ianya juga bererti berkat,bersih,baik,suci dan subur. Menurut istilah syarak pula diertikan sebagai mengeluarkan kadar harta yang tertentu dan diberikan kepada golongan yang tertentu mengikut syarat - syarat yan tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak. Zakat ada beberapa jenis iaitu zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat kwsp, zakat perniagaan, zakat emas & perak, zakat saham, zakat ternakan dan zakat pertanian. So terpulang kepada anda. Sekiranya mempunyai semua diatas atau sebahagian sahaja diatas dan telah cukup syarat maka hendaklah keluarkan zakat. Aku akan menyentuh beberapa jenis zakat jer... Pe

Kisah Plant Cikampek...

Salam semua..selamat membaca dengan penuh rasa gembira dan ceria. Aku sihat dengan kerja-kerja yang semakin menyibukkan aku. Biasalah bila plant sudah beroperasi maka kesibukan yang menjelma pula. Tapi bagi aku ini suatu yang mengembirakan sebab apa?....sebab aku tidaklah dilanda kebosanan...eheheeh.. Plant baru jer dipanaskan badan pada hari senin lalu...proses ini seperti biasalah iaitu embakar kayu dahulu..aku suruh semua pekerja sini membuat rutin checking seperti memastikan kipas bepusing dan yang paling penting 4 damper "ajaib" yang selalu memberikan sedikit masalah... Kemudian pada hari rabu lalu aku telah menghidupkan incinerator pada waktu pagi sekitar jam sepuluh...ada sedikit masalah yang perlu aku hadapi...iaitu burner tak mahu nak hidup secara auto..perhhhhhh...payah sikit. Buat sementara waktu aku gunakan manual box "kotak hitam ajaib" yang selalu digunakan di Melaka...Bayangkan kalau kotak hitam nie tak der...susah oooooo... Masalah lagi..bila jalan s

Emas Portfolio Hebat...

Salam semua. Kali ini entry aku just nak sharing bagaimana emas itu disebut-sebut sebagai satu portfolio pelaburan yang hebat. Walaupun aku pemahaman aku tidak mengerti sehebat pengkaji-pengkaji portfolio emas yang ada di Malaysia tetapi sekiranya kita tengok dari semua ayat-ayat Al-quran dan hadis-hadis Nabi semuanya menyebut perkataan EMAS. Cuba kita tengok sekarang nie. Sudah ader beberapa bank yang melancarkan pelaburan emas seperti Maybank (Gold Saving Passbook), Public Bank (Gold Investment Account) dan yang terbaru diwar-warkan CIMB akan mengikut jejak langkah kedua-dua bank tadi. Ini pelaburan. Kalau kita tengok, tidak disebutkan tentang duit Ringgit (Malaysia), Dollar (America), Rupee (India), Rupiah (Indonesia), Pesos (Filipina) atau New Shekels (ILS) di Israel. Ini kerana, kertas ini adalah ciptaan manusia yang tiada nilainya di dunia ini pada hakikatnya. Tapi, emas adalah sejenis logam ciptaan Allah s.w.t yang bersifat kekal sehingga ke akhirat kelak! Tetapi i

Semalam Cuti...Tanggal Merah

Image
Salam..semalam Isra Mi'raj so dekat sini cuti. Apa lagi aku layan untuk ke Garut atau Cirebon. Apa yang menarik dekat sini. Kalau aku ke Garut, dekat sini aku boleh layan kolam air panas di Cipanas, Kawah di Kamojang dan industri kulit..Kalau aku ke Cirebon aku hanya boleh ke wisata Makam Wali Songo..sunan aper aku lupa. Ada dua makam disini. Dari Cherry aku menggunakan Tol Pasteur menuju ke Cileunyi. Kenalah sekitar RP6000 shj. Disinilah bermula persimpangan kearah Cirebon atau Garut. Akhirnya aku memilih untuk ke Garut. Dalam perjalanan itu kita org singgah di Geothermal Wisata. tempat ini sebenarnya dimiliki oleh PT Pertamina dalam usaha untuk perusahaan Elektrik dari Geothermal yang ada disekitar pergunungan ini. Maksudnya mereka menggunakan paip menyedut tenaga atau wap panas untuk dijana elektrik. Masuk kena bayar RP15000 (setiap seorg 5000 + kenderaan 5000) Ini kawah kereta (dekat sini kereta api dipanggil kereta) Sebelum tu..aku berjumpa dengan majlis perkahwinan org disini

Kesibukan Minggu Lepas...13 hingga 17 Juli

Image
Salam semua. Minggu lepas sehari selepas pulang ke bumi Indonesia, aku terus mengahdiri rapat ISO untuk kerja-kerja penambah baikan dengan workinstruction, procedur dan manual serta form-form yang terlibat. Yang menghadiri rapat ini adalah semua document owner. Acara ini dipimpin oleh aku dari 13 sehingga 15 dan 17 Juli. Manakala pada 16 Juli, rapat dibuat bersama-sama dengan consultant adhere. Pak Anggoro, Pak Gun dan Pak Leo Rapat bersama consultant lebih tertumpu kepada legal procedure dan workinstruction. Manakala legal registry dan refererence, aku dan consultant bersama2 bergabung idea untuk menterjemahkan kedalam axceel point terlebih dahulu. Kerja2 ini aku sambung pada 17hb bersama tina. Pak Her, Pak Gem dan Pak Acem (opisboy) Perhhhh penat bukan main lagi. Walaupun bukan penat memikul atau menjolok ash tersangkut tetapi penat minda ini lebih penat dari mengeluarkan keringat. Sepatut rapat ini dihadiri oleh Madam CSF tetapi beliau mempunyai acara lain di Malaysia. Mungkin belia

Ceria dan Menghilangkan Kebosananan

Image
Salam semua..Ceria dan bahagia hendakNya. Amin. Minggu ini benar0benar sibuk dengan persiapan untuk rapat ISO diBandung, so seminggu nie aku tak menjengguk ke plant Cikampek. Insyallah minggu depan akan start membakar semua limbah yang ada. Kali ini aku hanya menunjukkan apa yang aka war-warkan sebagai tajuk. 14 Juli 2009, aku telah ke jalan ABC dan dikatakan sebagai kawasan tempat jualan alatan elektronik. Memang benar. Kali ini aku ingin membeli TV, alatan menhilangkan kebosanaan dan boleh menceriakan hari sabtu dan minggu aku...horrey.. Aku telah membeli TV LCD 19 inci dengan harga RP 2,400,000 ditambah cable antenna 10 meter berharga RP 50,000. Kalau diconvertkan ke RM sekitar 700. Mahal ker?..Apa pasal aku beli LCD type?..sebab mudah untuk dibawa pergi sekiranya aku ingin berpindah kamar atau kawasan tempat tinggal. Penggunaan TV dikamar aku dicharge sekitar RP 25,000 tambahan. Sistem tv di Cherry adalah TV Cable. Adalah sekitar 30 saluran yang boleh aku tonton. Alhamdullliallah b

Happy Birthday ...Aiman Zarfan Zolpaka

Image
HAPPY BIRTHDAY AIMAN ZARFAN Nie gambar lama..shj aku upload utk melihat perubahaan wajah dan size. eheheh Salam semua dengan penuh rasa ceria dan kegembiraan. Hari ini 14 July 2009..adalah hari lahir anak aku yang kedua untuk tahun ke 3. Selamat hari lahir Aiman Zarfan. Semoga ceria dan membahagiakan kami (aku dan isteri dan ahli keluarga yang lain) P/S: Mama jangan lupa beli kek. Nanti upload dekat blog mama. I Love U All. Sehingga berjumpa lagi. Salam ceria dari saya. Bye n salam.

Sudah Kembali Semula...12 Juli

Salam semua. Sudah lama tak menulis sebab haritu sudah berada ditempat"sendiri" maka kurang sedikit aktiviti penulisan blog aku ini. 12 Juli aku telah selamat kembali ke tempat aku berkerja..Dimana?..aku rasa semua orang dah tahu.. Sempat gak aku pergi ke sarang lama aku..berjumpa dengan rakan dan "bekas-bekas" staf yang pernah aku kerah dulu. Bunyi cam keras jer...hahhaaa. Aku hanya sempat berjumpa dengan beberapa org shj disana. Maaf geng, masa tak mengizinkan. Insyallah kalau balik lagi, aku akan tetap menjengah sebentar sarang lama aku..ehehehe Bila dah balik sana, aku seperti taknak balik sini. Ini pekara biasa. Sekarang nie aku berperang dengan emosi bukan dengan masalah kewangan. Kalau sebut pasal kewangan aku rasa, aku boleh manage tp klu sebut pasal jiwa dan emosi..yang ini sukar sikit. Kadang terpikir gak aku...boleh ker aku bertahan nie?..sampai bila?...Rasa mcm tak lama jer...Kadang2 terpikirlak...mungkin rezeki aku sampai disini jer...isisishhhh...Jauh

Kisah Aku dan Kapal Terbang....

Image
Salam semuanya.. Semakin hari semakin sibuk disini. Satu sibuk dengan kerja yang diberi oleh bos aku di Malaysia untuk mencari vendor contractor civil untuk kerja-kerja penambahan yang telah diberikan kepada aku. (haa..sebilangan ingat aku dekat sini goyang kaki..sorry ehh..kerja tau..sambil goyang kaki..)..pencarian ini masih belum selesai sebab banyak sangat kesalahan sebutharga yang dia org buat seperti tidak mengikut spek dan main sesah harga jer...ingat aku tak reti kira ker bab civil nie...aku guna common sense jer..Baru tau dia org (contractor Indonesia) dekat den..hahhaaa...Tapi aku gak yang susah sebab dateline dah nah abis...Meeting pemilihan belum lagi dibuat...perhhh...sibuk oooo..Shortage of time. Kedua, aku sibuk dengan ragam nak buat ISO (9000, 14001 dan OSHAS)..seperti biasa preparation kearah ini seperti kurang menyengat dari bahagian Opis manakala dari bahagian Plant hebat sebab aku couching mereka selalu...so selalulah aku akan ke Opis HQ Bandung...eheh untuk memasti