Posts

Showing posts from October, 2010

Kerjaya...Impian...

Salam semua..Saya masih lagi ditanah jawa. Menghirup udara segar disini berseorangan. Maka entry sebegini akan wujud. Saya doakan anda semua yang baca entry kali didalam keadaan sihat dan berbahagia dengan keluarga serta mempunyai sebuah kerjaya yang cukup indah dan akan mencipta sebuah lagi impian yang dikongsi bersama keluarga. Semoga anda berjaya dan memperolehinya kelak. Bagaimana Kerjaya saya bermula...      Setelah tamat pengajian di Politeknik Port Dickson dalam jururus Sijil dan Diploma Teknologi Pembuatan tahun Jun,96..Den terus berkerja disebuah kilang semiconductor Siemens di Batu Berendam,Melaka. Bermulalah sebuah kerjaya den sebagai pekerja kilang sebagai Line Tech...Hampir setahun juga den dekat sini...Ini adalah kerana den dapat menyambung pengajian den diperingkat Ijazah.      Semasa berkerja kilang, kami rakan serumah semuanya sama kerja kilang cuma berlainan shift sahaja. Telah membeli borang UPU..dulu kena beli borang tak macam sekrang nie kena beli nombor pin aja

Rumah Makan....Di indonesia...

Image
Salam semua, saya doakan semuanya sihat, happy dan berbahagia hendakNya. Diketerlanjuran saya berada dibumi yang sedang hangat dengan bencana alam ini seperti meletusnya gunung berapi (Merapi) dan dilanda beberapa gempa bumi berserta tsunami di Mentawai...saya masih sempat berkunjung kebeberapa Rumah Makan favorite saya. Alhamdullillah disini jauh dari kawasan bencana tadi. 1. Rumah Makan PODO SUKA (sama suka)  Menu : yang biasa saya ambil adalah bebek atau ayam goreng atau bebek atau ayam bakar berserta tempe dan ati ampela (ayam). Menu tambahan yang akan diberi adalah ulam (kobis dan kacang panjang) dan sambal terasi (sambal belacan). Air pulak adalah air teh panas (teh o tak ada gula)..Menyelerakan walaupun keadaan kedai kurang sedikit..ehehe. Ini adalah dikawasan Cikampek, Srikandi. 2. Rumah Makan KI ERO Menu macam biasalah : Aku akan makan pepes jambal (Pepes merupakan suatu cara mengolah bahan makanan (biasanya untuk ikan) dengan bantuan daun pisang untuk membungkus i

EntahLah....

Salam semuanya. Alhamdullilah saya sihat diperantauan. Den semakin kurang membuat entry. Sibuk ke?..Taklah juga tetapi tiada idea untuk ditulis. Tetapi kali ini entry adalah sekadar berborak kosong mengenai...Entahlah..Apa akan terjadi kalau.......?? 1. Entahlah apa akan terjadi kalau.....aku tiada lagi (ini pasti, suatu hari yang tidak diketahui)...aku cuma mengharapkan mama dan anak-anak akan tabah dan hidup seperti biasa. Gunakan apa yang aku dah tinggalkan dan yang paling penting teruskan usaha ayah....Rasanya mama tahu apa yang aku sedang usahakan dan akan lakukan. Pekara-pekara yang lain aku tak nak pikir..itu bergantung kepada yang masih hidup...yang sudah tiada, mereka mengharapkan yang baik2 dari yang masih hidup... 2. Entahlah apa akan terjadi kalau.....aku berhenti kerja sekarang?...mungkin Madam CSF akan mengungkit cerita lama atau dia akan kata bertenang zol...ambik masa dan mungkin Hj AKK akan jumpa dengan aku untuk bertanya sebab dan mengapa....Entahlah ini semua mungk

....Rangkuman Semua Cerita Ke-2

Salam semuanya...Kali ini aku menulis ditanah seberang...sudah berada disini aku...seperti biasa disebabkan tidak berkesempatan untuk On-9 selalu dan menulis diblog ini, maka aku rangkuman sahaja semua cerita menjadi satu entry...Mudah hahaaa 1. Emak Mertua....Ahad minggu lepas dia dibenarkan balik ke rumah...seperti biasa...sewa ambulan St John. Tetapi hari rabu kena hantar balik ke Hospital Melaka sebab badan panas dan mulut dah berdarah....Susah gak nak jaga sebab kat hospital dia ada bagi antibiotik tetapi dekat rumah kita tak dibekalkan dengan dos tersebut sebab doktor kata, kat hospital dia beri mengikut dos yang dikawal...kang kita salah bagi dos lagi susah....Apa2 pun inilah bahagian aku dan isteriku untuk menanganinya....Yang paling ku kesian adalah mama sebab mama akan kena pergi hospital setiap hari....berkelahlah dia dengan anak2 aku dekat situ...semoga mama tabah menghadapi situasi ini... 2. Bandung Indonesia....aku datang sini dengan ditemani sementara oleh Badrul. Ki

....Rangkuman Semua Cerita...

Assalamualaikum semua.. Lama dah aku tak menulis dalam blog nie..Sibuk ker?...sibuklah juga...balik dari Indonesia...dah nak raya so pesiapan untuk menyambut hari ray juga begitu ketat..hahhaaa..Lah nie aku cerita secara rangkuman jerlah... 1. Ibu mertua aku sakit aka emak bini akulah :....Ari minggu sebelum raya, emak telah dihantar oleh Kakak ipar dr seremban ke rumah aku...keadaan semakin teruk...minum dan makan pun tak nak...tak seperti biasa...suara pun tak ke dengaran seperti dahulu...Ari isnin, ipar-ipar buat keputusan kena hantar hospital dengan menggunakan perkhidmatan Ambulans...Bermulalah episod menjengkuk ke hospital...sehingga seminggu selepas raya...khamis minggu lepas (23hb..) emak dihantar dengan St John Ambulan ke rumah...Alhamdullilah dah boleh kita jaga...lagi mudah kita jaga dekat rumah sebab...my wife tak perlulah nak keluar hari2 ke hospital..leceh sebab aku keja dan dia kena bawa anak2 atau suruh my along atau kak ipar wife yang jaga...kadang2 segan tu yang b