Posts

Showing posts from January, 2014

Tabung Haji umum bonus tahunan 6 tambahan bonus haji 2 peratus, Kewangan 2013

Image
Assalamualaikum semua Tabung haji sudah pun declare dividen(bonus) sebanyak 6% plus dengan tambahan bonus 2%. Total adalah 8%. Wow...Ini telah siap siap tolak zakat. Alahamdullilah nikmat ALLAH. ********************** KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus tahunan sebanyak enam peratus dan tambahan bonus haji dua peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan bonus itu sebentar tadi berkata, kadar pembayaran bonus tahunan TH mencatatkan peningkatan 14.3 peratus kepada RM2.4 bilion berbanding RM2.1 bilion tahun sebelumnya. "Jumlah keseluruhan pembayaran bonus 2013 adalah RM 2.6 bilion, meningkat 6.5 peratus berbanding tahun sebelumnya. "Pembayaran keseluruhan bonus merangkumi bonus tahunan berjumlah RM2.4 bilion dan bonus haji RM223 juta," katanya. Jamil Khir berkata, pembayaran bonus tahunan akan dinikmati keseluruhan 8.3 juta pendeposi

Rezeki Yang Tak Disangka-sangka....

Image
Assalamualaikum semua Syukur alhamdullilah kepada yang Maha Esa, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....Rezeki tahun 2014 datang dengan tidak disangka sangka. Apa dianya?..Jap lagi den cerita.  Begini cerita...Pada tahun lalu dalam bulan Oktober, ada berita mengatakan yang Felda Global Ventures Holding Berhad telah membeli pegangan saham KPF Berhad didalam Felda Holding Berhad sebanyak 51% dgn nilai urusan sebanyak 2.2billion. Kesinambungan dari cerita nie, meraka ada mengatakan akan mengagihkan kepada para pemegang saham tetapi nilai dividennya dirahsiakan. Maka hari semalam 10 jan 2014, bila mana semua forumer yang mempunyai pegangan saham didalam KPF mengatakan dividen khas telah masuk..den pun checklah dalam akaun. Allhamdullilah...10% dibayar kepada pemegang saham. Mana yang masuk selepas tahun 2012 tidak dapat dividen ini. Cuma apa yang dikhuatari oleh para pemegang saham KPF adalah bagaimana kedudukan KPF selepas ini. Apa yang akan menjadi titik tolak adalah peng