Posts

Showing posts from 2009

Aiman Zahran ...Hero Ke-3

Salam semua..13 December 2009..aku telah mendapat seorang lagi anak lelaki. Comel dan semangat. Almaklumlah 4.2kg bila dilahirkan. Isteri dan saya telah bersetuju untuk menamakan anak kami dengan AIMAN ZAHRAN BIN ZOLPAKA. Kedua-dua (isteri dan anak) sihat. Semoga Allah mempermudahkan urusan keluarga kami. Amin Nanti saya uploadkan gambarnya.  Sehingga berjumpa lagi

Dividen ASB 2009

Image
Salam semua. Alhamdullilah, setelah diumumkan oleh PNB baru-baru ini..dividen ASB 2009 adalah sebanyak 7.3% dan 1.25% untuk bonus. Secara purata adalah 8.55%. Okaylah..not bad dengan perkembangan ekonomi sekarang ini. 04 Jan 2010..boleh pergi update buku. Nak tahu gak berapa banyak sebenarnya den dapat..Boleh gak topup balik OD yang telah digunakan. Semoga semua pelabur-pelabur ASB bergembira dan senang hati dengan dividen yang diumumkan ini. Sekian terima kasih. Sehingga berjumpa lagi.

Menunggu Masa

Salam semua.. Semakin sibuk dan tak menang tangan nak buat kerja. Ingat balik Malaysia bolehlah relik tapi sebaliknya..Tapi aku gembira disini dekat dengan family aku walaupun aku tetap busy. Sekarang nie office lantai bawah tempat surau, staff room dan bilik file telah dilakukan sedikit renovation..maka akulah incharge person untuk mengawal dan menyelia kerja-kerja contractor yang telah dilantik iaitu Merantau Sdn Bhd dari Taman Melawati (En Zailani dan supervisor En Zainal)..Arcitech untuk projek ini adalah Adzlee Arcitech. So far semua kerja berjalan dengan teratur. Lepas nie kita akan masuk phase two iaitu bahagian first floor pulak dan cold room. Wow..makin nak habis contrak makin lawa plant nie..Ini adalah sebahagian dari usaha untuk menampakan plant cantik dan usaha kearah penyambungan kontrak dengan MOH. Amin semoga berjaya. Semalam (12hb Dec 2009)..aku telah menghantar isteri aku ke hospital Melaka (GH)..kali ini isteri aku terpaksa diindius untuk melahirkan anak kami. Semoga

KEBERKATAN SURAH YAASIIN

Salam semua..sekadar ingin berkongsi ilmu pegetahuan yang baik. Saya pastekan email dari sahabat saya untuk rujukan dan bacaan disini. Saya amat berharap agar kebaikan yang diperolehi bukan sahaja dibaca kelebihannya sahaja tetapi diamalakan selalu. Pesanan untuk diri sendiri dan kepada anda semua yang sudi membaca. - Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri - Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. - Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat. - Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. Ø Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak. - Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut. - Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt. - Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - be

28hb hingga 2hb December....

Salam semua.. Selamat menyambut hari raya aidiladha (raya haji)..sekarang ini adalah musim mengerjakan haji..Kali ini aku akan pulang semula ke Bandung pada 28hb November (sabtu) sehingga 2hb December... Sehingga berjumpa lagi..

Berita Baik....Terima kasih Boss

Image
Salam semua..Inilah berita yang aku tunggu. Terima kasih bos. Tak tahu macam mana nak balas budi baik boss. Memandangkan tarikh 15hb adalah hari minggu maka aku telah menempah tiket AirAsia pada hari sabtu nie. Insyallah minggu hadapan aku akan mula berkerja semula di Melaka. Alhamdullilah dan salam semua.

Sudah Sampai...Selamat Bercuti

Salam semua.. Hari ini aku berangkat pulang ke Malaysia..Sepatutnya aku balik dr Bandung jam 5ptg Indonesia...dan akan tiba sekitar jam 8mlm Malaysia..akan tetapi AirAsia membuat perubahan waktu pernerbangan dengan mempercepatkan waktu dari jam 5ptg ke jam 12ptg...Mana aku selamat tiba di LCCT jam 300 ptg Malaysia.. Kali ini aku menghabiskan cuti tahun 2008, masih berbaki 13hari. Kali ini cuma mengambil 5 hari ajer, maka aku akan pulang semula ke Indonesia pada 8hb November...Okaylah Sehingga berjumpa lagi.. Bye n salam

Gajah Hijau Kembali Berehat....

Salam semua..Semalam tepat jam 12tengahari waktu di Indonesia..Gajah Hijau telah memakan makanan yang terakhir buat masa sekarang. Dan tepat jam 4 petang, aku telah mengarahkan agar Gajah Hijau ini dibenarkan berehat untuk masa yang akan ditentukan semula untuk ia beraksi. Pesembahan Gajah Hijau kali ini, amat-amat membanggakan, tanpa banyak kendala (maslah). Gajah Hijau nie makan mengikut kapasiti yang dibenarkan dan ditetapkan untuknya. Sebenarnya makanan yang disediakan untuk Gajah Hijau ini masih lagi tidak mencukupi seperti yang diperlukan setiap hari. Sebaik-baiknya dan seharus-harusnya, Gajah Hijau ini beraksi sebulan atau 30hari dan kemudian berhenti untuk berehat... Maka dengan ini, aku selalu pengajar dan penjinak Gajah Hijau ini...akan bersenang lenang dan mengoyang kaki sambil makan kacang..opoppp...makan gaji buta....Hahahaha sebab circus tempat aku berkerja ini terpaksalah berusaha lebih mencari makanan untuk Gajah Hijau ni...Itu bukan urusan aku...Dengan ayat yang lebih

Separuh Jiwaku Pergi...

Salam semua...Selamat berhujung minggu. Aku disini semenjak Gajah Hijau nie dah mula beraksi maka hujung minggu aku dipenuhkan dengan melawat dan memastikan Gajah Hijau ini beraksi dengan betul dan lancar. Semenjak aku berada disini, aku terpesona dengan klip video dan lirik lagu Anang Hermansyah (Anang @ Ex-husband Kris Dayanti). Dengan lirik yang terus dan mudah dipahami, beliau menujukan khas kepada ex-wifenya. Benar atau tidak itu antara mereka berdua. Tetapi inilah hakikat bila suami isteri berpisah...Tapi lagu nie mcm sedih jer. Apa2 pun layan lagu ini. Lirik lagu ( Separuh Jiwaku Pergi) Separuh Jiwaku Pergi Memang indah semua Tapi berakhir luka Kau main hati Dengan sadarmu Kau tinggal aku Reff: Benar ku mencintaimu Tapi tak begini Kau khianati hati ini Kau curangi aku Back to Reff: Kau bilang tak pernah bahagia Selama dengan aku Itu ucap bibirmu Kau dustakan semua Yang kita bina Kau hancurkan semua Back to Reff: Kau dustai Hati Pernahku mencintai mu Bye n salam semua Sehingga

Happy Deepavali @ Diwali and Public Holiday...

Image
Salam semua.. Selamat berpublic holiday esok bagi merayakan perayaaan Deepavali. Sekadar ingin berkongsi ilmu pengetahuan disamping bercuti untuk kita semua. Kepada rakan yang menyambutnya, selamat meraikannya. Deepavali didalam agama hindu bererti Festival Cahaya. Festival ini melambangkan kemenangan baik atas buruk, dan lampu dinyalakan sebagai tanda perayaan serta harapan umat manusia. Perayaan ini terfokus pada lampu dan cahaya, terutama pada lampu "diya" tradisional dan Deepavali dirayakan selama lima hari berturut-turut dalam kalendar Hindu bulan "Ashwayuja". Biasanya ini terjadi dalam bulan Oktober dan November. Kalau di India inilah perayaan yang ditunggu-tunggu. Bagi negara Indonesia, mereka tidak menjadikan perayaan ini sebagai cuti umum. Ianya disambut oleh agama hindu secara sendiri. Maka dengan itu, kat sini takleh nak claim public holiday....Tapi jatuh hari sabtu..memang company tak kerja hari sabtu..eheheh.. Okaylah. sehingga berjumpa lagi. Selamat be

Menghilangkan Boring...

Image
Salam semua... Semenjak dua menjak nie...untuk menghilangkan rasa boring dekat sini. Aku menghadap komputer (laptop) nie setiap masa. Syukur alhamdullilah talian internet dekat plant telah dibayar. Kemarin telah diputuskan sebab tak bayar. Almaklumlah penjimatan dan misunderstanding sedikit antara pihak plant dengan pihak akauntan di Bandung. Sekarang nie selain menghadap Gajah Hijau aku nie..Aku juga dah kemaruk dengan Facebook. Secara kebetulan juga terjoin Facebook ini. Mula-mula terjoin sebab terbaca tentang pemilik facebook yang ditawarkan oleh microsoft untuk dibeli dengan harga beberapa bilion USD. Perhhh..Bermula dari situ aku melayari apa itu facebook....OOOhhh..boleh bercit cat dengan kawan-kawan lama. Dari beberapa org yang aku add hinggalah ke sekarang nie. Di facebook nielah aku berjumpa dengan kawan-kawan lama dari sekolah menengah aku dulu, kawan-kawan kampung (Felda), Politeknik Port Dickson (walaupun tak ramai), Universiti Putra Malaysia dan kawan tempat kerja Malaysia

Gajah Hijau Menganas Semula...

Image
Salam semua.. Walaupun aku dilanda internal emosi kebelakangan ini tetapi kerja tetap dilakukan demi tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada aku. Minggu ini bermulalah proses menghidupkan Gajah Hijau disini. Bermula dari rintitan meeting transport tempohari sehingga ke hari ini. Sekarang Gajah Hijau dekat sini sedang memanaskan badannya. Perhh susah gak yerk. Kalau dah duduk lama tanpa berjalan nie. Banyak yang mula nak tersini dan tersana. Tetapi alhamdullilah aku berjaya menghidupkan Gajah Hijau sini. Amin... Walaupun kapasiti untuk Gajah Hijau ini makan tidak mencukupi untuk 30hari tetapi okaylah sekadar mengalas perut si Gajah hijau ini sudah cukup bersyukur. Dikira dari stok pemakanan untuk gajah hijau ini adalah sebanyak 70 ke 80 ton shj. Bolehlah gajah nie makan sekitar 8 ke 10 hari. Almaklumlah...gajah dah lama tak makan so kena bagi makan sikit2 dulu takut dia sakit perut pulak...Nanti lagi susah beb. Sebenarnya, aku telah melanggar pantang larang untuk menghidupkan Gajah

Tempat Aku Singgah...Utk Makan Pagi atau Malam

Image
Salam semua.. Kali ini aku nak tunjuk tempat yang aku selalu singgah untuk makan pagi (sarapan) dan makan malam.. Yang nie adalah untuk makan malam...walaupun tak selalu tetapi dah banyak kali juga aku singgah. Dia berhampiran dengan Jalan Asia Africa dekat dengan PR (Akhbar Pikiran Rakyat) depan dengan Hotel Sarvoy Horman..Gerai nie jual nasi goreng, kue teaw goreng, mee goreng dan bihun goreng...Kira mcm kedai mamaklah...makan pun open air jer...Famous dan ramai org makan dekat sini. Aku biasa makan nasi goreng special dan bihun goreng berserta jeruk panas atau sejuk. Kadang2 aku beli roti bakar dekat gerai Pasar Baru, kemudian pergi dekat kedai Bajigur Asli yang aku sesuai iaitu dekat dengan Bangunan Sate Bandung. Nie Kedai Bajigur Asli tu...Bajigur nie rasanya macam air cendol cuma dia dalam sajian panas. Memang enak dan lazat rasanya. Kadang2 aku cuba banderek tetapi dia nie rasa panas sebab ada ramuan rempah.. Nie aku sedang menikmati ketupat tahu. Ketupat dicampur dengan tahu se

Boring Yang Melampau....

Salam semua.... Kali ini aku merasakan begitu dan teramat-amat bosannya tinggal sendiri di Indonesia nie. Alangkah baik dan indahnya berada dinegara sendiri. Boleh bersama isteri tercinta dan melihat gelagat anak-anak membesar. Sampai bila aku boleh bertahan sebegini?...Aku sudah meluahkan segala yang terpendam didalam diri ini secara jujurnya kepada Boss aku (Madam). Beliau juga paham dan mengerti apa yang aku lalui. Terima kasih boss. Beliau meminta aku bersabar. Tetapi sampai bila?..Ini harus diberitahu juga... Aku tak mencari kerja baru tetapi kalau dioffer. Berkemungkinan besar aku akan menimbangkannya. Walaupun terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak2 juga tetapi aku masih lagi di Malaysia. Ini berjauhan tetapi di Indonesia. Jauh oooo. Insyallah start bulan December 2009 ini aku akan bermula aktif menghantar resume aku ke Industri-industri yang aku fikir sesuai dengan aku. Aku kena pikir juga apa yang isteri dan anak-anak aku rasa sekarang. Aku tidak boleh membiarkan isteri aku

Coretan....

Salam semua.. Sekarang nie terasa mcm sibuk sangat dan masa berjalan dengan cepat. Alhamdullilah Bandung aman-aman ajer. Tidak terasa hangat gempa bumi di Sumatera Barat (SumBar)..Dan juga tida terasa hangat kes sweeping Malaysia. Kesibukan aku menghadapi pekara yang telah dijadwalkan seperti persediaan ISO dan Plant Operation yang akan dibuat, Insyallah minggu depan. Kalau diikutkan hati, aku tak hendak bakar tetapi arahan daripada Tn Hj AKK, maka aku teruskan misi beliau dengan alasan untuk pelanggan melawat semasa proses yang telah kita jual. Aku pun dah buat transport meeting dan telah dipersetujui tarikh pembakaran dan mereka dibahagian marketing telah membuat jadwal lawatan para pelanggan ke Plant nanti. Mungkin kali ini proses pembakaran mengambil masa selama 8-10 hari jer. Apa macam org Melaka..ada boleh relik mcm org dekat sini?...Jangan jelous tau..eheheh... Disebabkan kelembapan market dekat sini, maka Tn Hj telah mengarahkan beberapa plan budget kewangan dirombak dan disusu

Coretan...

Salam semua..Sudah hampir seminggu aku dibumi Indonesia ini selepas pulang berpuasa dan berhari raya. Insyallah hujung bulan aku akan pulang ke Malaysia semula tapi hanya untuk sementara. Nak habiskan cuti tahun 2008, masih berbaki 13hari. Insyallah. Semasa sebelum aku balik ke Indonesia, bermacam cerita yang kurang enak didengar mengenai tingkahlaku rakyat Indonesia terhadap rakyat kita. Tetapi bila aku dah kesini semula semua itu adalah propaganda dan hanya terjadi di kawasan Jakarta sahaja. Tidak mendapat sokong sepenuhnya masyarakat Indonesia. Alhamdullilah semua berjalan lancar dan aman. Hari ini aku ingin beraya di rumah Pa Wan di kawasan elit Dago. Dia buat open house kot. Semua staff dijemput. Alhamdullillah dapat gak g rumah dia. Belum pernah singgah. Takan nak singgah kot sebab org tak ajak..hahaaa...

Sudah sampai di Kota Bandung

Salam semua.. 28 hb September 2009, ..bertolak dari rumah (Melaka) jam 920 pagi..sampai di LCCT jam 11pagi..sedih ooo mahu tinggalkan anak bini..perh apa boleh buat sudah nasib dan harus dikandung badan..Tapi anak aku paham yang aku nak g kerja dekat Indonesia.. Aku g checkin ticket dulu kemudian aku jumpa Kamarun (Keja dekat MAB bahagian engineering)..minum dan makan McD dulu..lama gak aku lepak dengan dia org sehingga jam 1220 thghari..sebab masa aku checkin ticket, ground crew airasia bagitahu supaya jangan lewat sebab takut jam dekat immigration nanti... Sepatutnya aku akan berlepas dari LCCT jam 1355 tetapi bila dipertengahan waktu tersebut, pengumuman dibuat oleh ground crew airasia yang mengatakan bahawa pesawat aku terlewat sampai sekitar jam 225 ptg dan akan berlepas jam 255 ptg...perh lewat sejam dah... Akhirnya aku mendarat di Kota Bandung jam 4ptg WIB dan terus ke kantor bandung untuk bersalam dengan semua sambil mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin..Semasa aku me

Sudah Mahu Pulang...

Salam semua.. Sudah mahu pulang semula ke Indonesia untuk memulakan semula kerja yang ditinggalkan selepas dipanggil pulang ke Malaysia untuk melakukan kerja di Malaysia. Insyallah aku akan berlepas ke Indonesia pada 28hb September 2009. Kalau ikut tiket, aku akan berlepas jam 1355 dan akan sampai jam 1455 WIB.. Maka bermulalah proses routine harian aku disana dan akan akan sekali lagi berpisah dengan keluarga aku. Selama mana aku boleh bertahan dengan keadaan sebergini...?..Aku mula merasakan sesuatu yang kurang enak seperti masa mula-mula aku dihantar kesana...inilah perasaan yang sama... Walaubagaimanapun..kehidupan ini harus diteruskan..semoga semua yang dirancang dan diusahakan oleh aku menbuahkan hasil dan berjaya..Amin. Kepada sahabat dan rakan sekerja di Bukit Rambai..yang mana aku tak sempat bermaafan maka dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin sekiranya ada tersilap kata tersalah perbuatan yang menguris perasaaan. Sehingga berjumpa lagi

Selamat Hari Raya 2009

Assalamualaikum. dan salam sejahtera serta ceria. Lama sungguh tak menulis dan mencacatkan sesuatu didalam blog ini. Macam biasalah kalau berada diMalaysia, kebanyakan masa dipenuhi dengan aktiviti samping berlainan dengan di Indonesia. Dimana aku tiada aktiviti sampingan so aku bolehlah menulis denga kerap. Dikesempatan ini aku ingin mengambil peluang untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Tahun 2009" kepada semua warga kerja BRI dan Cikampek serta Warga PMSB dan PTJM. Dengan harapan tahun ini lebih membawa kebahagian dan keceriaan. Sehingga berjumpa lagi. p/s: 28hb September 2009 - akan berangkat pulang ke Indonesia. (Kembali ke Lubuk)

HUT Kemerdekaan Malaysia 52

Image
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera I wish all Malaysians "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52". May the Nation head towards prosperous, peaceful and harmonious times ahead. Tahun ini Satu Malaysia sebagai cogan kata maka atas sebab itulah, Satu Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu. Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita. Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi kelam. Sekiranya ini yang diperjuangkan maka nyatakan dalam bentuk perbuatan pula bukan hanya dalam bentuk tulisan atau memo. Sekiranya yang tukang laungkan hanya semata-mata melaungkan tanpa paham erti yang ingin disampaikan maka apa ertinya. Fikirkan. Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh rahmat, Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup

Pangandaran dan Batu Hiu...

Image
Salam semua. Ini adalah sebahagian dari aktiviti mengunjungi kawasan atau tempat wisata yang berada di Indonesia. Aktiviti ini dilakukan seminggu sebelum bermulanya bulan puasa. Kali ini aku berkunjung ke Pangandaran dan Wisata Batu Hiu.. Pangandaran dan batu hiu ini adalah kawasan wisata yang terkenal. Ia merupakan kawasan pantai. Pangandaran terbahagi kepada dua bahagian pantai. Pantai Barat dan timur. Kawasan timur adalah cantik untuk melihat matahari timbul (sunrise) manakala barat adalah untuk matahari tenggelam (sunset)... Untuk pengetahuan semua, bahagian pantai barat adalah sebahagian daripada kawasan yang dilanda tsunami pada tahun 2004. Kalau kita menyusuri sepanjang pantai barat ini, kita masih lagi boleh melihat beberapa kawasan dan perumahaan yang masih lagi kekal dari kesan tsunami dahulu..Mungkin untuk tujuan sejarah atau mereka semua ini telah meninggalkan kawasan ini sebab terdapat beberapa kawasan yang terdapat papan tanda untuk menyatakan mereka ingin menjual tanah

Baju Batik..Sudah Siap

Image
Salam semua Post kali ini adalah susulan daripada entry yang lepas. Batik yang diberi telah siap dijahit menjadi kemeja. Okaylah. Insyallah nak beli lagi kemeja batik nie yang lain warnanya. Close-up dekat sikit. Tengah dok bergaya. Sebab hari ini Jumaat so aku pakailah. Biasanya org dekat sini (Indonesia) mengenakan pakai batik setiap hari jumaat dan sekiranya menghadiri majlis rasmi atau formal. So sudah duduk sini dan berkerja disini, maka aku kenalah bergaya ala-ala pekerja sini. Sekian terima kasih dan berjumpa lagi. Bye n salam semua. Selamat berpuasa semua Malaysia dan Indonesia.

Batik

Image
Salam semua. Ada org kasi kain batik untuk dibuat baju batik. Kan aku berada dekat seberang nie, yang mana batik adalah pakaian rasmi untuk majlis-majlis formal. Ini adalah batik solo. Warna hijau cair. Aku belum g tempah lagi. Insyallah dalam sehari dua nie. Nanti dah siap aku pamerkan dekat sini. Bolehlah, dah org kasi mana boleh pilih2..Ambik jerlah dengan tanda syukur alhamdullilah. Okaylah sehingga berjumpa lagi. Chow n salam

Cita Cita

Salam semua.. Bosan sangat nie. Kalau ikutkan kerja yang menanti banyak ni. Sebab nak selesaikan tiga ISO (9001:2009 , 14001:2004 , OSHAS 18001:2007) yang dijangka dibuat first audit pada penghujung bulan Oktober. Tapi masih banyak lagi kerja-kerja implimentasi yang harus dibuat. Dalam masa segini, aku terpikir ler pulak akan cita-cita dan impian aku yang aku nak buat selagi aku bernafas nie. Bagi aku cita-cita tak semestinya awal tahun jer...yang penting bila idea atau impian itu muncul maka itulah starting keinginan. Bagi aku cita-cita atau impian adalah keinginan (desire) kita. 1. Nak ader saving dalam ASB 200K, tanpa terusik. sebab kalau kena berenti kerja (mana ler tahu satu hari nanti), maka kehidupan aku bolehlah terjamin sedikit. Bayangkan kalau dividen diberi sekitar 7% setahun maka untuk tahun berikutnya aku akan hidup dengan 14K dari duit ASB. Lebih kurang RM 1150. Boleh hidup ker dengan banyak nie sekarang nie. Insyallah. ( Belum tercapai ) 2. Nak ader saving dalam ASW 2

“Sepohon Kayu”..Bukan Sekadar Lirik

Salam semua..Sekadar ingin berkongsi pekara-pekara yang baik. Sepohon kayu, daunnya rimbun Lebat bunganya serta buahnya Walaupun hidup seribu tahun Kalau tak sembahyang apa gunanya Kami berkerja sehari-hari Untuk belanja rumah sendiri Walaupun hidup seribu tahun Kalau tak sembahyang apa gunanya Kami sembahyang fardu sembahyang Sunatpun ada bukan sembarang Supaya Allah menjadi sayang Kami berkerja hatilah riang Kami sembahyang limalah waktu Siang dan malam sudahlah tentu Hidup dikubur yatim piatu Tinggallah seorang dipukul dipalu Dipukul dipalu sehari-hari Barulah dia sedarlah diri Hidup didunia tiada bererti Akhirat disana sangatlah rugi Apa yang tersirat dan tersurat didalam lirik ini : Rangkap pertama dan kedua menyentuh tentang nilai solat dalam kehidupan Muslim. Solat adalah tiang agama dan rukun Islam yang kedua. Sebagai analoginya, tiada sebuah bangunan atau menara yang tinggi yang dibina tanpa tiang cerucuknya. Tiang cerucuk inilah yang mendokong binaan yang tinggi tersebu

Hujan...Oh Hujan..Oh Hujan...

Salam semua..ini aku nak kongsi sedikit ilmu pengetahuan yang dikirim oleh kawan aku dalam email. Sekadar ingin berkongsi jer. Pekara yang baik wajib dikongsi dan beritahu. Sekarang ni boleh dikatakan hari2 hujan / ribut petir / guruh kan ?. Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling saya "Cuaca buruk je akhir2 ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk ? Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan ? - Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je.. - Alahai, hujan laaagiiii - Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni - Payah nak buat apa2 kalau hujan - Tak boleh balik lagi, hujan! Bukankah bebelan2 tu lebih baik digantikan dengan doa: "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami). Hakikatnya, hujan itu rahmat. "Dan Dia lah (Allah) yang menghantark

Bersendirian...

Salam semua..Bersendirian...bila seseorang itu bersendirian maka bermacam-macam pekara yang dipikirkan dan dikenangkan. Tapi bila kita berdua-duaan atau bertiga-tiga atau berempat-empat atau beramai-ramai mungkin pekara seperti mengalamun dan memikirkan pekara yang lepas jarang berlaku. Kalau aku berada diMalaysia, aku lebih banyak mengabiskan masa aku dengan kerja-kerja sampingan aku sebab kerja-kerja di Melaka tidak melibatkan diri aku lagi. Mereka semua sudah boleh berdikari. Alhamdullilah, so aku akan lebih banyak mengabiskan sisa masa aku dengan aku punya sifu atau cikgu untuk memperbaiki kehidupan ini. Alhamdullilah juga, ilmu dan segala pengalaman sifu atau cikgu aku tu sungguh berguna untuk diri aku. Dialah sifu, sahabat, kawan dan juga partner yang sukar dicari ganti. Terima kasih juga kepada Mama sebab paham dan mengerti apa yang Ayah buat. Kalau Mama marah atau memendam rasa..Ayah minta maaf banyak2. Sepanjang hari ini aku mengadap TV..layan HBO, Star Movies, AXN...banyak ga

Plant Cikampek...

Salam semua. Berjumpa lagi. Status plant Cikampek, tempoh hari aku telah mencuba untuk membakar sebanyak 500kg per jam tetapi setalh dicuba sehari setengah terdapat beberapa masalah yang baru. Masalah ini adalah sistem burner no 2 selalu gagal untuk menyala, high temperature dekat secondary zone, high temperature dekat primary zone satu dan yang lebih menakutkan adalah sistem pusher no 2 sangkut pulak... Kemudian aku menukar kepada kondisi lama iaitu 400kg per jam memandangkan jumlah limbah (waste) yang tinggal cuma sedikit. Sekarang nie aku telah buat satu lagi prosedur untuk menanggani masalah yang timbul nie..Setiap setengah jam beroperasi, pusher no 2 hendaklah ditolak..Nampaknya seperti berkesan teknik ini...Alhamdullilah. Sekarang nie pulak, masalah baru timbul...iaitu masalah pengangkutan limbah ke Cikampek Plant..Dari pihak PT Arah berjalan lancar. Dah habis limbah mereka. Tetapi dari pihak PT Mesra Abadi...mereka seperti enggan menambahkan jumlah truk ke Cikampek Plant. sebel

Emas Lagi....

Salam semua...Kebelakangan ini aku minat betul dengan emas sebagai satu portfolio pelaburan yang baru selain dari menyimpan di ASB atau Mutual Fund. Apa sebabnya yer...inilah sebabnya. Sekadar ini berkongsi sahaja.. Perbezaan Emas dan Wang Kertas sekarang. Emas Wang Kertas Tiada susutnilai dan inflasi. Pada zaman Nabi S.A.W., harga seekor kambing adalah sedinar. Pada zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang adalah lebih kurang RM460.00. (1 Dinar = 4.25gm). Setiap hari susutnilai. Satu ketika dahulu contohnya, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100,000 rupiah = RM35.00. Dulu nilainya lebih tinggi. BERNILAI kerana ia logam DIPERNILAI kerana ia kertas yang dicop sahaja Laku satu dunia setiap masa. Orang Kemboja yang berhijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan kerana menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka ba