Posts

Showing posts from December, 2011

Selamat Tahun Baru ...2012

Image
Assalam semua.. Selamat menyambut tahun baru. Semoga 2012 membuka lembaran baru dalam kehidupan kita semua. Azam?..Untuk tahun 2012 pulak...perjalanan hidup ini akan lebih mencabar dan mencabar. Semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan hendakNya. Amin amin. Agar impian menjadi kenyataan Rezeki bertambah baik.. Dan segala galanya akan Kegembiraan dunia dan akhirat... So, selamat tinggal 2011 Segala pengalaman dan kenangan 2011 dijadikan memori dan sandaran. Kalau yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Kita bina kecermelangan dengan iktizam yang tinggi untuk tahun 2012. Agar tahun 2012 menjelma dan dilalui dgn jayanya. Amin Amin......Amin Bye n salam semua. Sehingga berjumpa lagi

Rancangan 2012....

Image
Salam semua Perancangan tahun 2012 adalah ingin berurusan dengan benda berwarna kuning yang berharga. Bagaimana nak diuruskan. Den akan belajar untuk menjadi peniaga offline dan online benda warna kuning ini. Ada seorang sahabat ingin mengajar bagaimana untuk menjadi peniaga benda ini. Nak meniaga benda dalam gambar ini. Tetapi tidak mempunyai stall atau kedai. Just internet dan offline. Bagaimana?..Dengan gambar diatas...beli dan jadikan gambar dibawah pulak... Jadikan barang seperti ini dan pelbagai dengan pelbagai size dan berat...Insyallah sebab apa? Harga benda kuning berharga ini sentiasa naik, InsyAllah... Maka doakan den berjaya dalam usaha kearah satu lagi pradigma yang berbeza. Amin amin. Untung sabut timbul untung batu tenggelam....wow. Usaha kena buat untuk berjaya dalam hidup ini. Jumpa lagi. Bye n salam

Dividen ASB 2011

Assalam semua. Inilah berita yang ditunggu oleh semua pelabur didalam Amanah Saham Bumiputra..Dividen telah diumumkan..Berita nie dapat melalui pulic forum yang aku selalu layari. Dividen yang telah diumukan adalah : Dividen : 7.65 sen per unit Bonus   : 1.15 sen per unit Perbandingan tahun tahun sudah                    2009              2010              2011       Dividen        7.3                 7.5                  7.65 Bonus          1.25               1.25                1.15 Secara amnya dividen naik manakala bonus menurun. Untuk pelabur baru ini adalah baik manakala untuk pelabur yang telah melebihi 10tahun pegangan..ianya sedikit menurun. Apa2 pun ini adalah baik sebab ada petanda meningkat...WOW...3 Jan 2012...penuhlah kaunter2 PNB dan agent PNB.. Apa2 pun saya doakan anda merancanglah apa yang ingin dibuat dengan duit dividen tahun ini. Semoga ianya memberikan sedikit keselesaan tahun mendatang. Bye n salam

Quote Yang Best....

Image
sekadar berkongsi : Dimanakah kita?.

Bankrap...Bankruptcy

Image
Salam semua. Bukan nak cerita mengenai sesiapa cuma dah terbaca berita online nie.  so sekadar berkongsi maklumat. Jadikan iktibar dan sempadan dalam pengurusan kewangan (duit) kita sendiri. Boros atau kurang ilmu pengurusan duit sendiri maka berita kat bawah nielah akibatnyer... ****************************************************** 235,908 diisytiharkan bankrap setakat Oktober 2011 KOTA KINABALU 6 Dis. – Setakat Oktober tahun ini, seramai 235,908 individu diisytiharkan bankrap di negara ini, kata Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil. Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), punca utama yang melibatkan kebankrapan ialah pinjaman sewa beli iaitu 26 peratus, diikuti pinjaman peribadi (21 peratus), pinjaman perumahan (14 peratus) dan pinjaman lain termasuk pinjaman perniagaan dan penjamin korporat. "Ini meletakkan Malaysia antara negara yang mempunyai jumlah kebankrapan yang tinggi berbanding dengan negara lain iaitu puratan

Tarikh Yang Ditunggu...Dividen ASN & ASB

Image
Salam semua Gambar yang ditempelkan ini memberikan seribu erti untuk peminat peminat atau lebih layak lagi digelar pelabur pelabur tegar ASN ada ASB. Dan masing masing sedang berkira kira berapa banyak dividen yang akan diumumkan kelak. Semoga dividen kali ini sama atau lebih sedikit dari tahun lepas. Boleh buat belanja setahun, untuk penganggur seperti den nie. Okaylah. Den akan postkan nilai dividen yang pasti akan diumumkan kelak. Bye n salam semua.