Amalkan ....Sifir Beruk
Salam semua. Hari ini aku nak bercerita mengenai amalan sifir beruk. Sifir beruk nie diberikan oleh sahabat baik saya yang berada di Muar (sama satu tempat kerja di Hualon dulu). Sifir beruk nie diberikan kerana aku sudah memilih untuk berdikari skrg nie. Sungguh berkesan sifir beruk ini untuk diamalkan tidak kira status anda.
Apa itu sifir beruk?..Beruk ada sifir ker?..Wow...Begini kisah sifir beruk ini bermula....Ada seekor beruk yang dibela oleh tuannya. Tuannya amat sayang akan beruk ini...dirantai lehernya menggunakan besi stainless steel...dan diikat pada sebatang besi yang amat kukuh buatannya. Setiap hari diberi makan yang enak enak dihadapan muka....akan tetapi pada suatu hari....tuannya teramat kelam kabut dengan urusan harian maka hari itu beliau terletak bekas makan yang enak jauh dari beruk tersebut....Persoalan mula timbul...bagaimana beruk yang lapar dan manja ini ingin makan. Bagaimana dia hendak mengambil makanan tersebut?......
Maka bermulalah jawapan dari kita manusia yang cerdik ini untuk siberuk ini makan...............maka bermulalah sifir beruk terjadi...Jawapannya adalah
..........Sebagai manusia yang sihat akal dan minda....Kita sibuk untuk memikirkan beruk tersebut hendak makan buat apa?...Kan kita sebagai manusia sudah banyak pekara yang hendak difikirkan, masalah beruk pun kita hendak fikirkan buat apa?...Betul tak so dalam keadaan sekarang dan selepas ini, kita tidak perlulah fikirkan masalah orang...Kalau org hendak meminta bantuan dekat kita terutama masalah duit....kita kena fikirkan dahulu...masalah org pun kita hendak fikir ker?...Betul ker dia boleh bayar kelak?...Janji memang manis...dua minggu tetapi dia susah skrg nie mcm mana nak selesaikan masalah tersebut kelak?...Hahaha....so sifir beruk kena amalkan. Bukan tak boleh tolong tetapi siapa org itu dengan kita...sedara ker?...sedara pun kena tengok gak beb?...So sekrg nie aku amalkan sifir beruk...Bukan aku terlalu oktodos tetapi inilah hakikat dunia skrg ini...so terima kasih kawan sebab kasi aku sifir beruk ini...
Kepada kawan2 yang sudi mengamalkan sifir beruk ini aku ucapkan tahniah, sebab anda sedang melangkah kedunia baru dalam hidup....Buat apa jaga tepi kain org..hahaha....Dan yang paling penting ukur baju dibadan sendiri....hehehe...
Bye n salam
*************************************
S I F I R B E R U K
Comments