I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, March 7, 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Mama...

Assalam


Den nak mengucapkan SELAMAT HARILAHIR MAMA (MY DARLING WIFE : NORZARINA BT BIDIN). Dengan ucapan I LOVE U dan sentiasa happy happy selalu, jangan stress melayan kerenah anak-anak. Semoga impian yang dirancang oleh Mama tercapai hendakNYA...amin amin

Gambar Hiasan : Kek Yuli..

So, Mama bolehlah tempah Kek kat Yulie...Kasi special sikit tahun nie. Ayah belanja..hehehe.

Yang atas nie adalah angka sahaja. Hahaha.

Bye n salam. 
***************************************
I  L O V E  U
N O R  Z A R I N A  B I D I N
D A R I P A D A : 

ZOLPAKA, AIMAN ZIKRY, AIMAN ZARFAN, AIMAN ZAHRAN


Thursday, March 1, 2012

Modal Baru...Perniagaan Baru..Alaf Baru

Assalam semua.
Berkait cerita disini (Membuat Keputusan...). Tanggal 27hb Feb 2012..maka terlaksanalah sudah modal yang diperlukan. Doakan kejayaan projek kali ini. Kalau gagal kali ini, agak meruncingkan struktur kewangan den. Semoga apa yang den rencana dan rancangkan menjadi. Amin amin amin..Apa yang den sedang usahakan dan jalankan akan den beritahu setelah semuanya menjadi atau dalam kata lain berhasil. Kira macam nampaklah hasilnya. Taknak cakap sebelum berjaya. Kasi sudah berjaya baru boleh cerita. Kang tak jadi malu jer dah lah modal habis (selisih malaikat 44)..malu dengan org lagi...baik den pediamkan dahulu kemudian baru kita cerita. Apa yang den harapkan agar, kalian semua yang membaca blog hebat nie (angkat bakul) mendoakan yang terbaik...Insyallah den akan kongsi nanti.

Permulaan yang agak menarik...tetapi sedikit terganggu dengan penghujung bulan nie..mencemaskan tetapi hari ini Alhamdullilah berkat percaya dengan apa yang telah dirancang maka dikurniakan rahmat keberkat dariNya. Alhamdullilah.

Okaylah...satu jer pesan den dekat semua..Percayalah dengan apa yang telah Allah berikan. Kita perbanyakkan mendekatiNya..ianya dengan mengerjakan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Den cerita nie bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri den gak. Almaklumlah kita insan yang tak sempurna tetapi janganlah ambik peluang untuk tidak menyempurnakan diri kita. Ehwahhh...berceloteh pulak kalah ustazzz...hahaha...

Doakan den okay. Semoga semua selamat dan berjaya. Amin amin amin

Monday, February 20, 2012

Rezeki Allah...

Assalam semua...
Kita hanya merancang...Allah yang tentukan...Rezeki Allah yang tentukan sama ada kepunyaan kita atau bukan walaupun kita sudah berusaha. Tapi percayalah kalau sudah ditulis ianya kepunyaan kita, insyallah sesaat pun ia akan muncul dengan lajunya...seperti yang pipih datang melayang dan yang bulat datang bergolek...perhhh...

Bye n salam

Saturday, February 18, 2012

UMRAH...

Assalam semua
Umrah?..Insyallah kalau diizinkanNya...den akan pergi mengerjakan Umrah pada 19hb Mac 2012 bersama dengan Ayah, Emak, Along, Abg Hamzah dan Kakak Kelantan (wife 1st Abg Hamzah).

Gambar Hiasan : Kaabah

Menggerjakan ibadah Umrah ini, den menggunakan pakej Andalusia dan penerbangan Arab Saudi. Den akan tinggal berempat dalam satu bilik (Den, Ayah, Emak dan Along) manakala Abg Hamzah gan Wife dia sebilik. Insyallah semoga urusan den kesana berjalan lancar. Tinggal tunggu visa dan tarikh pemergian sahaja. Dokumen yang diperlukan telah pun selamat dihantar ke agensi Andalusia Melaka.

Insyallah den akan doakan kesejahteraan kawan-kawan semua. Untuk Mama...insyallah suatu hari nanti kita akan kesana bersama-sama. Amin amin