Bank Persatuan ...Dividen 2010...7.5%

Salam semua
Ini adalah kali pertama aku akan merasa dividen dari Bank Persatuan (Koperasi)...sebelum nie aku target minima dividen yang akan diberikan adalah 10% tetapi kali ini tersasar rendah. Hahaha..Takper yang penting dia tetap berprestasi tinggi untuk memberikan dividen.

Walaupun share aku dekat sini tak banyak tetapi cukuplah untuk duit duit bayar bil. Okaylah jumpa lagi dan salam ceria untuk semua. Bye n salam.


...Petikan dari perutusan Pengerusi Bank Persatuan : Kat sini : KLIK
" ...Untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 juga, lembaga telah memperuntukkan dividen sebanyak RM24.40 juta bersamaan 7.5% daripada keuntungan bersih tahunan Bank Persatuan.  Cadangan pembayaran dividen 7.5% ini adalah berasaskan kepada pencapaian keuntungan bersih tahun semasa (2010) berbanding dengan kedudukan pertambahan modal syer anggota yang telah meningkat kepada RM367.4 juta bagi tahun 2010 berbanding hanya sebanyak RM291.6 juta pada tahun 2009.  Kadar dividen yang dicadangkan di atas juga adalah setelah mengambilkira peruntukan  Seksyen 57; Akta Koperasi yang menetapkan tidak kurang daripada lima belas peratus daripada untung bersih teraudit tahun semasa koperasi hendaklah dipindahkan kepada  Kumpulan Wang Rizab Berkanun.  Walau bagaimanapun pembayaran dividen sebenar adalah tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.."


 

Comments

Anonymous said…
Dah boleh collect ker duit dividen bank persatuan nie..? Saya tak dapat surat lagi...
eifnie said…
Salam.....ya laa....tak dapat pon surat lagi ;(
Anonymous said…
Blm tentu lagi blh dpt 7.5% blh berubah lagi mcm tahun lepas.

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)