Bankrap...Bankruptcy

Salam semua. Bukan nak cerita mengenai sesiapa cuma dah terbaca berita online nie.  so sekadar berkongsi maklumat. Jadikan iktibar dan sempadan dalam pengurusan kewangan (duit) kita sendiri. Boros atau kurang ilmu pengurusan duit sendiri maka berita kat bawah nielah akibatnyer...

******************************************************

235,908 diisytiharkan bankrap setakat Oktober 2011

KOTA KINABALU 6 Dis. – Setakat Oktober tahun ini, seramai 235,908 individu diisytiharkan bankrap di negara ini, kata Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.
Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), punca utama yang melibatkan kebankrapan ialah pinjaman sewa beli iaitu 26 peratus, diikuti pinjaman peribadi (21 peratus), pinjaman perumahan (14 peratus) dan pinjaman lain termasuk pinjaman perniagaan dan penjamin korporat.
"Ini meletakkan Malaysia antara negara yang mempunyai jumlah kebankrapan yang tinggi berbanding dengan negara lain iaitu puratanya 41 individu diisytiharkan bankrap setiap hari.
"Bagaimanapun, keadaan ini belum mencapai tahap yang membimbangkan. Ini kerana di negara lain termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat dan Thailand mempunyai peruntukan undang-undang yang membolehkan pelepasan daripada kebankrapan secara automatik bagi tempoh tertentu.
“Sebab itu jumlah kes kebankrapan di negara tersebut agak rendah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan dialog berkaitan insolvensi di Kompleks Pentabdiran Persekutuan di Likas, hari ini.
Abdul Karim berkata, sejak tahun 2005 hingga Oktober tahun ini, sejumlah 14,000 kes berjaya dilepaskan daripada bankrap atas budi bicara Ketua Pengarah JIM. – Bernama

*********************************************************

 "Pening Kepala"

....Sekadar cerita :...Bila kita diistiharkan bankrap...mungkin kita akan pening kepala, runsing dan macam macam lagi nak fikir...Tetapi ramai juga kengkawan yang saya jumpa dan kenal telah diistiharkan bankrap tetapi gembira dan yang penting mereka kaya?..Sebab apa boleh kaya?..Dulu kalau dengar orang bankrap...mcm sampah kita anggap orang tu?..Perhh tetapi itu semua mitos...Tetapi janganlah diminta kita dibankrapkan...minta jauh. Selisih malaikat 44. Semoga paparan berita dari sumber BERNAMA menjadi tauladan dalam pengurusan kewangan masing masing...Tak tahu, maka jawapannya carilah ilmu.


Bye n salam

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)