Yahooo...Gmail....Vs Email 1Malaysia....

Salam semua...
Merujuk kepada berita disini Akaun e-mel peribadi setiap rakyat
dan dibawah ini

Wujud perhubungan langsung warga berusia 18 tahun ke atas dengan kerajaan

PUTRAJAYA: Mulai Julai ini rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan diberikan akaun e-mel peribadi menerusi web portal E-mel 1Malaysia yang membolehkan mereka menerima kenyataan dan makluman daripada kerajaan sebagai langkah mewujudkan perhubungan langsung antara rakyat dengan semua agensi awam.


Projek E-mel 1Malaysia (1MY) itu juga bagi mewujudkan perhubungan lebih telus dan selamat rakyat dengan kerajaan, di samping meningkatkan mutu perkhidmatan sektor awam kepada rakyat kerana ia berfungsi sebagai portal sehenti untuk perkhidmatan beberapa agensi kerajaan.
Ia juga akan melengkapi beberapa perkhidmatan dalam talian yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini seperti portal rasmi kerajaan, myGovernment dan portal aplikasi kerajaan elektronik (e-kerajaan), MyEG.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pengumuman projek baru Program Transformasi Ekonomi (ETP), di ibu negara semalam.

Laman portal sehenti berkenaan akan dibangunkan oleh syarikat senarai Bursa Malaysia, Tricubes Bhd dan menyediakan perkhidmatan sokongan seperti rangkaian sosial, pembayaran bil dalam talian dan permohonan kerakyatan menerusi pautan.

Ketua Eksekutif Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar, berkata syarikat berkenaan yang terbabit dalam perniagaan kemudahan teknologi untuk segmen enterpris dan pengguna akan melabur RM50 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi membangunkan sistem e-mel berkenaan dan dijangka menyumbang RM39 juta kepada pendapatan negara kasar (PNK) menjelang 2020.
Khairun Zainal berkata, Tricubes akan memiliki dan mengendalikan sepenuhnya portal sehenti berkenaan kerana ia adalah inisiatif swasta.

“E-mel 1Malaysia akan menjadi e-mel peribadi rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan kerajaan. Kami sedang meninjau untuk meletakkan notis dan pengumuman penting daripada kerajaan dihantar terus dalam peti e-mel pengguna,” katanya.

Ditanya mengenai perbezaan portal e-mel 1 Malaysia dengan MyEG, beliau berkata MyEG ditumpukan kepada perkhidmatan pembayaran bil, manakala E-mel 1Malaysia untuk menyampaikan notis dan maklumat kerajaan.

Beliau menjelaskan, Tricubes kini sedang meninjau beberapa cara untuk menjadikan pendaftaran akaun e-mel berkenaan secara automatik kepada pemegang MyKad berusia 18 tahun ke atas.


 Kesimpulan
1. Perlukah kita email Malaysia nie?....Dengan limpahan email free dari yahoo dan gmail yang mempunyai kuasa simpanan yang besar (server besar)..boleh ke ditandingan..jangan bazirkan duit wahai Kerajaanku Malaysia.

2. Email conpany lagi...email peribadi Malaysia lagi...email free lagi...mana satu yang nak digunakan nie....?..confuse maaa...Apa dia punya agenda yang dibelakang kertas nie....Nak bagi company yang provide nie kerja ker?...Nak tengok kita punya aktiviti email ker?...

3. Kan lebih baik di upgrade kemudahan menggunakan internet yang baik iaini free ker?..Boleh ker..mungkin sukar tetapi kasi lajulah speed dia...nie macam siput..nak download pun susah...takut ker ASTRO dah takder org langgan nie...hehehe....Walaupun internet boleh diletakkan didalam income tax...tetapi sebagai pengguna..saya ingin kelajuan...dgn harga charge yang minimal...Apa kata kerajaanku Malaysia...

4. Malas dah nak layan dengan kerenah kerajaanku Malaysia...buat apa yang patut setidak-tidaknya pikirlah secara waras akan keberkesanan dengan email percuma Malaysia nie....Banyak lagi boleh buat dengan duit tu...klu dipilih 50 org secara rawak...dah jadi jutawan dah 50 org tu....klu dibuat masjid dah boleh buat hampir 20 biji...klu bantu org miskin dalam TV3 bersama mu..pun baik...yang nak bedah jantung tak duit atau penyakit2 kronik pun baik....Dahlah kerajaanku Malaysia...jangan bazir duit...simpan pun baik..hehehe

5. Sekian terima kasih...Sebab ada gak inisiatif nak kasi email free walaupun bukan duit free....cayalah. Saya sokong walaupun hati ini tidak dan pasti tidak sampai bila2 ...

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)