AHB Dividen kedua Tahun Pertama...
Salam semua
Amanah Hartanah Bumiputra telah diumumkan untuk dividen kali kedua tahun pertama sebanyak 3.25sen seunit saham. Syukur alhamdullilah. Bawah nie beritanya
Pengagihan ini mencerminkan kadar pulangan tahunan sebanyak 6.5 peratus, yang ditanda aras terhadap pendapatan 12 bulan Akaun-i Pelaburan Am, Maybank Islamic Berhad.
PHB merupakan penaja dan Maybank Investment Management Sdn. Bhd., selaku pengurus bagi dana tersebut.
Jumlah pengagihan pendapatan untuk sepuluh bulan pertama berakhir pada 30 September 2011 adalah 5.42 sen seunit bersamaan kadar pulangan tahunan sebanyak 6.5 peratus.
Pengagihan pendapatan yang pertama sebanyak 2.17 sen seunit bagi tempoh empat bulan pertama berakhir pada 31 Mac 2011 telah dibayar pada bulan April 2011, kata PHB dalam kenyataannya di sini.
Agihan pendapatan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemegang-pemegang unit pada 19 Oktober 2011. Pendapatan itu adalah dikecualikan daripada cukai.
AHB dengan harga tetap RM1.00 seunit adalah dana unit amanah bersandarkan hartanah yang mematuhi syariah, membolehkan pelabur bumiputera menyertai pemilikan aset hartanah dan menikmati pendapatan tetap.
Link :PHB umum agih pendapatan kali kedua
Amanah Hartanah Bumiputra telah diumumkan untuk dividen kali kedua tahun pertama sebanyak 3.25sen seunit saham. Syukur alhamdullilah. Bawah nie beritanya
-------------------------------------------------------------------
PHB umum agih pendapatan kali kedua
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) mengumumkan pengagihan pendapatan kedua sebanyak 3.25 sen seunit untuk Dana Unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tempoh enam bulan berakhir pada 30 September 2011.Pengagihan ini mencerminkan kadar pulangan tahunan sebanyak 6.5 peratus, yang ditanda aras terhadap pendapatan 12 bulan Akaun-i Pelaburan Am, Maybank Islamic Berhad.
PHB merupakan penaja dan Maybank Investment Management Sdn. Bhd., selaku pengurus bagi dana tersebut.
Jumlah pengagihan pendapatan untuk sepuluh bulan pertama berakhir pada 30 September 2011 adalah 5.42 sen seunit bersamaan kadar pulangan tahunan sebanyak 6.5 peratus.
Pengagihan pendapatan yang pertama sebanyak 2.17 sen seunit bagi tempoh empat bulan pertama berakhir pada 31 Mac 2011 telah dibayar pada bulan April 2011, kata PHB dalam kenyataannya di sini.
Agihan pendapatan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemegang-pemegang unit pada 19 Oktober 2011. Pendapatan itu adalah dikecualikan daripada cukai.
AHB dengan harga tetap RM1.00 seunit adalah dana unit amanah bersandarkan hartanah yang mematuhi syariah, membolehkan pelabur bumiputera menyertai pemilikan aset hartanah dan menikmati pendapatan tetap.
Link :PHB umum agih pendapatan kali kedua
--------------------------------------------------------------------------
Sekian terima kasih. Walaupun lambat umum kat blog nie tetapi merasa tetap merasa. Alhamdullilah. Syukur kepadaMU kerana memberi rezeki ini. Amin
Comments