Indonesia Lagi...

Salam semua..Sihat semua hendaknya.
Buat pengetahuan semua, aku sekrang nie berada dibumi orang lain. Iaitu Indonesia. Maka dengan ini aku berkuatkuasa telah menetapkan diri bekerja disini dgn arahan bertulis syarikat yang telah aku persetujui lama dulu..

Tanggal 3hb Jun 2009, aku telah berlepas dari LCCT jam 11pagi dan telah selamat tiba di Bandara Bandung Jam 13ptg (WIB)..ader sedikit kelewatan. Kali ini aku pergi dengan hati yang sedih sedikit..tak seperti dulu..sebab aku sedih meninggalkan suasana plant bukit rambai (BRI) dan terutama keluarga aku sendiri (wife gan anak2)..Kali ini memang terasa sedih..ooo..

Sampai jer, aku terus ke Opis Bandung untuk minum secangkir kopi dan terus bergerak bersama ibu Tina untuk mencari bilik untuk disewa. Akhirnya berjumpa dengan Cherry Homes and Resident..kira okaylah tempat dia. Bilik bersaiz kecil dan dilengkapi dengan katil, bantal, bilik mandi, cuci kain baju 4hari sekali (limit 5kg), internet (tapi sampai hari ini belum boleh setting lagi), tv cable..kenalah aku beli tv kecik...eheheh..kemas bilik seminggu sekali dan yang paling penting keselamatan okay sangat....tapi ramai gak student tinggal sini. Peraturannya juga okay..bebas bertahap. nanti ader masa aku upload gambar bilik dan tempat ini.

settle semua aku cuba buka rekening BCA (buku akaun bank BCA) tetapi gagal sebab dia org minta KITAS aku. Tapi KITAS aku belum siap, so terpaksalh bersabar. Kemudian aku terus ke Opis Transport yang aku nak sewa nie. Bicang sebersedikit mengenai bayaran dan cas2 yang dikenakan. Alhamdullilah semua seperti yang dibudgetkan.

Cuma kali ini driver yang selalu bawa aku tu dah tak bawa aku kali ini sebab si Nelson telah berpindah kerja. Nelson dapat kerja yang lebih baik dari segi masa depan dan gaji. Cuma aku rasa seperti kehilangan seorang kawan. Aku dah anggap dia seperti kawan baik dekat sini. Kali ini aku dibawa oleh Pa Dudi..org tua cuma kena ambik masa nak akrab.

Secara kasar sewa rp1,300,000 (sewa bilik sebulan) tambah rp50,000 (cas komputer dan tv)..Deposit sebulan dan bayar sebulan. Lupalak yang aku tak bawa towel. So kenalah beli..eheheh.

So sehingga kita berjumpa lagi Malaysia. Seram ooo dekat sini skrg nie sebab banyak benor cerita kurang enak tentang Malaysia. Seperti kes Manohara dan yang terbaru kes Kapal perang Malaysia menceroboh Indonesia. Takut ooo perang..eheheh. Aku rasa ini kes nak naikkan populariti SBY sebab bulan 7 nie nak pilihanraya Presiden Indonesia. Sebab baru aritu jer PM kita berjumpa dengan beliau. ehehehe

Bye n salam

Comments

Ahboy2020 said…
Aku pun sedih jgk boss,hilang sudah tempat aku selalu berbicara.tapi apa blh buat,org yang ada kepandaian mcm boss ini lah kedudukan nya.khidmat boss di perlu kan dimana mana.tapi apa pun jgn sedih2.rileks.

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)