Bosannyerrrrrr...

Salam semua.
Tajuk pun dah tak menceriakan. Itulah situasi sekarang yang aku rasa. Itulah hakikat yang perlu aku hadapi semasa berada disini. Apa boleh buat dan inilah hakikat yang dahulunya dihadapi oleh dua pekerja indonesia yang berada di Malaysia saat mereka berkerja sambil belajar (on job training) iaitu Pa Gemma (masih dengan PT JasaMedivest) dan Pa Ivan (dah tamat kontrak). Mereka pernah menyuarakan situasi ini apabila datangnya hari sabtu dan minggu. Kini aku merasakannya.

Dahulunya aku kurang mengerti tetapi apabila telah terkena batang hidup sendiri baru tahu. Hahaha (ketawa dalam kesedihan). Nasib baik aku beruntung sedikit sebab aku masih boleh menghilang rasa bosan tersebut dengan melayari internet. menulis blog nie pun sudah cukup untuk mengurangkan rasa kebosanan tersebut.

Nak pergi jalan-jalan sekitar Bandung?...aku rasa takder tempat yang menarik lagi. Kalau aku nie jenis yang minat window shopping. Peh dah abis semua FO (Factory Outlet) aku gayau dah. Tapi aku nie jenis yang malas nak jalan2 so lepak jerlah dekat bilik "kecik" nie.

Okaylah. sehingga kita berjumpa lagi.
Bye n salam.

Comments

♥nrina♥ said…
ayah jgn lupe save gambar dlm pendrive yg masa mama ada kat bandung tu..gambar tu semua nak simpan dlm komputer sini jugak..

lagi satu..ayah ada masa tu survey ler hotel yg murah tu. nanti bulan depan g sana dok sana lak..tengok camne keadaannya..
Ahboy2020 said…
jgn bosan2 boss,kita org ni lg bosan kursus 4hari.betul2 bosan boss.lps tu siap ada exam lg tu..tak fokus nti tak dapat plk jawapan.ok boss.chow.....

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)