Kegiatan Baru Semalam..

Salam semua..Ceria sungguh hari ini. Alhamdullillah sebab semua dipermudahkan. Amin selalu.
Untuk pengetahuan semua, aku sudah mempunyai kegiatan baru dekat sini. Apa ekkk?..Rahsia..Acah jer, sebenarnya aku dah menemui team untuk bermain badminton. Alhamdullillah, semalam adalah first time aku bermain badminton dibumi Indonesia. Bukan kat stadium badminton Senayan tu tapi dekat dewan yang tercorok gak.

Sebenarnya, aku dah beli racket badminton, grip lutut, stokin sukan dan seluar pendek. Pada minggu lepas lagi. Beli dekat kedai terpakai jer (Barang Bekas Outlet). Okaylah janji boleh dipukul bulu tangkis tu sudah cukup baik.

Dewan dia org terletak ditinggak dua. Kalau kat Malaysia, rata dewan badminton bawah tapi dekat sini dekat atas pulak. Ader tiga court. Bermula dari jam 7 lebih hingga 10 mlam. Player semua handal-handal. Lenih kurang mcm grade budak bukit rambai jer. Aku main dua set. Alhamdullilah tak menang tapi bertarung gaklah. Apa boleh buat partner baru dan player yang dihadapi pun baru gak. Rasa gementar tu ader tapi okay jer. Cost bermain badminton nie dalam RP 18000 bagi tiga sebab aku bayar untuk diri aku, supir (Pa Dudi) dan rakan dekat rumah Pa Dudi, Pa Supardi. Okaylah gamatnya.

Poi kalau kita buat game dengan dia orng mesti boleh gigitnya. Aku sure sangat. Sebab sama grade dengan group kita jer. Adalah seorg dua yang mcm power. Tak per nanti aku kasi practice sini. Nak tengok kemampuan aku bermain dengan org Indonesia. Oppp lupa..mungkin minggu nie main dekat rumah Pa Dudi pulak. Tapi bukan dewan, hanya lapangan badminton mcm kat kawasan felda jer...Hahahah. Tapi kena main awal pagi dr jam 6pg (Malaysia 7pg) hingga 9pagi sebab dikatakan angin bertiup kurang kencang dong.

Aku ader amik gambar tadi guna handphone baru tu ler. Tapi takleh nak bluetoooth pulak dekat komputer nie. Baru aku sedar komputer company nie tak disediakan bluetoooth sekali. Apa punya tutlah. At least aku dah leh masuk group Indonesia, maka kuranglah sunyi aku. Hehehehe. Cuma bila main tu taklehlah nak ketawa-ketawa dan lepas main pun kurang borak2. Takper take time.

Okaylah. Semoga semua yang baca blog nie ceria, happy dan mendoakan aku selamat disini. Amin. Sehingga kita berjumpa lagi. Chow geng

Bye n salam

Comments

Ahboy2020 said…
wah boss ada kemajuan nampak.aku rasa dia org lebih baik dari kita main badmton ni.tapi klu boss blh rentap dgn dia org,so sama lah dgn kita.aku bangga sebab salah sorang player BRI ada main dgn team INA.minggu ni ada djarum super kat sana,tak pg ke??ajak lah pak dudi tu pg nonton..hehehhe.chow boss.semoga bergembira kat sana.nanti ada masa upload lah gambar pemain2 kat sana..
Unknown said…
akhirnya bneda yg aku takut2 kan dh belaku gak.salah sorg saingan aku ni akhirnya memulakan pertapaan dia kat INDONESIA!!!kita kena bersedia ni Koi.nnti dia balik sini,abis semua dia ratah2,haha..kasi up Koi.kita training 3 kali seminggu,hehe..tahniah bos,akhirnya ada gak aktiviti riadah kat sana.
Ahboy2020 said…
alah baru training 2x seminggu dah x larat.sakit sana sakit sini,pinggang lah sakit,demam lah,dan apa2 je lah.kita jgn gentar tariq,bermain dgn team ina blm tentu lg permainan mcm markis kido or hendra setiawan.hehehehe,jgn mare boss..

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)