Aktiviti Hari Minggu...

Salam semua..selamat hari bapa..masih sempat walaupun sudah hampir tamat waktunya. Hahahaha..Hari ini aku bermain badminton dengan kengkawan Pa Dudi di kawasan perumahan dia. Sepatutnya start seawal jam 6pg tetapi Pa Dudi terlewat mengambil aku hari ini, maka aku sampai ke destinasi lapangan badminton terlewat sejam...sampai dah jam 7pagi.

Masa aku sampai dah ader beberapa org sedang bermain badminton. Biasalah bila dah main "dewan terbuka" nie..biasalah ada yang pakai kaki ayam dan selipar jer. Tak berdisplin langsung. membahayakan diri masing2. Takper..biasalah nie. Kalau kat kampung aku pun sama gak. Hahahah. Dah nama main dalam kawasan kampung.

Kawasan perumahaan mereka nie tak seperti kawasan perumahaan kita. Kita mcm tersusun jer tapi dia org nie. Mcm crowded jer. Kereta tak leh masuk. Rumah, ya Allah sempitnyer...cuba bayang rumah claster (town house) kat Malaysia tu dikecikkan lagi sikit. Begitulah disini. Apa boleh buat dah rakyatnya ramai. Okay berbalik kepada cerita badminton semula.

Sampai jer aku, aku diberi main dulu. Main dekat sini kena terus main dua set. Dia main kira 30mata. Cara seperti main 15 tetapi mata dibawa kedepan. Alhamdullilah hajat aku nak bermain badminton disini telah tercapai. Niat bukan shj untuk kebaikan diri tetapi untuk menambahkan bilangan org atau kawan dikawasan bandung ini.

Permainan hanya sampai jam 9pagi jer. .sebab angin sudah bertiup gede (besar atau kencang)..Maka aku lepak-lepak dekat kawasan lapangan badminton tu sambil order kopi susu ABC..sambil maka cereng (cekodoklah)..sambil berbual-bual dengan kenalan baru. Walaupun aku kurang mengerti tetapi mereka akan cuba menyampaikan sehingga aku paham..Kenalan baru aku seperti Pa Jimmy, Pa Yanan, Pa Sunardi...yang lain aku tak sempat nak berbual. Kenal gitu jer. Takper yang penting aku rasa boleh memasukkan diri aku kedalam kelompok dia org. Walaupun aku masih berhati2.

Aku pegang satu jer..masuk kandang harimau kita mengaum...masuk kandang kambing kita mengembek...so inilah pepatah atau peribahasa yang aku pegang. Kalau tak susah ooo. Yang penting aku selamat dekat sini. Amin

Dari perkenalan tadi maka mereka telah mengoffer aku untuk bermain didewan dekat bandung ni gak dekat dengan Bank Jabar..Kira dah bertambah tempat aku bermain nie. Macam larat jer..hahahaha. Okay gak tu, nanti bertambah lagi kawan.

Okaylah..itu ajer kerja aku pada hari minggu kali ini. Semoga keceriaan hari ini akan diteruskan sehingga bila-bila. Amin. Sehingga berjumpa lagi semua.

p/s: Poi..kesian tengok dia org...main guna bola murah beb. Apa boleh buat. Janji main jerlah.

Comments

Ahboy2020 said…
Alah boss sponser lah mereka dgn bola yg mahal.tak kan boss nak main pakai bola murah kot,jatuh standard siut!!hehehe,ala x kisah lah bola apa2 pun,janji blh main.oklah aku doa kan boss berbahagia&gembira kat sana.semoga berjumpa kembali.
Unknown said…
jgn bos.kita bukan xder pengalaman dengan 'org sana' ni.bagi betis nak peha.jgn slalu sgt sponsor diorg tu bos.
Unknown said…
cold room punggah start ari ni. ada 2 bangla buat punggah. ari raya leh cuti panjang cold room dah ksng. raya mesti balik tau. kami sini semua rindu kat bapak kandung. bapak tiri jahat. ZAIDE SABTU
Diorg gatal nak komen bos.rindu la tu,haha.Salleh dh tanya bila bos nak balik.dia dh rindu sgt ni,hehe...

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)