Hari Malas Kepada Hari Rajin

Salam semua..
Sejak berada disini, kerap kali aku membuat entry. Almaklumlah terlebih masa kot. Jangan mare yer..Budak2 BRI..Sana banyak waste sini banyak masa. Hahahaha..Kasi cili sikit dekat dia punya sr engineer. Baru tahu tak tidor malam. Rasakan penangan dia, nak sangat keja dekat BRI...tapi klasiknya disana...hanya yang berkerja disitu sahaja yang tau..

Aku bukan nak cerita mengenai plant BRI atau plant Cikampek..tetapi mengenai hari malas kepada hari rajin. Kalau mengikut semua org hari isnin adalah hari paling malas nak bangun pagi dan pergi kerja (mengikut cerita kawan akulah di entrynya ISNIN) tapi aku berbeza ...Hari ini adalah hari yang segar dan ceria untuk aku. Kau org belum rasa bagaimana merasa hari cuti disini..Takper ejeklah aku...satu hari nanti aku jamin dan sure dan pasti..mesti giliran engkau orang pulak..Itu aku rasa pasti. Takan aku jer nak jelajah benua Asia Tenggara nie..Kasilah kawan-kawan..hahahahaaa..

Bermula dengan pagi yang ceria. Aku bangun seawal pagi..sembahyang subuh sini jam 0434pagi, kemudian bersenam sedikit (ala strecthing jer)..Mandi dan bersiap pergi kerja. Tetapi yang buat spoil hari ini adalah elektrik bilik aku. Dah empat kali dia punya ELCB jatuh. Mula-mula aku ingat satu floor tak der elektrik, kemudian aku jengok luar, hanya bilik aku jer yang takder elektrik. Malang-malang. Buat report dan alhamdullilah dia org nak tukar ELCB kasi besar sikit ampere die. Malam nie nampak cam bagus jer.

Berbalik cerita hari ISNIN nie, aku ke Plant Cikampek hari ini dengan suasana enjoy. Singgah mengopi diwarung sambil makan bala-bala, tahu goreng dan tempe goreng yang dibeli dalam perjalan hendak ke plant. Habislah dalam RP15000.

Hari aku menyibukkan diri dengan kerja-kerja document ISO dan mengisi borang-borang ISO. Susah gak kat sini sebab rata-rata pekerjanya hanya tahu aper itu ISO dan belum pernah menjadi owner ducoment dan menjadi org yang bertanggungjawab untuk mengimplimentasikan sesuatu document. Mereka sebelum ini hanya orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengisi semua maklumat bagi memenuhi kehendak ISO. So satu cabaran beb. Apa lagi aku cari Si Nazri gan Si Tariq lah..eheheh. Sorry geng susahkan lu orang jer. Nanti jumpa kat Malaysia, mintak-mintaklah belanja.

Okaylah. Kehappyian aku hari membuatkan aku merindui Malaysia. Tak sama kita happy dekat sini dengan dekat Malaysia. Hanya aku jer yang tahu. Sebab aku dah berada dibumi orang sekarang nie. Okaylah termasuklah pulak bab sedih. Tengah tulis nie nangis tau...hahahaha..

Okaylah Hari berkerja disini lebih bermakna untuk aku manakala hari cuti atau libur adalah tak bererti langsung untuk aku. Dah abis gayau dah Kota Bandung nie. Sehingga kita berjumpa lagi di entry yang seterusnya. Semoga anda semua diberkathi ALLAH. Amin

p/s: Semoga Mama dan Anak2 sihat. I Miss U all.

Bye n salam
Peace No War

Comments

♥nrina♥ said…
setiap kali baca entry ayah pun buat mama sedih nangis huhu..rindunye..
Ahboy2020 said…
Wah bos,makin fasih berbicara bahasa indonesia ni.hehehe..hati2 bos jgn terlupa bahasa ebonda bos.chow n salam boss

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)