Bersabar Mama...
Salam untuk mama..
Entry kali ini aku tuju khas untuk isteri aku yang tersayang, Mama. Ayah paham sangat perasaan mama sekarang nie dangan keadaan yang mama sedang lalui. Yang pertama terpaksa melayan karenah anak yang sedang meningkat dewasa dan dengan kenakalan mereka. Yang kedua terpaksa melayan karenah baba dengan terpaksa pergi ke klinik untuk menguruskan hal mencuci kaki beliau. Yang terakhir nie lagi susah, karenah emak yang mungkin sudah nyanyuk dan juga terpaksa lagi menjaga dan mengemas rumah serta memasak untuk semua yang dirumah.
Ayah tulis ini berdasar coretan mama diblog mama ini : Blog Mama
................................
Dahulu lagi ayah pernah cakap, buat berbincang pekara sebegini. Bukan mama ajer anak mereka. Ramai lagi tapi mama berkeras mengatakan yang mama seorang sahaja tak berkerja. Maka dalam istilah berkerja maka tangungjawab sebagai anak kepada ibubapa atau ayahemak mereka terlepas ke?..Tak mama. Pekara ini kena bawa berbincang. Kalau ayah ader sana lainlah sikit, mungkin aderlah sedikit boleh dibantu. Ayah tak nak ungkit pekara ini sebab ini adalah tanggungjawab kita juga tapi klu mama menyeksa diri dan menyebabkan anak2 kita juga terseksa disebabkan mungkin lempias dari perasaan mama yang tension. Apa gunanya...cuba mama pikirkan.
..Ayah sokong mama. Apa yang mama buat ayah sokong tapi masa ayah ader dekat sana.. Ini ayah takder dekat sana macam mana ayah nak sokong mama. Cuba mama pikir. Benda ini kita dah bincangkan dulu dan ayah bersetuju untuk tidak berkata apa2 dalam urusan mama terhadap keluarga mama. Walaupun ayah wajib menjadi priority pertama tetapi ayah bersetuju untuk diberikan priority tersebut kepada keluarga mama. Tetapi bila mama telah menyuarakan keterseksaan diri mama, maka ayah rasa pekara ini harus diperbincangkan bersama keluarga mama. Ayah ada hak untuk bersuara terhadap apa yang mama telah buat sekarang. Ayah juga berhak sekiranya tidak membenarkan mama menjaga sesiapa pun. Tetapi itu bukan ayah. Ayah lebih selesa sekiranya pekara ini kita duduk bersama adik beradik mama.
..Kalau duit jadi bebanan, kita kongsi bersama. Kalau duit juga jadi sebut, kita kasi mereka duit emak yang mama simpan tu. Jangan cerita pasal duit sebab duit boleh dicari tetapi keluarga susah nak diganti.
...Kalau nak tunggu dan lihat org gaji datangg, ayah rasa dia takan muncul. Kita kena berusaha. Ayah nak bawa org sini kesana bukannya senang sekarang nie. Banyak birokarasi sekarang nie. Kena pakai agent untuk urus semua itu. Kalau keluarga mama yang tak berkeberatan ingin mencari silakan. Pasal duit kita kongsi bersama. Yang penting semua anak emak dan baba tak dapat banyak dosa. Kurang sikit bebanan.
...Inilah namanya hukum Allah mama. Bukan ayah nak mengata tapi inilah reality kehidupan yang ayah sendiri tengok. Bagaimana nenek mengalami dan diperlakukan , sama seperti apa yang emak lalui sekarang. Nenek, ayah rasa lebih sihat dari emak. Kalau kita buat dosa dengan emak kita..Balasan Allah adalah cash mama. So ayah harap sangat dan harap sangat...Mama jangan lakukan seperti mana yang kesilapan yang pernah emak buat dulu. Ayah harap sangat mama lebih banyak bersabar. Semua ini adalah dugaan Allah. Kalau mama tertekan, banyak2kan baca yassin dan sembahyang jangan ditinggal. Ayah berharap mama dapat bersabar lagi sekali.
...Nanti bila ayah balik Malaysia, ayah akan panjangkan issue ini dengan Bang Nal. terpulanglah kepada dia sebagai abg pertama dalam keluarga mama. Kalau nak harapkan kakak, tak boleh sebab dia ader suami. Suami lebih utama (wajib) dari yang lain. Syurga isteri dibawah kaki suami. Syurga anak dibawah kaki ibu.
..Okaylah mama. Kesihatan mama harus diutamakan. Anak2 jangan terbiarlah pulak. Semoga apa yang ayah sarankan ini akan kita usulkan nanti dengan bang Nal. "Jangan kita bergaduh adik beradik"..ayah pasti mesti ader sekelumit kata hati mama tentang adikberadik mama...itu ayah pasti. Perasaan inilah yang harus dibuang. nanti ia akan memakan diri. Sekali lagi ayah mohon semoga mama sabar dan menjaga kedua-dua emak dan baba dengan baik walaupun mereka bukan seperti mana mereka yang ayah kenal dahulu.
..Disini ayah doakan semoga mama dan anak sihat. Semoga penyakit emak akan beransur pulih. dan kaki baba beransur baik. Amin.
p/s: entry kali ini bukanlah untuk memburuk-buruk sesiapa atau mengangungkan sesiapa. Tapi inilah kisah susah senang disebalik kegembiraan kami sekeluarga.
p/s: Mama; entry kali bukan untuk memburukkan keluarga mama tetapi ini adalah luahan dan pandangan ayah untuk kita terus menghadapi masa mendatang kelak. Semoga semua akan berakhir dengan kegembiraan untuk semua.

Comments
Mama rasa bersyukur sgt kat Allah kerana dapat suami macam ayah..susahnya nak cari suami mcm ayah skrg ni..
terima kasih ayah..
nasihat ayah jadi kekuatan mama skrg..insyaallah mama buat apa yg ayah suruh..love u so much ayah..