Posts

Showing posts from June, 2009

Plant Visit after RUPS..

Image
Salam semua. berjumpa kita lagi. Amin dimakbulkan Allah. Ini masa aku di coffee house Hilton. sedang minum kopilah. Rindu kopi salleh gan bang dol. hahaha. sebelum aku bergerak ke Plant Cikampek. Sebelum tu aku kena hantar passanger Kantor bandung dulu. Dekat jer sebenarnya Hiton nie dengan Kantor. Dalam perjalanan aku ke Cikampek dihighway. Perjalanan aku terhenti (jammed)..di Kilometer 94 hingga kilometer 91..lebih kurang sejam. Slow jer geraknya. Rupa-rupanya ada kemalangan yang melibatkan mungkin lori jatuh ke gaung..perh dalam tu..entahkan hidup entahkan mati..wallahualam..Sebab ader kren nak mengangkat lori tersebut. Okay kita berbalik ke plant pulak Inilah tetamu tersebut..Hj AI, En FI dan HJ AKK...HJ AKK dengan aku jer. Sebab ader pekara yang ingin dibincangkan. Perhhh..banyak gak soalan yang ditanya. Berbiuh mulut nak menjawapnya. Yang penting aku bercakap apa yang benar dan aku tahu. Fact is always rigth. Biasalah nie..sedang mengukut aku sebab suka duduk sini dan dia cakap a...

RUPS 2009 (Rapat Umum Pemegang Saham)

Image
Sala semua. Kali ini aku sekadar ingin berkongsi pengalaman aku buat pertama kalinya menghadiri satu Rapat Umum Pemegang Saham (RUPS). Kira AGM. Dan buat pertama kalinya aku tahu perbicangan yang mereka jalankan dan juga soal jawab dengan tenang. Kayu tukul ini adalah penting dalam acara sebergini. Ia akan digunakan oleh pengerusi majlis iaitu Komisaris (Pengerusi Syarikat Utama). Aku ingat hanya dimakamah dan acara lelong ajer gunakan..Banyak juga jasa kayu tukul nie yek... Ini adalah tanda nama untuk pihak yang menghadiri majlis ini. Komisaris adalah Pa Tan Sri, Notaris nie kira org yang bertanggungjawab dalam bab undang2 perniagaan..kira juru guamanlah..Direksi adalah ahli-ahli director dalam syarikat yang membuat RUPS ini..iaitu PT JasaMedivest dan Pemegang Saham adalah org yang memiliki kuasa keatas PT JasaMedivest iaitu Pantai Medivest dan PT JasaSarana. So bolehlah aku ungkaikan..director yang dilantik adalah org yang mewakili Unit2 Pemegang Saham. Ini adalah unit Direksi...Hj ...

Aktiviti Hari Minggu...

Salam semua..selamat hari bapa..masih sempat walaupun sudah hampir tamat waktunya. Hahahaha..Hari ini aku bermain badminton dengan kengkawan Pa Dudi di kawasan perumahan dia. Sepatutnya start seawal jam 6pg tetapi Pa Dudi terlewat mengambil aku hari ini, maka aku sampai ke destinasi lapangan badminton terlewat sejam...sampai dah jam 7pagi. Masa aku sampai dah ader beberapa org sedang bermain badminton. Biasalah bila dah main "dewan terbuka" nie..biasalah ada yang pakai kaki ayam dan selipar jer. Tak berdisplin langsung. membahayakan diri masing2. Takper..biasalah nie. Kalau kat kampung aku pun sama gak. Hahahah. Dah nama main dalam kawasan kampung. Kawasan perumahaan mereka nie tak seperti kawasan perumahaan kita. Kita mcm tersusun jer tapi dia org nie. Mcm crowded jer. Kereta tak leh masuk. Rumah, ya Allah sempitnyer...cuba bayang rumah claster (town house) kat Malaysia tu dikecikkan lagi sikit. Begitulah disini. Apa boleh buat dah rakyatnya ramai. Okay berbalik kepada cerit...

Sebelum Terlambat..Masih Sempat..Selamat Hari Bapa

Salam semua..setiap tahun bulan jun hari ahad minggu ke-3 adalah disambut atau akan diraikan atau akan dicelebrate sebagai HARI BAPA sedunia. Mungkin tak ramai yang ambik tahu sebab HARI IBU lebih awal jatuhnya dan lebih meriah diraikannya. Tak kurang hebatnya, hari bapa juga harus diraikan sebab ibu dan bapa sama-sama mempunyai kelebihan masing-masing. Dengan kesempatan yang ada ini, aku dengan ria dan bangganya ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada Ayah aku (Hj Ibrahim Bin Majut), Bapa mertua aku (Hj Bidin Bin Syed), Kepada aku sendiri (Zolpaka Bin Ibrahim) sebab aku dah ada dua org nak maaa, kepada abg-abg aku dan abg-abg ipar aku yang telah menjadi bapa...dan tak lupa juga kepada semua kawan2 dan yang bernama lelaki yang telah mempunyai isteri dan anak..maka mereka layak untuk menyambut atau diucapkan atau seharusnya mendapat hadiah dr anak2 atau isteri..sempana hari BAPA ini. Horey horey... Yang mana baru nak dapat anak..kira setengah kaki jer sbg BAPA..so boleh gak sambut. S...

Dua Hari Penuh Kesibukan..

Salam semua. Dua hari ini aku begitu sibuk dengan meeting bersama Madam CSF dan klick klick Cikampek dan Bandung. Meeting kali ini tertumpu kepada Proses ISO yang akan dijalankan di sini. Hari pertamanya (semalam), meeting bersama group consultant (Adhere) diwakili oleh Pa Tambun dan Pak Anggoro. Melihat semua aspek ISO yang akan dijalankan. Oleh kerana pesawat Madam sampai jam 1130 maka aku yang mewakili memulakan perbincangan dengan consuktant. Hasib semua form aku dirombak semula dan diberikan cadang untuk penambahbaikan. Okaylah aku terima utk kebaikan semua. Madam join meeting jam 1145pagi. Dan bermula proses perbincangan yang memakan masa yang agak lama. Dari policy, visi, mision. legal, production, safety, document tracking record, document label, record.....dan macam macam lagi. Pehhhh susahnya sebab hampir semua mcm nampak blur jer. Takper take time semua. Bestnya meeting dekat Bandung nie...sebabnya satu dekat dengan tempat tinggal aku dan yang kedua makan semua diprovide ole...

Kegiatan Baru Semalam..

Salam semua..Ceria sungguh hari ini. Alhamdullillah sebab semua dipermudahkan. Amin selalu. Untuk pengetahuan semua, aku sudah mempunyai kegiatan baru dekat sini. Apa ekkk?..Rahsia..Acah jer, sebenarnya aku dah menemui team untuk bermain badminton. Alhamdullillah, semalam adalah first time aku bermain badminton dibumi Indonesia. Bukan kat stadium badminton Senayan tu tapi dekat dewan yang tercorok gak. Sebenarnya, aku dah beli racket badminton, grip lutut, stokin sukan dan seluar pendek. Pada minggu lepas lagi. Beli dekat kedai terpakai jer (Barang Bekas Outlet). Okaylah janji boleh dipukul bulu tangkis tu sudah cukup baik. Dewan dia org terletak ditinggak dua. Kalau kat Malaysia, rata dewan badminton bawah tapi dekat sini dekat atas pulak. Ader tiga court. Bermula dari jam 7 lebih hingga 10 mlam. Player semua handal-handal. Lenih kurang mcm grade budak bukit rambai jer. Aku main dua set. Alhamdullilah tak menang tapi bertarung gaklah. Apa boleh buat partner baru dan player yang dihada...

Pak Dudi Supir Baru

Image
Salam semua. Lupalak aku nak uploadkan gambar supir baru aku yang mengantikan Nelson dulu. Nelson aku dah anggap macam kawan aku dekat sini. A lot of story we a sharing together but he get a good good offer and good also to his future. That is the past. I miss it. Almaklumlah..sahabat andai, isteri tersayang dan anak tersayang jauh so we need somebody to talk about and sharing our feel. Okaylah. Nie aku uploadkan gambar supir baru tu. Nama dia Dudi. Orangnya sudah berumur, dalam lingkungan 40an (42kot)..Orangnya serius dan kelakar. Cuma dia tak biasa lagi dengan aku. Kalau Nelson dulu dia dah tahu apa aku nak makan dan mana aku nak pergi. Takper take a time to be serasi. Okay inilah orangnya. Yang berkumis tu yang sebelah tu aku..Jangan silap pulak. Hahahahaa..Nasib baik aku dah buang misai aku, kalau tak mcm serupa lah pulak. Okay semoga didoakan aku selamat disini dan boleh pulang Malaysia. Amin..Amin...Amin

Hari Malas Kepada Hari Rajin

Salam semua.. Sejak berada disini, kerap kali aku membuat entry. Almaklumlah terlebih masa kot. Jangan mare yer..Budak2 BRI..Sana banyak waste sini banyak masa. Hahahaha..Kasi cili sikit dekat dia punya sr engineer. Baru tahu tak tidor malam. Rasakan penangan dia, nak sangat keja dekat BRI...tapi klasiknya disana...hanya yang berkerja disitu sahaja yang tau.. Aku bukan nak cerita mengenai plant BRI atau plant Cikampek..tetapi mengenai hari malas kepada hari rajin. Kalau mengikut semua org hari isnin adalah hari paling malas nak bangun pagi dan pergi kerja (mengikut cerita kawan akulah di entrynya ISNIN ) tapi aku berbeza ...Hari ini adalah hari yang segar dan ceria untuk aku. Kau org belum rasa bagaimana merasa hari cuti disini..Takper ejeklah aku...satu hari nanti aku jamin dan sure dan pasti..mesti giliran engkau orang pulak..Itu aku rasa pasti. Takan aku jer nak jelajah benua Asia Tenggara nie..Kasilah kawan-kawan..hahahahaaa.. Bermula dengan pagi yang ceria. Aku bangun seawal pagi....

Sabtu Dan Minggu Datang Lagi........

Salam semua. Seperti biasa aku seperti fobia bila datangnya dua hari ini. Hari ini sabtu, aku seperti biasa tidak mempunyai aturacara. Aku akan lebih masa duduk didalam bilik ini sambil melayan internet yang sangat-sangat slow ini. Takper atleast dia ader dr takder langsung. Apa boleh buat, kehidupan segini harus aku jalani selagi aku makan gaji. Hari ini aku bangun sangat-sangat lewat. Beberapa kawan aku dari Malaysia talipon. Aku malas nak jawab panggilan tersebut sebab aku hari ini terasa seperti malas sangat-sangat. Kemudian aku terpikir sebab mereka menghubungi aku. Oooo baru aku ingat, hari ini adalah majlis perkahwinan si KJ (Mohd Kamal Johar) dekat Rembau. Patutlah mereka mencari aku. Maaf KJ, aku tak dapat menghadiri majlis kau seba aku nie jauh diseberang laut. Bangun hari plan nak cari makan tapi malas punya pasal. Aku hari nie makan maggi perisa tomyam jer. Bolehlah untuk mengisi perut aku yang besar nie. hahaha..Buat air nescafe dan layan internet. Kalau aku boring, aku ak...

Bersabar Mama...

Salam untuk mama.. Entry kali ini aku tuju khas untuk isteri aku yang tersayang, Mama. Ayah paham sangat perasaan mama sekarang nie dangan keadaan yang mama sedang lalui. Yang pertama terpaksa melayan karenah anak yang sedang meningkat dewasa dan dengan kenakalan mereka. Yang kedua terpaksa melayan karenah baba dengan terpaksa pergi ke klinik untuk menguruskan hal mencuci kaki beliau. Yang terakhir nie lagi susah, karenah emak yang mungkin sudah nyanyuk dan juga terpaksa lagi menjaga dan mengemas rumah serta memasak untuk semua yang dirumah. Ayah tulis ini berdasar coretan mama diblog mama ini : Blog Mama ................................ Dahulu lagi ayah pernah cakap, buat berbincang pekara sebegini. Bukan mama ajer anak mereka. Ramai lagi tapi mama berkeras mengatakan yang mama seorang sahaja tak berkerja. Maka dalam istilah berkerja maka tangungjawab sebagai anak kepada ibubapa atau ayahemak mereka terlepas ke?..Tak mama. Pekara ini kena bawa berbincang. Kalau ayah ader sana lainlah ...

Sepanjang Minggu ...

Salam semua. Kali ini sahaja nak coretkan kisah aku sepanjang minggu berkerja ini. Jangan dok dipikirkan masa sabtu dan minggu nanti. Pasti jawapannya sama iaitu bosan dan tak tahu nak buat aper?. Isnin, aku pergi ke kantor Imigarsi Cabang Bandung sebab aku kena menyambung dan membuat baru KITAS aku. So appoitment dengan agent yang ditugaskan oleh kantor aku Jam 10 pagi. Sampai kena sign bermacam-macam form dan kena cop jari dan ambil gambar berserta scan semua jari tangan. Kira sekarang nie sistem imigarasi sini dah canggihlah. Bolehlah. Siap semuanya aku pergi makan sate Kuda. Best. Selasa, aku pergi ke Plant Cikampek. Mcm biasa buat kerja ISO dan sedikit kerja yang telah diberikan oleh bos aku. Mencari vendor atau kontraktor banggunan sebab ader serba sedikit projek tambahan untuk disiapkan seperti membuat longkang, guard house, ash house dan serba sedikit kerja-kerja concrete. Rabu, aku ader appointment di RSU (Rumah Sakit Umum Karawang)..kena buat suntikan Hep B. Ini dibuat untuk ...

Mama dan Anak2...

Salam untuk Mama dan Anak2. Untuk pengetahuan Mama dan anak2. Ayah dekat sini sihat walafiat. segala urusan ayah dekat sini semuanya mudah dan lancar. Amin. Ayah harapkan Mama dan anak2 sihat di Malaysia. Semoga kita akan berjumpa lagi. Mama, Aiman Zikry dan Aiman Zarfan...I Love U all ( Ayah Sayang Kamu semua). Bye n salam p/s: Mama kena jaga kesihatan. Zikry dan Zarfan, jangan nakal2 okay.

Bosannyerrrrrr...

Salam semua. Tajuk pun dah tak menceriakan. Itulah situasi sekarang yang aku rasa. Itulah hakikat yang perlu aku hadapi semasa berada disini. Apa boleh buat dan inilah hakikat yang dahulunya dihadapi oleh dua pekerja indonesia yang berada di Malaysia saat mereka berkerja sambil belajar (on job training) iaitu Pa Gemma (masih dengan PT JasaMedivest) dan Pa Ivan (dah tamat kontrak). Mereka pernah menyuarakan situasi ini apabila datangnya hari sabtu dan minggu. Kini aku merasakannya. Dahulunya aku kurang mengerti tetapi apabila telah terkena batang hidup sendiri baru tahu. Hahaha (ketawa dalam kesedihan). Nasib baik aku beruntung sedikit sebab aku masih boleh menghilang rasa bosan tersebut dengan melayari internet. menulis blog nie pun sudah cukup untuk mengurangkan rasa kebosanan tersebut. Nak pergi jalan-jalan sekitar Bandung?...aku rasa takder tempat yang menarik lagi. Kalau aku nie jenis yang minat window shopping. Peh dah abis semua FO (Factory Outlet) aku gayau dah. Tapi aku nie jen...

The Cherry Homes Hotel and Residence

Image
Salam semua seperti yang dijanjikan tempoh hari. Aku uploadkan sedikit gambar tempat aku tinggal sekarang. Samaada akan selama berada disini atau sementara. Semuanya bergantung kepada keadaan akan datang. Mcm hostel ader gak...teringat zaman duduk Politeknik Port Dickson gan duduk Universiti Putra Malaysia Ader katil bujang, Lemari dan bilik air. Nie bilik air dia. Ader air panas gan sejuk. Nie meja kerja aku. Siap dengan line Internet. Kalau ader sapa2 nak lepak sini semasa datang ke Bandung. Bolehlah kesini. Secara peribadi aku boleh nyatakan tempat ini okay. Alamat : Jl Babakan Jeruk IV No 37 - 39, Bandung, 40163 West Java, Indonesia 022-2021628 , 022-2021629 , 022-2004597 Website : www.cherry-homes.net Dekat dengan tol ker Jakarta (Pasteur) dan sebuah Universiti terkenal di Bandung (Maranatha University). Kira universiti nie untuk golongan kaya. Nanti aku uploadkan lagi gambar permandangan bahagian pintu masuk depan dan secara keseluruhan Cherry Homes nie.

E63 Nokia

Image
Salam semua. Lupa nak beritahu aritu, setibanya aku dibandung opis. Ibu Tina telah memberikan aku sekotak Handphone untuk kegunaan disini (Indonesia). alhamdullilah. Model Nokia E63, mcm si Nazri DC kita tu..aku nak beli handphone tapi ader benda lain yang lebih penting dr handphone. Aku dah reki-reki harga handphone model nie..Dekat Malaysia E63 sekitar RM999 dan E73 sekitar RM1300..Kalau ikutkan hati dan nafsu dah lama aku beli..tapi baik aku masuk unit trust atau labur dalam ASB ada gak faedahnya. Alhamdullilah aku dapat menepis perasaan nafsu aku itu. Amin agar diteruskan sebegini. Tak bergaya tak per, asalkan aku senang dikemudian hari. Insyallah. Akhirnya aku dapat gak handphone tersebut, walaupun company yang bagi. At least dapat gak, walaupun suatu hari nanti aku kena pulang balik. Tp mana nak sama gan blackberry..hahahahaaa..Jangan disebut2 pasal blackberry lagi..past is the past. Sebab aku dah menjadi warga kerja PT Jasa Medivest so aku percaya semua itu. Dapat handphone atau...

Indonesia Lagi...

Salam semua..Sihat semua hendaknya. Buat pengetahuan semua, aku sekrang nie berada dibumi orang lain. Iaitu Indonesia. Maka dengan ini aku berkuatkuasa telah menetapkan diri bekerja disini dgn arahan bertulis syarikat yang telah aku persetujui lama dulu.. Tanggal 3hb Jun 2009, aku telah berlepas dari LCCT jam 11pagi dan telah selamat tiba di Bandara Bandung Jam 13ptg (WIB)..ader sedikit kelewatan. Kali ini aku pergi dengan hati yang sedih sedikit..tak seperti dulu..sebab aku sedih meninggalkan suasana plant bukit rambai (BRI) dan terutama keluarga aku sendiri (wife gan anak2)..Kali ini memang terasa sedih..ooo.. Sampai jer, aku terus ke Opis Bandung untuk minum secangkir kopi dan terus bergerak bersama ibu Tina untuk mencari bilik untuk disewa. Akhirnya berjumpa dengan Cherry Homes and Resident..kira okaylah tempat dia. Bilik bersaiz kecil dan dilengkapi dengan katil, bantal, bilik mandi, cuci kain baju 4hari sekali (limit 5kg), internet (tapi sampai hari ini belum boleh setting lagi),...