Coretan....

Salam semua..

Sekarang nie terasa mcm sibuk sangat dan masa berjalan dengan cepat. Alhamdullilah Bandung aman-aman ajer. Tidak terasa hangat gempa bumi di Sumatera Barat (SumBar)..Dan juga tida terasa hangat kes sweeping Malaysia.

Kesibukan aku menghadapi pekara yang telah dijadwalkan seperti persediaan ISO dan Plant Operation yang akan dibuat, Insyallah minggu depan. Kalau diikutkan hati, aku tak hendak bakar tetapi arahan daripada Tn Hj AKK, maka aku teruskan misi beliau dengan alasan untuk pelanggan melawat semasa proses yang telah kita jual.

Aku pun dah buat transport meeting dan telah dipersetujui tarikh pembakaran dan mereka dibahagian marketing telah membuat jadwal lawatan para pelanggan ke Plant nanti. Mungkin kali ini proses pembakaran mengambil masa selama 8-10 hari jer. Apa macam org Melaka..ada boleh relik mcm org dekat sini?...Jangan jelous tau..eheheh...

Disebabkan kelembapan market dekat sini, maka Tn Hj telah mengarahkan beberapa plan budget kewangan dirombak dan disusun semula. Apa nak jadi nie...?..Kalau keadaan memaksa, berkemungkinan besar operasi di Bandung akan dibawa ke Cikampek. Dengan kata lain, tutuplah Kantor Bandung. Aku tidak mengharapkan ini terjadi. Big impact oooo...Malu malu malu..

Pa Wan ada bagitahu aku yang dia akan berusaha mati matian untuk mencapai target yang telah Boss tetap...Semoga beliau beroleh kejayaan. Ini semua beyond our capacity...Bukan salah Pa Wan. Banyak faktor sebenarnya. Inilah susahnya dan kepayahan yang telah dilalui....Insyallah pasti boleh. Kalau tak boleh, aku boleh pulang Malaysia...ehehehe

Semasa perbincangan Pa Wan, Pa Gun, Tn Hj AKK, Madam dan aku (secara tak langsung terlibat)..di Hotel Luxton..Aku mencadangkan secara volunteer untuk membuat cost cutting..dengan menawarkan diri aku untuk balik ke Malaysia. Dalam kata erti lain ditamatkan secondment aku kesini..Aku hanya datang sebagai visitor shj..Aku menyarankan dalam bentuk lawak sambil ketawa..Dan lawak aku tadi dibalas dengan lawak juga...oleh Tn Hj AKK...beliau berkata bagus gak tu tapi kalau org tu suka berkhidmatan tanpa bayaran lagi baik...Kira saranan aku tu gagallah...apa boleh buat.

Sebenarnya, aku dah bincang dengan Madam mengenai pekara nie. Beliau sangat suka dan paham..Alhamdullilah ada gak bos yang boleh backup aku..eheheh..Tapi semua terpulang kpd Tn Hj AKK. Perbincangan tamat sekitar jam 11 malam..sebelum balik, Tn Hj AKK belanja lagi kek..dia suruh pilih nak yang mana...semua org pilih sebab dia nak belanja...Mungkin mode dia tengah baik kot...Banyak gak cerita yang menarik dan info menarik dari beliau tentang PM dan holding...

Pada hari khamis malam aku dengan madam sempat dinner di Rumah Nenek..dekat sini ader live band..makan dan view dia kira okaylah..cuma kalau nak borak2 lama mcm tak sesuai sebab kena cakap dengan kuat...Malam tu Madam yang belanja sebab dia ckp dengan aku..jangan bayar tau sebab saya akan bayar..so okaylah...Bos nak belanja, aku on jer..eheheheh...Panjang juga sembang aku dengan dia...Dia kira seorg bos yang baik dan understanding. Banyak gak cerita pasal PM dan Indoensia dan Politik Malaysia.

Sekarang nie..bilik tempat aku menginap tu sering mengalami masalah internet..Tension aku..So aku layan TV jerlah..Kadang2 aku balik lambat dr opis Bandung nie sebab masalah tersebut. Kalau balik awal pun tak guna..lebih baik aku ruangkan masa panjang sikit dekat opis..boleh gak layan internet..Hilang bosan..

Okaylah..sehingga berjumpa lagi. Amin
Bye n salam
Peace No War.

Comments

♥nrina♥ said…
Rumah Nenek? Nenek sape?
AhboNd 2020 said…
Rumah Nenek adalah sebuah restoran. Nama restoran ini adalah Rumah Nenek...Dekat sini ader rumah nyonya dsbnya...

Bye n miss u

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)