Gajah Hijau Kembali Berehat....

Salam semua..Semalam tepat jam 12tengahari waktu di Indonesia..Gajah Hijau telah memakan makanan yang terakhir buat masa sekarang. Dan tepat jam 4 petang, aku telah mengarahkan agar Gajah Hijau ini dibenarkan berehat untuk masa yang akan ditentukan semula untuk ia beraksi.

Pesembahan Gajah Hijau kali ini, amat-amat membanggakan, tanpa banyak kendala (maslah). Gajah Hijau nie makan mengikut kapasiti yang dibenarkan dan ditetapkan untuknya. Sebenarnya makanan yang disediakan untuk Gajah Hijau ini masih lagi tidak mencukupi seperti yang diperlukan setiap hari. Sebaik-baiknya dan seharus-harusnya, Gajah Hijau ini beraksi sebulan atau 30hari dan kemudian berhenti untuk berehat...

Maka dengan ini, aku selalu pengajar dan penjinak Gajah Hijau ini...akan bersenang lenang dan mengoyang kaki sambil makan kacang..opoppp...makan gaji buta....Hahahaha sebab circus tempat aku berkerja ini terpaksalah berusaha lebih mencari makanan untuk Gajah Hijau ni...Itu bukan urusan aku...Dengan ayat yang lebih menarik, jangan dok campur urusan org..ada org ambik peduli urusan kau semasa menjaga Gajah Hijau nie...hahahaaa..(marah nie)..

Satu lagi aku nak cerita, kat sini Gajah Hijau nie terpaksalah juga menghadapi makanan cair dan padat...kalau padat dia nie terus telan jer, tak der hallah....tapi kalau cair aku terpaksalah siram untuk sejukkan Gajah Hijau nie..Alhamdullilah..kalau dulu air kencing Gajah Hijau nie mesti terkeluar punya tapi setelah menjumpa ramuan dan setting untuk Gajah Hijau nie disiram...Alhamdullilah..Tiada air keluar...Wow...So aku pun suruhlah pihak circus mencarik makanan cair sebab dengan menggunakan makanan cair..kos operasi untuk Gajah Hijau nie tetap sama...Tak bertambah malah boleh jimat lagi sedikit..ehehehe...

Okaylah..penat aku merapu dah. Insyallah kalau diizinkan Allah, aku akan pulang ke Malaysia dalam seminggu dua lagi. Tapi aku tak pergilah melihat circus dan Gajah Hijau dekat sana. Aku dah apply cuti tahun...Sehingga berjumpa lagi. Bye n salam

Comments

♥nrina♥ said…
ayah, jgn lupe beli telekung yg murah sikit tu..dah ada org order ni..
Ahboy2020 said…
alhamdullilah,akhirnya gajah naik minyak tu dah berehat rupanya..apa pun kepada penjinak tu,selamat pulang ke malaysia..
Unknown said…
bos, yg cair tu letak kat quench ker???

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)