HUT Kemerdekaan Malaysia 52

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera




I wish all Malaysians "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52". May the
Nation head towards prosperous, peaceful and harmonious times ahead.

Tahun ini Satu Malaysia sebagai cogan kata maka atas sebab itulah, Satu Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu. Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita. Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi kelam. Sekiranya ini yang diperjuangkan maka nyatakan dalam bentuk perbuatan pula bukan hanya dalam bentuk tulisan atau memo. Sekiranya yang tukang laungkan hanya semata-mata melaungkan tanpa paham erti yang ingin disampaikan maka apa ertinya.

Fikirkan. Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh rahmat, Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup dalam maka janganlah kita semua alpa dan cuai. Jerat tidak melupa pelanduk tetapi pelanduk selalu lupakan jerat.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52. Merdekaaa!! Merdekaaaa!! Merdekaaaa!!

Bye n salam semua.

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)