Pangandaran dan Batu Hiu...

Salam semua. Ini adalah sebahagian dari aktiviti mengunjungi kawasan atau tempat wisata yang berada di Indonesia. Aktiviti ini dilakukan seminggu sebelum bermulanya bulan puasa. Kali ini aku berkunjung ke Pangandaran dan Wisata Batu Hiu..

Pangandaran dan batu hiu ini adalah kawasan wisata yang terkenal. Ia merupakan kawasan pantai. Pangandaran terbahagi kepada dua bahagian pantai. Pantai Barat dan timur. Kawasan timur adalah cantik untuk melihat matahari timbul (sunrise) manakala barat adalah untuk matahari tenggelam (sunset)...

Untuk pengetahuan semua, bahagian pantai barat adalah sebahagian daripada kawasan yang dilanda tsunami pada tahun 2004. Kalau kita menyusuri sepanjang pantai barat ini, kita masih lagi boleh melihat beberapa kawasan dan perumahaan yang masih lagi kekal dari kesan tsunami dahulu..Mungkin untuk tujuan sejarah atau mereka semua ini telah meninggalkan kawasan ini sebab terdapat beberapa kawasan yang terdapat papan tanda untuk menyatakan mereka ingin menjual tanah dan rumah mereka...

Secara keseluruhan pantai Pangandaraan ini cantik dan ramai dikunjungi pelancong dalam dan luar negeri. Terdapat beberapa pengunjung yang mengunakan papan luncur untuk meluncur (surfing)..Kawasan pantai ini selalunya diberi amaran untuk tidak melakukan aktiviti mandi-manda yang lebih dari kawasan yang ditetapkan. Sebenarnya ada papan kenyataan yang menyatakan kawasan ini tidak boleh melakukan aktiviti mandi-manda atau berenang.

Wisata Batu Hiu...tempat dan mempunyai pemamdangan yang cantik. Tetapi pemandangan yang mengatakan batu hiu sudah tidak ada lagi sebab mungkin sudah terhakis oleh masa dan alam. Ombak dekat sini sangat-sangatlah besar mungkin seperti di Cherating atau kawasan pengairan laut timur Semenanjung Malaysia..

Sebenarnya aku bertolak dari Bandung sekitar jam 1230pagi (wib)..Melalui tol Ciluenyi terus ke Tasik Malaya dan Pangandaran dan Batu Hiu. Perjalanan untuk sampai ke destinasi yang diinginkan melalui beberapa perjalanan seperti ingin pergi Genting Highland. Ini adalah pekara biasa di Indonesia sebab atau mungkin rupabentuk mukabumi negera ini. Sampai di Pangandaran sekitar jam 430pagi (wib). Kena kopi dahulu baru pergi cari masjid untuk sembahyang subuh. Kemudian kearah Pantai Timur untuk melihat matahari timbul. Setelah itu ke pantai barat untuk melihat keindahan pagi disitu dan terus ke batu hiu...

Setelah disitu...perjalanan diteruskan ke Green Canyon...Cerita GC akan disusulkan dientry yang kedua...sebab GC lebih menarik untuk dikunjungi sebanyak mungkin. Disini semua kawasan wisata mempunyai fee atau entry cost yang telah ditetapkan.













Comments

♥nrina♥ said…
cantiklah..nanti leh bawa mama dan anak2 kat sana plak hehe..
AhboNd 2020 said…
Insyallah kalau diizinkan.
Anonymous said…
Cantik pantainya... Lama tak ke pantai..hihi...
Unknown said…
Huh,apesal ada gambar peluk2 ni bos!

Lagi satu,posing ti kena kasi cover bahagian perut,haha..Sibuk konon kat indo.kita kat melaka ni, pantai klebang pun x sempat nak pegi,hehe..

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)