Gajah Hijau Menganas Semula...

Salam semua..
Walaupun aku dilanda internal emosi kebelakangan ini tetapi kerja tetap dilakukan demi tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada aku. Minggu ini bermulalah proses menghidupkan Gajah Hijau disini. Bermula dari rintitan meeting transport tempohari sehingga ke hari ini.

Sekarang Gajah Hijau dekat sini sedang memanaskan badannya. Perhh susah gak yerk. Kalau dah duduk lama tanpa berjalan nie. Banyak yang mula nak tersini dan tersana. Tetapi alhamdullilah aku berjaya menghidupkan Gajah Hijau sini. Amin...

Walaupun kapasiti untuk Gajah Hijau ini makan tidak mencukupi untuk 30hari tetapi okaylah sekadar mengalas perut si Gajah hijau ini sudah cukup bersyukur. Dikira dari stok pemakanan untuk gajah hijau ini adalah sebanyak 70 ke 80 ton shj. Bolehlah gajah nie makan sekitar 8 ke 10 hari. Almaklumlah...gajah dah lama tak makan so kena bagi makan sikit2 dulu takut dia sakit perut pulak...Nanti lagi susah beb.

Sebenarnya, aku telah melanggar pantang larang untuk menghidupkan Gajah Hijau ini mengikut peraturan yang sebenarnya. Minta maaf semua. Memanandangkan untuk menghidupkan Gajah Besar aku nie memerlukan banyak uang so aku pilih jalan paling mudah ajer. Insyallah ia tidak menyakitkan Gajah ini. Faktor uang telah membantutkan usaha aku untuk menghidupkan gajah hijau ini dengan step yang sebenar. Apa2 pun dia sekarang sedang mengauum (gajah mengauum ker)...ganas.

Situasi sekarang ini, pada saat aku menulis blog. Gajah hijau aku sedang bergerak dan menelan apa sahaja yang diberi tetapi makanaannya telah dipilih dahulu. Segregation kena buat juga. Sebab dari pengalaman yang lalu mengajar aku bagaimana makanan gajah ini disediakan disini.

Okaylah..Kali ini mungkin yang baru datang dan bukan berasal dari keluarga incinerator akan pelik bila aku panggil gajah hijau. Aku bukan bela gajah pun. Sahaja aku panggil incinerator sini gajah hijau...sama maksudnya dengan gajah putih..eheheh..

....terlalu banyak minus dari plus bela gajah hijau dekat sini. Kalau dekat Malaysia...dia bukan lagi gajah hijau atau putih tapi dah mcm gajah menarik balak dah. Kerja tanpa henti...hahaaa...

Okaylah..dah berapa banyak kali okay dah...kali ini yang terakhir. Sehingga berjumpa lagi. Doakan Gajah Hijau saya berjalan lancar sehingga makanan yang dikumpul habis dibedal.

Bye n salam.

Lagend :

Gajah Hijau = Incinerator Plant
Makanan Gajah Hijau = Clinical Waste
Ini dia Gajah Hijau Ku...eheheh

Comments

♥nrina♥ said…
gajah ke raksakse hehe..
ayah ni kira otomenlah hihihi..
Tie said…
Haha... ingat apa ke benda gajah hijau tu... buat suspen je, hehe..
Ahboy2020 said…
Gajah Kat Sini bkn saje kena pikul balak lagi,habis pokok satu hutan tu dia terpaksa kena makan..hahaha..apa blh buat nak untung punya pasal..terpaksa makan sampai muntah hehehe..
AhboNd 2020 said…
Tulah pasal Poi, Tp Kat sana ader dua ekor gajah hijau size sedang2 yang tengah dok melantak tak kira penat...So yang susah dan letih adalah pegembala dia..hahaaaa

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)