Sudah sampai di Kota Bandung

Salam semua..
28 hb September 2009, ..bertolak dari rumah (Melaka) jam 920 pagi..sampai di LCCT jam 11pagi..sedih ooo mahu tinggalkan anak bini..perh apa boleh buat sudah nasib dan harus dikandung badan..Tapi anak aku paham yang aku nak g kerja dekat Indonesia..

Aku g checkin ticket dulu kemudian aku jumpa Kamarun (Keja dekat MAB bahagian engineering)..minum dan makan McD dulu..lama gak aku lepak dengan dia org sehingga jam 1220 thghari..sebab masa aku checkin ticket, ground crew airasia bagitahu supaya jangan lewat sebab takut jam dekat immigration nanti...

Sepatutnya aku akan berlepas dari LCCT jam 1355 tetapi bila dipertengahan waktu tersebut, pengumuman dibuat oleh ground crew airasia yang mengatakan bahawa pesawat aku terlewat sampai sekitar jam 225 ptg dan akan berlepas jam 255 ptg...perh lewat sejam dah...

Akhirnya aku mendarat di Kota Bandung jam 4ptg WIB dan terus ke kantor bandung untuk bersalam dengan semua sambil mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin..Semasa aku menulis blog nie, aku masih lagi berada dikantor..sebab kalau balik ke Cherry Homes pun bukan aku boleh buat aper2..so lebih baik aku habiskan masa dekat sini sambil layan internet..eheheh

Mungkin aku disini sekitar sebulan, mcm biasalah..sebulan sekali aku kena balik sebab nak amik duit bawa sini dan melawat keluarga..Semoga yang membaca blog ini sihat dan ceria. Kepada mama dan anak2, ayah doakan sihat dan jangan khuatir tentang ayah disini. Insyallah ayah jaga diri baik2. Amin

Sehingga berjumpa lagi.
Bye n salam semua.

Comments

♥nrina♥ said…
mama pun insyaallah jaga diri dan anak2 kat sini..

zarfan dah tak nak bawa basikal dia..dia suka naik basikal abg dia..

zikry buat hal tak nak ke sekolah tapi alhamdulillah setakat ni dia tak ponteng lagi hehe..

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)