Boring Yang Melampau....

Salam semua....
Kali ini aku merasakan begitu dan teramat-amat bosannya tinggal sendiri di Indonesia nie. Alangkah baik dan indahnya berada dinegara sendiri. Boleh bersama isteri tercinta dan melihat gelagat anak-anak membesar.

Sampai bila aku boleh bertahan sebegini?...Aku sudah meluahkan segala yang terpendam didalam diri ini secara jujurnya kepada Boss aku (Madam). Beliau juga paham dan mengerti apa yang aku lalui. Terima kasih boss. Beliau meminta aku bersabar. Tetapi sampai bila?..Ini harus diberitahu juga...

Aku tak mencari kerja baru tetapi kalau dioffer. Berkemungkinan besar aku akan menimbangkannya. Walaupun terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak2 juga tetapi aku masih lagi di Malaysia. Ini berjauhan tetapi di Indonesia. Jauh oooo.

Insyallah start bulan December 2009 ini aku akan bermula aktif menghantar resume aku ke Industri-industri yang aku fikir sesuai dengan aku. Aku kena pikir juga apa yang isteri dan anak-anak aku rasa sekarang. Aku tidak boleh membiarkan isteri aku menjadi segalanya. Sekarang ini beliaulah ayah dan mama kepada anak2 aku. Mungkin ini untuk kerjaya aku tetapi kebahagian serta kegembiraan aku dan keluarga harus diutamakan.

Semua org pikir rugi???..Tapi sanggupkah mereka menghadapi realiti kehidupan seperti aku?..Sanggup maka aka berterima kasih kerana anda memang berhati cekal tetapi aku tidak lagi. Mesti juga anda berkata ..Allah org Bangla dan Indon yang datang sini tu tak bawa anak bini pun...Itu mereka sebab desprate atau keadaan yang memaksa mereka...Aku berlainan...Memang benar hujan emas dinegara org tetapi hujan batu dinegara sendiri...aku bukan mencari wang ringgit, harta dan kemewahan yang melampau tetapi ianya harus disulami dengan kebahagian dan kegembiraan diri dan juga keluarga aku...

Apa perasaan anda semua..bila anak anda bertanya..Ayah bila nak balik?...Ayah, apa pasal lama sangat?...Ayah..Kita org nak ikut?...ayah itu dan ayah ini...Memang syarikat menbenarkan aku membawa semua family aku kesini..Tapi cuba anda bayangkan juga..anda berada di negara yang 10 ke 20 tahun belakang daripada negara sendiri..Anda sanggup untuk kehidupan keluarga anda disini..Bukan aku ingin memburukkan negara "ini" tetapi hakikatnya harus aku ambil kira...

Sudah puas aku fikirkan pekara ini...Apa yang harus aku lakukan?...Biarlah orang cakap aku tewas dipertengahan jalan...sebab aku mencari kebahagian hidup...Biarlah apa org nak cakap..yang penting aku yang memilih jalan tersebut...semoga apa yang aku cari aku temukan..Maka dengan ini aku mengistiharkan permulaaan penghijrahan aku dari stage lama aku ke stage yang baru...Diharapkan kawan dan sahabat yang terdekat dengan aku memahami apa jua yang aku hadapi...walaupun ini bukan jalan yang terbaik tetapi..Inilah jalan yang harus aku pilih...

Mama, ayah harapkan sokongan mama dan apa jua perancangan yang akan Ayah amik. Walaupun bukan sekarang tetapi ianya akan diteruskan dan berterusan sehingga berjaya. Amin.

Bye n salam

Comments

♥nrina♥ said…
Mama sentiasa sokong ayah..
biar kita serba kekurangan sekalipun takpe asalkan ayah ada bersama mama dan anak2..

adakala kemewahan tak memberi kebahagiaan pun...

Hanya Allah je yg tahu betapa peritnye mama tanpa ayah di sini dan dlm keadaan mama yg tengah sarat ni..

Love u ayah...
Ahboy2020 said…
Aku faham dgn perasaan dan keadaan boss kat sana,pilihlah jalan yang terbaik demi family boss,aku sokong apa saje jalan yang boss ambil.
betul kata org,kalau duit banyak,tapi hati tak bahgia pun tak guna jugak kan??
ok boss semoga berjaya apa yang rencanakan.
Yulie Elveera said…
zoff, aku sokong ko cari 'rezeki' lain... semoag berjaya!

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)