Sudah Mahu Pulang...

Salam semua..
Sudah mahu pulang semula ke Indonesia untuk memulakan semula kerja yang ditinggalkan selepas dipanggil pulang ke Malaysia untuk melakukan kerja di Malaysia. Insyallah aku akan berlepas ke Indonesia pada 28hb September 2009. Kalau ikut tiket, aku akan berlepas jam 1355 dan akan sampai jam 1455 WIB..

Maka bermulalah proses routine harian aku disana dan akan akan sekali lagi berpisah dengan keluarga aku. Selama mana aku boleh bertahan dengan keadaan sebergini...?..Aku mula merasakan sesuatu yang kurang enak seperti masa mula-mula aku dihantar kesana...inilah perasaan yang sama...

Walaubagaimanapun..kehidupan ini harus diteruskan..semoga semua yang dirancang dan diusahakan oleh aku menbuahkan hasil dan berjaya..Amin.

Kepada sahabat dan rakan sekerja di Bukit Rambai..yang mana aku tak sempat bermaafan maka dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin sekiranya ada tersilap kata tersalah perbuatan yang menguris perasaaan. Sehingga berjumpa lagi. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)