Menunggu Masa

Salam semua..
Semakin sibuk dan tak menang tangan nak buat kerja. Ingat balik Malaysia bolehlah relik tapi sebaliknya..Tapi aku gembira disini dekat dengan family aku walaupun aku tetap busy.

Sekarang nie office lantai bawah tempat surau, staff room dan bilik file telah dilakukan sedikit renovation..maka akulah incharge person untuk mengawal dan menyelia kerja-kerja contractor yang telah dilantik iaitu Merantau Sdn Bhd dari Taman Melawati (En Zailani dan supervisor En Zainal)..Arcitech untuk projek ini adalah Adzlee Arcitech.

So far semua kerja berjalan dengan teratur. Lepas nie kita akan masuk phase two iaitu bahagian first floor pulak dan cold room. Wow..makin nak habis contrak makin lawa plant nie..Ini adalah sebahagian dari usaha untuk menampakan plant cantik dan usaha kearah penyambungan kontrak dengan MOH. Amin semoga berjaya.

Semalam (12hb Dec 2009)..aku telah menghantar isteri aku ke hospital Melaka (GH)..kali ini isteri aku terpaksa diindius untuk melahirkan anak kami. Semoga beliau dan anak kami sihat. Amin. Aku menjadi ayah dan emak buat sementara waktu untuk dua hero. Nasib baik tak banyak karenah. Alhamdullilah.

Petang nanti baru nak gie sepital tengok mama. Insyallah beliau akan SMS atau Call aku kalau dah bersalin atau nak bersalin. Lah nie HP adalah kemudahan yang amat-amat berguna.

Sehingga berjumpa lagi semua. Bye n salam

Comments

Tie said…
Kesian Nrina.. kena indius juga rupanya.. Tak pe laa... asal semuanya selamat. Kak tie doakan...

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)