Keadaan Plant Cikampek

Salam semua, saja-sja nak updatekan keadaan plant aku dekat sini (cikampek). Aku mula membakar kayu untuk heating up process pada hari isnin lepas (13 april 2009)..process dipercepatkan dengan membuat kira-kira dry out procedure. Pada (15 April 2009) aku sudah membuat startup plant. Semasa ini ader beberapa pekara berlaku seperti ID Fan (Induce Draft Fan) aku tak mahu berpusing. Tetapi aku punya sistem start-up masuk seperti biasa. Terpaksa jentera am sini menyelenggarakan fan tersebut. Dia cuma kurang grease ajer..eheheheh.

Sepanjang ia berfungsi hanya sekali aje kejadian by pass terjadi, waktu malan ooo. nasib baik pekerja engineer sini yang pernah bertugas di Malaysia membuat kawalan dan menghidupkan semula sistem dengan jayanya.

Sudah hanpir 7 hari kita beroperasi dgn small problem seperti kejadian pusher no 2, tak boleh masuk habis hanya 80% ajer. Kemudian pusher no 2 tersangkut ditengah-tengah, tak mahu keluar dan masuk. Akhirnya semua kembali tenang. Inilah incinerator.

Sudah 7 hari beroperasi, limbah yang dikumpulkan sudah mula menyusut maka kemungkinan esok akan dishutdown kembali untuk para marketer kami berkerja lebih keras lagi. Tapi aku tetap kena duduk sini sebab ader banyak lagi kerja-kerja sampingan yang boss aku dah plan utk aku seperti nak buat ISO oooo dan banyak lagi.

Sehingga berjumpa lagi. Amin

Comments

♥nrina♥ said…
kesian ayah..
letih bekerja di sini pasal selalu balik malam dan mama rasa terkilan sikit sbb tak dapat nak layan makan minum ayah dgn sempurna pasal kene makan kat luar hehe..

apapun mama tetap happy kat sini sbb ayah ada depan mata mama..bagi mama itu dah cukup membahagiakan..

mama sayang ayah dan bangga dgn ayah kerana ayah sanggup hadapi segala rintangan hidup ni dgn tenang..

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)