30 April 2009

Salam semua..Kali ini semua entry new post menggunakan tarikh ajer. Apa kena mengena dengan tarikh ini. Wow hebat-hebat. Apa yang hebat?. Entahlah aku main tulis jer. Hahahah.. Sebenarnya 30 April 2009 adalah tarikh aku dengan family aku berangkat pulang ke Malaysia. Ehehehe

Sudah 25hari kita org dibumi Indonesia, maka objective aku untuk menghabiskan sisa klinikal disana telah tercapai. Baru jer tinggal 25hari, kita org punya beg sebanyak 2beg saiz besar dan sebuah saiz sedang dan 3beg hand carry. Nasib baik aku telah tempah untuk berat yang maksimum. Total berat yang aku tempah adalah 70kg untuk penerbangan pulang kali ini.

Bersaip dari malam sebelum bertolak. Packing mana yang boleh cuba muatkan sebanyak yang boleh. Aku punya beg pakaian dan peralatan untuk kehidupan disana ditinggalkan dikantor bandung..eheheh. Check out dari hotel tempat aku menumpang teduh selama 25 hari jam 1000pagi WIB. Alhamdullilah semua company tanggung. Sehari dia org charge aku sebanyak 5700000 RP. Ini rate akulah dan standard yang aku boleh dapat dari kemudahaan company.

Terus ke Kartika Sari untuk membeli Brownies Mocca kegemaran isteri aku. 5 pack berharga 30000rp sepack. Ini semua untuk sedara-sedara dan jiran-jiran aku yang menjaga dan melawat rumah aku semasa peninggalan aku ke Indonesia.

Jam 1030pagi terus ke kantor untuk meletakkan beg pakaian aku dengan peralatan komputer. Jam 1100pagi terus ke Bandara Bandung. Mendaftar diri di kaunter Air Asia Bandung dan menimbang bag-bag tadi. Total berat baru jer 67kg. Alhamdullilah tak lebih sebab kalau lebih, setiap kilo akan dikenakan denda sebanyak RM20 tau.

Jam 1200 kapal terbang mendarat dan kami dibenarkan menaiki kapal terbang jam 1230 tengahari. Kita org menggunakan laluan express boarding. Ehhh. Sebab aku ambik hot seat. Allah kena tambah dalam RM25 untuk setiap seat ini. Terpaksa maa sebab aku bawa anak-anak. Kasilah dia org selesa walaupun dikenakan charge-charge tambahan. Takgitu.

2jam perjalanan makan kita org mendarat di Malaysia 330 ptg waktu Malaysia. So mcm biasa, wakil Malaysia yang menjemput aku adalah Abg Hamzah. Terima kasih bang. Hanya Allah jer yang boleh membaalas jasa baik abg. Dia baca ker blog aku nie..ehehehe. Kena pujilah org yang telah banyak bersusah payah untuk kita.

Singgah makan di Alor Gajah sebentar dan meneruskan perjalanan ke rumah aku. So sampai dekat rumah lebih kurang jam 6ptg. Alhamdullilah sampai gak kat rumah. Amin. So berapa lama aku dekat Malaysia?..Engak tahu sih, mau kena tanya ama bos di Kuala Lumpur hari isnin ini. Visa aku pun dah tamat..hahahaha best-best.

Sehingga berjumpa lagi. Amin n peace. Salam semua.

p/s: berat bag tu sebab, wife den ini borong telekung satu kodi dan kain sulam setengah kodi dan tudung 3 minit sekodi. Lepas tu baju dia lagi dan baju budak2 seorang 6 pasang. Pehhh..

Comments

♥nrina♥ said…
eleh..ungkit ler tu..
padahal baju dia lagi byk beli tu cuma ditinggalkan kat sana je hihihi..

kalau bawak balik tu..dah jadi 100kg huhu..kene g the biggest loser utk kurangkan beban..hahahaha

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)