Bahan bacaan Di Indonesia...

Salam semua sahaja nak update apa yang aku baca dekat sini. Maksunya bahan bacaan yang aku bawa dari Malaysia. Almaklumlah dekat sini nak baca kena paham maksud tertentu didalam Bahasa Indonesia..eheheh. Suratkhabar dia atau koran dia pun aku merangkak-rangkak untuk paham isi kandungannyer. Sebab dekat sini banyak mengunakan short form.

1. Buku novel nie aku beli dah lama dan masih berbalut plastik lagi. Belum sempat dibaca. Aku minat H.M Tuan Iskandar nie. Die nie pakar motivasi so buku novel yang dia tulis kadang2 memotivasikan kita.


2. Yang nie aku beli baru jer di MPH Bookstore Melaka, aku shj nak mendalami cara-cara untuk mendapat pasive income melalui pelaburan hartanah. Ehhh..mana ler tau balik dari Indonesia nie jumpa duit terpijak ker...Boleh gak aku menceburkan diri kebidang nie...Melaka pasaran hartanah dia cantik ker?..


3. Yang nie memang fouvarite writer aku. Aku dah buat koleksi novel beliau. Kalau kau org nak tau lanjut boleh melayar blog beliau (Ramlee Awang Murshid). Kisah biasanya thriller beb. Best tau. Aku minat dia sebab dia menulis mengikut fakta dan rujukan. Kalau dia kata bangunan tu tinggi berapa meter depan ader apa, dia rujuk fakta. Ni yang aku suka dengan dia nie..eheheh. Dah join club dia. Masih kekurangan 3 naskah novel beliau yang terawal dulu dengan company penerbitan yang lain. Tajuk seperti igauan maut, pie pan dan anugerah pertama. Insyallah akan diusahakan untuk dimiliki. Amin


4. Yang nie paling best. Soduku. Aku rasa hampir semua org tahu apa itu soduku. Dia permainan nombor. Mesti diisi dari nombor 1 hingga 9. Tiada kiraan dan sememangnya logik. Aku beli sebab aku nak hilangkan bosan bila naik kapal terbang dan disini. Disamping itu juga aku boleh memantapkan lagi kadar pemikiran aku secara logik. Dia ader beberapa volume. Yang nie baru pertama.
c
Sehingga berjumpa lagi. Bye n salam.

Comments

♥nrina♥ said…
wah..terkojut mama tengok..

ada org dah tukar template blog hehe..

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)