Emas dan Planning Kewangan.

Salam semua.
Sekadar info untuk diri sendiri. Almaklumlah dah tua, so cepat lupa. Aku merasakan kita perlu mengambil ikhtibar dari cerita2 agama. Aku bukan nak tunjuk aku terror dalam bab nie tapi sekadar ingin berkongsi maklumat yang aku rasa ianya benar dan sesuai untuk kita semua.

1. Emas. Banyak info yang aku boleh dapat dari blog dan web2 yang menceritakan mengenai pelaburan emas dan kebaikkan memiliki emas. Tp ingat jangan lupa pulak nak g bayar zakat emas bila dacukup haulnya. Sekadar memberi ingatan untuk diri sendiri. Maka bermulalah proses aku untuk memilikinya. Alhamdullilah tercapai maksud tersebut. Dekat sini aku bukan nak cerita pelaburan emas tetapi kebaikan yang telah diceritakan oleh kisah2 agama.

Kisah agama yang melibatkan emas adalah Kisah Ashabul Kahfi (boleh search dekat google). Tapi aku pastekan beberapa kisah nya disini. Untuk tatapan kita semua mengenai betapa emas itu laku walaupun sudah 309 tahun dimiliki oleh seseorang itu.

Tafsir ayat 10 Surah Al-Kahfi, yang terjemahannya sebagai berikut: "Ingatlah ketika pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung di dalam gua, kemudian mereka berdoa: "Wahai Allah, Tuhan kami, berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu…"

Kisahnya adalah seperti berikut untuk mengenai emas, secara ringkasnya sebelum pemuda-pemuda itu melarikan diri dari raja yang zalim tersebut (yang bencikan islam, sebab dia percaya diri dia tuhan), pemuda tersebut telah menjual anggur dengan harga 3 dirham (emas) kemudian menyimpannya didalampoket bajunya. Apabila dia dan rakan (6 org) bersembunyi didalam gua, mereka telah ditidurkan oleh Allah. Kemudian dibangkitkan dari tidur yang selama 309tahun.

Untuk dipendekkan cerita, pemuda tersebut telah keluar untuk membeli makan dengan 3 dirham (emas). Pekedai roti menganggap emas tersebut harta karun dan nilainya semasa itu ialah tiap dirham lama sama dengan sepuluh dan dua pertiga dirham baru. Kemudian berlakulah tuduhan terjumpa harta karun dan dipendekkan cerita. Pemuda tersebut kembali ke gua dan berjumpa kawan2 mereka kemudian berdoa kepada Allah untuk dicabutkannya mereka.

(pesanan: kalau nak lebih lanjut cuba search dekat google).

Kisah ini aku tertarik dengan emas / dirham yang dibawa pergi selama 309 tahun. Mesti ada hikmah di sebalik cerita ini. Maksudnya emas akan laku dimana2 dan berapa tahun sekali pun ianya disimpan. Atau dengan lebih mudah ayatnya, emas laku dimana2 negara dan nilainya akan sentiasa naik dan tak ternilai.

(p/s: ini kalau okay, just kalau: Kalaulah sekarang ni kita ada beberapa keping 50grm emas berbanding org lain yang sibuk mengumpul hartanah. Tiba2 negara tercinta kita diserang atau terlibat dengan peperangan. Boleh ke kita lari dengan tanah2 tadi atau boleh ke kita lari dengan emas kita tadi. Apa terjadi dengan duit yang kita kumpul selama ini dalam bentuk note?. So renung-renungkan lah. )


2. Planning kewangan. Sedang aku search sesuatu di internet terpikir aku ingin membaca kisah-kisah nabi, so aku membaca kisah nabi Yusuf yang hensem dan bijak mentafsir mimpi. So aku tertarik dengan kisahnya sebab ianya boleh dijadikan tauladan dan ada kena mengena dengan planning kewangan kita.

Nabi Yusuf pandai mentafsir mimpi menunjukkan anugerah Allah kepada hamba-Nya. Kepandaian Nabi Yusuf dalam mentafsir mimpi diketahui Raja Mesir dan dia dipanggil menghadap untuk tujuan itu. Ceritanya diterangkan di dalam al-Quran:

“Raja berkata kepada orang-orang terkemuka daripada kaumnya; sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor lembu betina gemuk, tujuh ekor lembu betina kurus dan tujuh tangkai gandum hijau serta tujuh tangkai lain yang kering.Wahai orang-orang terkemuka terangkanlah kepadaku mengenai erti mimpiku itu jika kamu dapat mentafsirkan mimpi.

Mereka berkata; itu adalah mimpi yang kacau dan kami sekali-kali tidak mahu mentadbirkan mimpi seperti itu.

“Manakala Yusuf berkata:
Mimpi itu supaya kamu bercucuk tanam selama tujuh tahun seperti biasa, apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya, melainkan sedikit untuk kamu makan.

”Kemudian, datang tujuh tahun yang amat sukar, musim kemarau menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapi tahun sukar, melainkan sedikit daripada gandum yang kamu simpan.

Kemudian akan datang tahun yang manusia diberi hujan dengan cukup dan pada masa itu mereka memerah anggur.”

so iktibar dan tauladan yang boleh aku dapat dari kisah ini adalah kita aka mempunyai 7 tahun hidup senag dan 7 tahun menghadapi hidup sukar kecuali kita mempunyai simpanan yang cukup untuk kita mulakan hidup baru. Maka kalau kita merancang untuk berhenti kerja sekarang maka kita hendaklah mempunyai kekuatan kewangan sebanyak tujuh tahun. kau orang conggaklah sendiri berapa jumlah kewangan yang perlu ada untuk anda hadapi 84bulan mendatang dan ingat jangan dihabiskan duit gaji / simpanan sebab itulah modal anda untuk hari-hari mendatang yg perit buat anda atau saya.

Maka hendaklah kita merancang kewangan dengan mengambil kira kisah Nabi Yusuf dan kisah Ashabul Kahfi ini. Sebab ada iktibar yang perlu kita ambil tahu. Saya percaya sesuatu yang Allah turunkan adalah untuk kita renungkan dan jadikan panduan.

Sekian shj. Amin n salam

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)