KOPERASI PERMODALAN FELDA 2 (KPF 2) UNTUK GENERASI BARU FELDA

Salam semua. Baru-baru ini pada 30 Julai 2010...PM telah mengumumkan akan ditubuhkan satu lagi KPF 2 untuk generasi felda yang baru pulak...Alhamdullilah dengan berita ini. Semoga dia memberi impak yang baik dan menyumbangkan sedikit keuntungan kepada generasi kedua ketiga felda....Termasuklah aku..eheheh.

Ini link yang aku sedut dr web PM...Boleh klik sini :   KERAJAAN TUBUH KOPERASI PERMODALAN FELDA 2 (KPF 2) UNTUK GENERASI BARU FELDA

By  :  DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue  :  PUTRAJAYA
Date  :  30/07/2010
Title  :  KERAJAAN TUBUH KOPERASI PERMODALAN FELDA 2 (KPF 2) UNTUK GENERASI BARU FELDA


Pejabat Perdana Menteri
1.         Kerajaan sedar akan hasrat dan kehendak generasi baru untuk merebut peluang dalam aktiviti pembangunan dan perniagaan syarikat FELDA.  Malah, ramai di antara mereka ini berminat untuk bergiat aktif menerusi koperasi.
2.         Pada masa ini, generasi baru FELDA tidak dibenarkan menjadi ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) sedangkan kumpulan ini semakin bertambah bilangannya serta berminat untuk terlibat dalam kegiatan ekonomi. 
3.         Justeru, bagi mengekalkan semangat keluarga FELDA dan faedah generasi baru, Kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan Koperasi Permodalan FELDA 2 (KPF 2) sebagai model pembangunan ekonomi generasi baru.
4.         Sebagai permulaan, FELDA menyediakan dana awal kepada ahli KPF 2 berjumlah RM10 juta. Keahlian KPF 2 adalah terdiri daripada generasi baru FELDA, tidak kira di mana mereka berada. 
5.         Kegiatan KPF 2 akan ditumpukan kepada pembangunan fizikal di tanah rancangan selain memegang ekuiti tertentu di dalam syarikat FELDA. 
6.         Koperasi ini tidak akan menjadi pesaing kepada KPF tetapi ia menjadi pelengkap serta menambah rantaian ekonomi sedia ada. 
7.         Oleh yang demikian juga, saya bagi pihak kerajaan ingin mempelawa semua generasi baru FELDA untuk terlibat dalam koperasi ini di samping merebut peluang dalam aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh anak-anak syarikat FELDA.
8.         Kerajaan berharap usaha ini akan disambut baik oleh generasi muda FELDA demi memastikan untung nasib keluarga peneroka di seluruh negara terus terbela.
9.         Untuk makluman, pada masa ini warga peneroka membuat pelaburan dalam Koperasi Permodalan FELDA (KPF) yang menguasai 51% pemilikan dalam FELDA Holdings. 
10.       Sehingga kini, KPF yang telah ditubuhkan sejak 30 tahun lalu, berjaya memenuhi hasrat ahli-ahli yang terdiri daripada warga FELDA dan mendapat pulangan yang memuaskan setiap tahun. 
11.       Dividen yang dibayar oleh KPF setiap tahun secara puratanya 14% dan merupakan satu daripada yang tertinggi di negara ini. Ahli KPF adalah seramai 189,415 orang dan memiliki modal syer berjumlah RM1.2 billion. 
12.       Bagi mengekalkan pulangan dividen sekurang-kurangnya 10% setahun, KPF menetapkan dasar, modal syer ini dihadkan tidak melebihi RM1.5 billion.


Semoga apa yang telah PM rancangkan membuahkan hasil yang baik kepada semua generasi felda...Sekian terima kasih. Bye n salam.

Comments

Anak FELDA Lepar said…
Aku sebagai anak Felda rasa gembira sangat. Dulu FELDA dipandang sepi dan terasing daripada arus kehidupan..Duk kat universiti nak mengaku anak peneroka FELDA pun malu.

Hari ni, mcm Pengerusi GWGF, TS Rozali Ismail kata, ramai generasi baru FELDA dah bekerja sebagai usahawan, arkitek, peguam, doktor dan pensyarah.

Kita dah boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan yang lain.

Terima kasih atas usaha murni ini.
FELDA Ciku said…
Ya, aku sokong!

Sekarang ni ada pihak2 mcm PR khususnya PKR dan PAS yg cuba nak timbulkan kekeliruan dan meniupkan perpecahan dikalangan warga peneroka.

Kalau NGO tak berdaftar mcm ANAK tu, aku salute jugak sebab dia ada proof nak dakwa isu, tapi mcm PKR dan Naib Presiden PAS, Salahuddin tu, haprak! Tau nak tumpang populariti je!
noraraza said…
Harap2 pelaburan dalam kpf 2 tu... dpt untung besar sebab kerajaan nekad laburkan felda holding ke peringkat antarabangsa ...kena promosi besar2an kpd genarasi ke 2 felda agar semua buat pelaburan ...
noraraza said…
Harap2 pelaburan dalam kpf 2 tu... dpt untung besar sebab kerajaan nekad laburkan felda holding ke peringkat antarabangsa ...kena promosi besar2an kpd genarasi ke 2 felda agar semua buat pelaburan ...

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)