Bisness...Pandangan Ku...

Salam semua..Apa khabar, sihat. Alhamdullilah. Saya masih lagi berada dibumi seberang (Indonesia). Terima kasih dan bersyukur sangat dengan yang Maha Berkuasa..ALLAH. Amin. Kali ini den nak berkongsi cerita tentang pandang den mengenai sesuatu bisness yang akan diusahakan.

 Engineering & Services

Perniagaan ini adalah berhunbung dgn manusia. Apa jua perniagaan akan melibatkan secara langsung manusia. Jadi manusia mempunyai pelbagai ciri dan keistimewaan. Percayalah sekiranya kita berbuat baik dgn manusia kita juga akan dibalas baik oleh manusia.






Dalam perniagaan kita kena ada kepercayaan dan mesti mempercayai. Ini adalah kunci kata untuk orang yang ingin meniaga. Terutama mcm aku. Manalah tahu satu hari aku nak mulakan perniagaan kecik-kecik ker?..




Chemistry :..apa kaitannya ini. Maksudnya kalau kita ada chemistry yang kuat dalam perniagaan yang kita usahakan. Insyallah perniagaan tersebut akan berjaya. Macam org bercinta pulak. Chemistry juga harus ada diantara dua orang partner...Percaya atau tidak itu terpulang kepada masing-masing. Tengok berapa ramai orang yang dianiaya oleh rakan partnernya. Ditipu dan menipu...Maka chemistry dalam bisness dan rakan partner juga penting.



Sesekali jangan menipu?..Awas sekiranya sekali kita menipu berpuluh kali kita akan ditipu. Ini kenyataan.
Apa jua perniagaan ianya ibarat sebuah puzzle yang susah. Tetapi apabila kita telah menjumpai bagaimana untuk menyelesaikannya. Insyallah semua nampak mudah.






Harus mempunyai strategi untuk berniaga.







Bak kata seorang sahabat saya "meniaga ini ibarat kita betempur. Apa senjata yang engkau gunakan dan apa strategi yang kau pakai...." Maksudnya peniagaan ini susah sekiranya kita tidak mempunyai strategi dan senjata. Maksudnyalagi strategi adalah perniagaan apa yang kita lakukan, bersesuaian ke dengan keadaan skrg?..Senjata pulak..banyak ke modal kita?..cukup ker nak menunggu payment masuk...ini adalah sebahagian dr keperluan untuk meniaga...


Itulah meniaga ibarat seperti berperang.








Insyallah akan berjaya.






Bila ada orang sudah mula mempercayai akan kebolehan dan kemampuan kita melaksanakan kerja-kerja mereka, bolehlah dianggap kita hampir berjaya.






********************************************************
Inilah bisness yang sedang aku usahakan. Insyallah.

Baru lagi. Sangat-sangat HIJAU...
Tetapi ianya semakin menunjukkan ciri seperti diatas. Insyallah semuanya
akan berjalan dengan lancarnya. Amin

Semua kerja-kerja bukan berdasarkan mereka yang diatas ini. Perniagaan
kami tiada hubung kait dgn kepentingan tertentu.
  Kami percaya satu sama lain.
Motto Kami : Ianya ibarat sebiji Kek. Kita kena bahagikan untuk 
semua orang merasa akan kelazatan kek tersebut
Kami mengutamakan ini dalam perkhidmatan yang diberikan. Tanpa mu
orang yang bernama pelanggan maka tiadalah kami.
Peluang hanya sekali. Rebutlah sementara pintunya dibuka.


*****************************************************************

Sekian Terima kasih, kerana sudi menjengah lagi. Tak tahulah kebelakangan ini suka sangat letak gambar. Insyallah akan ada limitnya. Taknak terjadi mcm blog mama yang pertama. Hahaaa. nrina.blogspot.com...sian dia...Hingga kita berjumpa lagi di Malaysia. 
Nota Kaki : 
Semua gambar ini adalah hasil pelayaran saya di Google Image. Harap maaf sekiranya ianya merupakan privacy anda. Sekali lagi Harap maaf.

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)