Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53



Alhamdullillah...Syukur kepada Allah kerana diberikan kemakmuran dan keamanan hidup dibumi bernama Malaysia. Aku sungguh-sungguh merasakan keberuntungan dilahirkan dan dibesarkan dibumi Allah ini yang bernama MALAYSIA kalau hendak dibandingkan dengan bumi-bumi Allah yang lain. Ada bumi yang diuji dengan pergolakkan politik, peperangan, ekonomi, bencana alam dan bermacam lagi. Kita tetap makmur walaupun kadangan ada rasa bahang politik dan ekonomi tetapi Malaysia tetap boleh mengatasinya. Tahniah Malaysia.

Walau apa pun fahaman politik seseorang itu buat hari ini. Kemerdekaan Malaysia untuk kali ke-53 ini harus dan wajib dirasai oleh semua pihak dan bangsa dibumi Malaysia.

Sebagai anak Malaysia. Saya mengharapkan agar kemakmuran dan keamanan yang dicipta sebegini dikekalkan. Amin. Sehingga berjumpa lagi semua. Bye n salam

********************************************
Ini cerita lain : Teringat dahulu bila orang-orang tua duduk bersembang mengenai kemerdekaan mereka pasti menceritkan betapa susah dan payahnya menghadapi zaman peperangan, pemerintahan jepun, komunis dan inggeris. Walaupun sekarang nie kita sepertinya dijajah secara tak disedari tetapi kita tidak dijajah secara fizikal seperti kesusahan orang-orang lama dahulu...Bayangan bagaimana kena makan ubi rebus, mencatu makan dan minum, dipaksa menjadi buruh kasar, ditendang, dilempang, disuruh minum air sabun, ditembak dan menembak serta ada yang dizalami secara fizikal dan batin...terutama wanita dan kaum lemah....Mahukah kita ke zaman lampau lagi atau menjadi seperti zaman lampau?....Kalau saya, saya tidak sanggup secara metal dan fizikal TETAPI kalau sudah itu yang ditentukan oleh Qada dan Qadar...Tiada siapa yang boleh berkata tidak melainkan kena hadapi...Semoga itu semua tidak terjadi. Amin...


Nota Kaki : 
Semua gambar ini adalah hasil pelayaran saya di Google Image. Harap maaf sekiranya ianya merupakan privacy anda. Sekali lagi Harap maaf.

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)