Ayat Ayat Kiasan...Nak Mengurat Dulu Dulu...eheheh
Salam semua. semoga semuanya sihat. Terima kasih kerana sudi menjengah lagi ke blog nie. Alhamdullilah masih lagi berpuasa di Indonesia. Boring pulak. Apa lagi tulis entrylah untuk blog kali ini. Ayat-ayat kiasan den mengurat my wife sekarang. Dulu nak cakap secara direct segan sangat so den gunakan bahasa kiasan...Kalah sasterawanegara...Syok gak terkenang masa-masa nak mengurat dulu..hahaha...(Mama kalau baca entry nie...Jangan tersenyum sipu hahaa...Terima kasih ..Mama...)
A Samad Said.
Okaylah jom baca apa yang den kiaskan dahulu...Masa membuat kiasan kiasan ini mengharapkan org yang mendengar kiasan kita tu paham...kalau dia tak paham masak gak...dengan kata lain melepaslah kita. Ada baiknya dan buruknya...Maka adalah lebih, sapa yang belum atau nak tambah ker?...terus terang jer..susah nak berkias nie..hahaha..
1. Mengenai Bas dan Pemuda..
Den pasti akan cerita mengenai ada seseorang yang menunggu bas untuk ke destinasi yang ingin dituju. Satu den akan kiaskan seperti ini...Ada sebuah cerita mengenai seorang pemuda tu..dia dah dua kali naik bas yang berbeza...untuk menuju destinasinya..tetapi malang..bas yang pertama telah menurunkan dia tanpa sebab....dia begitu sedih..akan tetapi hidup mesti diteruskan....maka dia pun menahan bas yang kedua...apakan daya....malang sungguh nasib pemuda tersebut...bas itu telah mengalami kerosakan teknikal yang tak dapat nak diperbaiki...akhir dia berjalan sendiri dengan agak lama.....lalu beliau terlihat sebuah bas yang boleh membawa beliau ke destinasi yang diimpikan...maka dia memberanikan diri untuk menahan bas yang ketiga...Bas nie nampak cantik ...Dengan harapan bas ini akan menumpangkannya kedestinasi yang dituju....Cuma pemuda ini sudah serik hendak menaiki bas...Dia juga terpikir...haruskah dia menahan bas ini atau membiarkan ianya berlalu....Sekiranya dia tidak mencuba untuk menahan bas itu hari ini..pasti dia tidak akan berjumpa lagi dengan bas tersebut...Mana tahu bas inilah yang akan membawanya kedestinasi yang diimpikan....so kesimpulannya...."Kalau awak nak tahu...awaklah bas dan sayalah pemuda itu....Saya suka dekat awak...can we know each other....Kenal isihati...kemudian kita putuskan...Saya harap awak berikan kesempatan kepada saya....." hahahaahha..lebih kurang gitulah ayat kiasan mengenai bas nie...Maklumlah boleh sembang panjang dalam phone..Tak gitu. Ini adalah kiasan....Kalau dia setuju..Alhamdullilah...Bukan senang nak cari modal nak mengurat oooo...so inilah ideanya. Kalau nak lagi lama lagi best...alter mana yang patut kasi jiwaang lagi...
2. Mengenai Pokok Rambutan...
3.
Bila dah bercouple...Den pasti akan memberitahu...Den bukanlah actor bollywood yang pandai menyanyi dan memujuk..Den adalah den yang harus awak kenal hari ini dan selama-lamanya. Den tak akan berpura seperti Salman Khan mahu pun Shahrul Khan...membawa bunga sepanjang masa...menyanyi memujuk hati..Tidak...Kalau nanti selepas kita menjadi SAH...kalau den seperti bollywood ...Awak harus bersyukur...Den tak nak ...hari ini den menjadi pelakon bollywood tetapi bila kita SAH den menjadi watak crook pulak...so terima den seperti den sekarang. Den tidak akan berpura-pura..dan inilah DEN.....So ada awek tak suka dengan apa yang kita tunjukan...ada awek yang nak mengongkong kita..yang awas..susah ooo...ada awek yang okay cuma bila kita hendak disatukan secara SAH...mcm2 dia minta kita berubah....Biasalah ini....
:::::Dalam Perkahwinan Bukan MENUNTUT tetapi MEMBERI dan BERKONGSI:::::::::::
*************************************************
Ini cerita lain. Jelas sekali semua perempuan aka wanita aka isteri sukakan sesuatu yang dalam bentuk surprise atau mengejut. Ianya tiba2 suaminya menjadi romantic atau tiba2 suaminya lekat dirumah...atau tiba2 suaminya menjadi baik pekerti....TAPI awas....ada maksud terselindung tak...hahahaa....
Untuk Mama...terima kasih kerana menjadi Isteri yang Understanding....Kepercayaan dan keikhlasan.Mama akan Ayah bayar dengan KEJUJURAN..........insyallah. Bye n salam.
Nota Kaki :
Semua gambar ini adalah hasil pelayaran saya di Google Image. Harap maaf sekiranya ianya merupakan privacy anda. Sekali lagi Harap maaf.
Comments
Kelakor betul.
Tak sangka Zoff ni pernah berkias-kias dengan nrina.. hihi.. susah nak henti ketawa.
Kak tie dulu, suami tak kias langsung pun. Masing-masing tahu hasrat hati, jadi terus je kata nak datang meminang, ekekekeke...... Padahal masa berkawan dulu tak pernah sebut pun I love you atau sayang ... Paling dekat, kata rindu jer...
Org yg jujur mcm ayah ni susah mama nak tolak..kalau tolak, rugi hehe..
Love u so much ayah..terima kasih juga terima mama seadanya..dan mama mmg terima ayah seadanya juga..
kelebihan dan kekurangan tu yg buat kita sempurna..
Biasalah Kak Tie; saya nie pemalu dulu..hahhaaaa....kisah lama2...lain padang lain belalang...Semoga Kak Tie sihat dan bahagia. Bye