Kadar Zakat Fitrah 2010 - Negeri Melaka

Salam semua, terutama warga Melaka. Untuk tahun ini zakat fitrah yang telah diwajibkan untuk Negeri Melaka adalah RM 6.50 untuk setiap orang yang layak bagi tahun 2010.

Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:
“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”

WAKTU-WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
  1. Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan. 
  2. Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan. 
  3. Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri. 
  4. Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari). 
  5. Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.
 Sehingga bertemu lagi. Bye n salam

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)