Posts

Showing posts from 2010

Impian 2011...

Salam semua. Beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2010 yang telah kita lalui dengan suka dan duka. Alhamdullilah walaupun dia sudah menjadi kenangan tetapi kita boleh jadikan ia sebagai sempadan yang baik kalau ada pekara yang kurang baik berlaku. Kalau pekara yang baik berlaku untuk tahun itu, kita jadikan panduan dan penambahbaikan. Saya percaya, masing-masing mempunyai impian dan harapan baru untuk tahun baru ini. Begitu jugalah saya. Saya mempunyai impian baru ditahun baru mendatang ini. Pada tahun 2010, hampir menjadikan satu tahun yang menceriakan saya. Ya ALLAH sesungguhnya aku berterima kasih denganMu, diatas apa yang telah dianugerahkan. Impian tahun 2011... ....ada beberapa pekara yang belum selesai untuk IMPIAN BESAR aku....yang mana setiap tahun kena pertingkatkan untuk merealiasasikan berjaya. So impian tahun 2011 adalah maintance apa yang telah aku buat sekarang dari segi emosi, keluarga dan kewangan. So semua impian tahunan aku berasaskan impian besar aku.. ...

Dividen ASB 2010

Image
Salam semua Hari ini PNB umumkan agihan pendapatan ASB 2010 sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. Alhamdullilah..secara purata adalah 8.75%. Okaylah tu Not bad beb berbanding dengan tahun lepas. Insyallah adalah positive cash flow untuk tahun 2011. Perbandingan agihan dividen dan bonus                             2010              2011 Dividen        7.3                 7.5 Bonus          1.25               1.25 Awal tahun 2011, bolehlah kita updatekan buku. Sekian terima kasih. Jumpa lagi http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=...

Happy Birthday 1 Year...Aiman Zahran Zolpaka

Image
Salam..Semalam (13 December 2010) adalah harijadi anak den Aiman Zahran yang pertama...maka genaplah umur dia setahun. Dah besar dah anak ayah nie. Semoga dia akan memberikan kemanisan, kegembiraan dan keceriaan kami sekeluarga. Kek Pertama Birthday Boy nie.... ...Hadiah Kereta Tolak...aku kasi dekat dia.... Salam n jumpa lagi. Bye semua

Meninggal Dunia...Mak Mertua

Salam semua. Al fatihah untuk roh mak mertua saya, sebelum anda membaca dan meninggalkan blog ini. Pada 7hb December 2010 pada jam 1240 tengahari, Mak mertua saya telah dijemput untuk ke negeri yang kekal abadi. Alhamdullilah semua urusan pengurusan jenazah selamat dilakukan tanpa sebarang kesulitan. Mak mertua saya meninggal dirumah saya dan dimandikan serta dikapankan dirumah saya kemudian disembahyangkan di Masjid Paya Rumput. Jenazah dikebumikan di kampung Sungai Putat Melaka. Alhamdullilah semua urusan selesai sekitar jam 630petang. Al-fatihah untuk roh Mak Mertua saya. Sehingga berjumpa lagi. Bye n salam

Kelas Renang...Aiman Zikry dan Aiman Zarfan

Image
Salam semua..Bermula pada Ahad ini aku akan menghantar dua anak lelaki aku untuk pergi ke kelas renang mereka di Pusat Akuatik Hang Jebat..Yuran bayaran untuk mereka adalah RM 50.00 seorang dan setiap bulan RM 50.00. Okaylah..Janji dia org nie ada asas bagaimana hendak berenang dengan betul. Aku pun mcm berkelah gak dekat situ. Bawa surat khabar, roti dan air kotak...hahaha..Santai jer. Kelas renang start dr jam 11pagi hingga 12tghari..kemas-kemas sampai rumah kira kira jam 1220..

Peluang Datang Lagi...Amanah Hartanah Bumiputra (AHB)...

Salam semua, saya semakin sibuk dan sibuk dengan kerja dan keluarga. Walaupun sesibuk mana pun, keluarga adalah priority saya yang pertama. Saya fikir saya tidaklah sesibuk Mama..Mama lagi sibuk orgnya. Semoga Allah memberikan kecekalan dan kesihatan yang baik untuk Mama. I love u Mama. Berat mata memandang...berat lagi bahu Mama yang memikulnya...Ayah akan terus support mama... Satu lagi peluang untuk menambah porfolio pelaburan setelah ASB dan kini datang pula AHB iaitu Amanah Hartanah Bumiputra. Wow..konsep sama cam ASB...hanya untuk org bumi shj dan limit sebanyak 200k Unit untuk setiap individu.. Secara umumnya maklumat mengenai AHB adalah: Patuh Shariah Melabur dalam sektor hartanah. Melabur dalam pasaran wang Islam (Islamic Money Market) untuk tujuan kecairan. Jumlah pelaburan permulaan, RM 500. Jumlah pelaburan maksimum, RM 200,000 Pelaburan tambahan, RM 100 Jumlah baki minimia, RM 500 Pengeluaran minima, RM 500 Kekerapan pengeluaran, sebulan sekali (bukan 30 hari ...

Aiman Zikry - 6 Tahun

Image
Salam semua. Lambat update. 19 November 2010 adalah birthday Aiman Zikry yang ke-6. Tahun depan dia dah kena pergi ke sekolah. Semoga dia akan lebih memberikan keceriaan didalam keluarga aku. Amin ************************************* I Love U ..Aiman Zikry, Aiman Zarfan & Aiman Zahran

Selamat Hari Raya AidilAdha 2010

Image
Salam semua. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya AidilAdha 2010. Semoga kita hayati erti pengorbanan dan kita telah membuat pengorbanan. Bye n salam

Mak dan Baba (Mertua)...

Image
Salam semua. Apa khabar. Alhamdullilah saya sudah berada diMalaysia lebih dari seminggu. Saya mendoakan semuanya sihat. Mak Mertua..Keadaan seperti dahulu juga cuma kali ini tidaklah selalu pergi ke hospital setelah kita orang sewa katil seperti hospital punya. Ini semua mungkin posisi semasa dia diberi minum susu kot. Tapi kali ini lain pulak yang kita orang jumpa...ada bedsore pulak..dulu aku ingat, org yang terbaring nie akan kudis biasa jer..rupa rupanya bedsore nie dah membesar lubangnya...Ya Allah apa pulak nie?...akhirnya aku decide dengan mama untuk kita jer yang buat dressing...Nasib baik ada Kak Ju...terima kasih banyak2 Kak Ju..lain kali aku cerita siapa Kak Ju nie...Sekarang nie Mama dah expert dah mencuci backsore nie...Alhamdullillah, kita orang dapat satu lagi ilmu dan pelajaran...Syukur sangat2...Tapi aku sangat-sangat sedih Baba :..Baba sekarang nie dekat hospital pulak..aku belum sempat nak jenguk. Insyallah esok lusa ke?..Kesian dekat dia...dikata buah pingg...

Kerjaya...Impian...

Salam semua..Saya masih lagi ditanah jawa. Menghirup udara segar disini berseorangan. Maka entry sebegini akan wujud. Saya doakan anda semua yang baca entry kali didalam keadaan sihat dan berbahagia dengan keluarga serta mempunyai sebuah kerjaya yang cukup indah dan akan mencipta sebuah lagi impian yang dikongsi bersama keluarga. Semoga anda berjaya dan memperolehinya kelak. Bagaimana Kerjaya saya bermula...      Setelah tamat pengajian di Politeknik Port Dickson dalam jururus Sijil dan Diploma Teknologi Pembuatan tahun Jun,96..Den terus berkerja disebuah kilang semiconductor Siemens di Batu Berendam,Melaka. Bermulalah sebuah kerjaya den sebagai pekerja kilang sebagai Line Tech...Hampir setahun juga den dekat sini...Ini adalah kerana den dapat menyambung pengajian den diperingkat Ijazah.      Semasa berkerja kilang, kami rakan serumah semuanya sama kerja kilang cuma berlainan shift sahaja. Telah membeli borang UPU..dulu kena beli borang tak mac...

Rumah Makan....Di indonesia...

Image
Salam semua, saya doakan semuanya sihat, happy dan berbahagia hendakNya. Diketerlanjuran saya berada dibumi yang sedang hangat dengan bencana alam ini seperti meletusnya gunung berapi (Merapi) dan dilanda beberapa gempa bumi berserta tsunami di Mentawai...saya masih sempat berkunjung kebeberapa Rumah Makan favorite saya. Alhamdullillah disini jauh dari kawasan bencana tadi. 1. Rumah Makan PODO SUKA (sama suka)  Menu : yang biasa saya ambil adalah bebek atau ayam goreng atau bebek atau ayam bakar berserta tempe dan ati ampela (ayam). Menu tambahan yang akan diberi adalah ulam (kobis dan kacang panjang) dan sambal terasi (sambal belacan). Air pulak adalah air teh panas (teh o tak ada gula)..Menyelerakan walaupun keadaan kedai kurang sedikit..ehehe. Ini adalah dikawasan Cikampek, Srikandi. 2. Rumah Makan KI ERO Menu macam biasalah : Aku akan makan pepes jambal (Pepes merupakan suatu cara mengolah bahan makanan (biasanya untuk ikan) dengan bantuan daun pisang untuk membungk...

EntahLah....

Salam semuanya. Alhamdullilah saya sihat diperantauan. Den semakin kurang membuat entry. Sibuk ke?..Taklah juga tetapi tiada idea untuk ditulis. Tetapi kali ini entry adalah sekadar berborak kosong mengenai...Entahlah..Apa akan terjadi kalau.......?? 1. Entahlah apa akan terjadi kalau.....aku tiada lagi (ini pasti, suatu hari yang tidak diketahui)...aku cuma mengharapkan mama dan anak-anak akan tabah dan hidup seperti biasa. Gunakan apa yang aku dah tinggalkan dan yang paling penting teruskan usaha ayah....Rasanya mama tahu apa yang aku sedang usahakan dan akan lakukan. Pekara-pekara yang lain aku tak nak pikir..itu bergantung kepada yang masih hidup...yang sudah tiada, mereka mengharapkan yang baik2 dari yang masih hidup... 2. Entahlah apa akan terjadi kalau.....aku berhenti kerja sekarang?...mungkin Madam CSF akan mengungkit cerita lama atau dia akan kata bertenang zol...ambik masa dan mungkin Hj AKK akan jumpa dengan aku untuk bertanya sebab dan mengapa....Entahlah ini semua mungk...

....Rangkuman Semua Cerita Ke-2

Salam semuanya...Kali ini aku menulis ditanah seberang...sudah berada disini aku...seperti biasa disebabkan tidak berkesempatan untuk On-9 selalu dan menulis diblog ini, maka aku rangkuman sahaja semua cerita menjadi satu entry...Mudah hahaaa 1. Emak Mertua....Ahad minggu lepas dia dibenarkan balik ke rumah...seperti biasa...sewa ambulan St John. Tetapi hari rabu kena hantar balik ke Hospital Melaka sebab badan panas dan mulut dah berdarah....Susah gak nak jaga sebab kat hospital dia ada bagi antibiotik tetapi dekat rumah kita tak dibekalkan dengan dos tersebut sebab doktor kata, kat hospital dia beri mengikut dos yang dikawal...kang kita salah bagi dos lagi susah....Apa2 pun inilah bahagian aku dan isteriku untuk menanganinya....Yang paling ku kesian adalah mama sebab mama akan kena pergi hospital setiap hari....berkelahlah dia dengan anak2 aku dekat situ...semoga mama tabah menghadapi situasi ini... 2. Bandung Indonesia....aku datang sini dengan ditemani sementara oleh Badrul. Ki...

....Rangkuman Semua Cerita...

Assalamualaikum semua.. Lama dah aku tak menulis dalam blog nie..Sibuk ker?...sibuklah juga...balik dari Indonesia...dah nak raya so pesiapan untuk menyambut hari ray juga begitu ketat..hahhaaa..Lah nie aku cerita secara rangkuman jerlah... 1. Ibu mertua aku sakit aka emak bini akulah :....Ari minggu sebelum raya, emak telah dihantar oleh Kakak ipar dr seremban ke rumah aku...keadaan semakin teruk...minum dan makan pun tak nak...tak seperti biasa...suara pun tak ke dengaran seperti dahulu...Ari isnin, ipar-ipar buat keputusan kena hantar hospital dengan menggunakan perkhidmatan Ambulans...Bermulalah episod menjengkuk ke hospital...sehingga seminggu selepas raya...khamis minggu lepas (23hb..) emak dihantar dengan St John Ambulan ke rumah...Alhamdullilah dah boleh kita jaga...lagi mudah kita jaga dekat rumah sebab...my wife tak perlulah nak keluar hari2 ke hospital..leceh sebab aku keja dan dia kena bawa anak2 atau suruh my along atau kak ipar wife yang jaga...kadang2 segan tu yang b...

Selamat Hari Raya...

Image
         Salam semua. Semoga kita semua diberkathi olehNya. Bagaimana dengan bulan Ramadhan kali ini. Apa persediaan anda untuk menghadapi hari raya kali ini. Semoga anda tidak terjebak bersama-sama orang yang boros dan membazir. Den ingin mengambil kesempatan yang terbentang luas ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya. Sehingga kita berjumpa lagi bye n salam.  ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Bermaaf mafan itu bukan hanya dilakukan pada Hari Raya sahaja. Jadikanlah ianya sesuatu yang semestinya dilakukan apabila kita menyedari atau mengetahui yang diri kita sedang atau telah melakukan kesilapan.

Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53

Image
Alhamdullillah...Syukur kepada Allah kerana diberikan kemakmuran dan keamanan hidup dibumi bernama Malaysia. Aku sungguh-sungguh merasakan keberuntungan dilahirkan dan dibesarkan dibumi Allah ini yang bernama MALAYSIA kalau hendak dibandingkan dengan bumi-bumi Allah yang lain. Ada bumi yang diuji dengan pergolakkan politik, peperangan, ekonomi, bencana alam dan bermacam lagi. Kita tetap makmur walaupun kadangan ada rasa bahang politik dan ekonomi tetapi Malaysia tetap boleh mengatasinya. Tahniah Malaysia. Walau apa pun fahaman politik seseorang itu buat hari ini. Kemerdekaan Malaysia untuk kali ke-53 ini harus dan wajib dirasai oleh semua pihak dan bangsa dibumi Malaysia. Sebagai anak Malaysia. Saya mengharapkan agar kemakmuran dan keamanan yang dicipta sebegini dikekalkan. Amin. Sehingga berjumpa lagi semua. Bye n salam ******************************************** Ini cerita lain : Teringat dahulu bila orang-orang tua duduk bersembang mengenai kemerdekaan mereka pasti...

Bisness...Pandangan Ku...

Image
Salam semua..Apa khabar, sihat. Alhamdullilah. Saya masih lagi berada dibumi seberang (Indonesia). Terima kasih dan bersyukur sangat dengan yang Maha Berkuasa..ALLAH. Amin. Kali ini den nak berkongsi cerita tentang pandang den mengenai sesuatu bisness yang akan diusahakan.  Engineering & Services Perniagaan ini adalah berhunbung dgn manusia. Apa jua perniagaan akan melibatkan secara langsung manusia. Jadi manusia mempunyai pelbagai ciri dan keistimewaan. Percayalah sekiranya kita berbuat baik dgn manusia kita juga akan dibalas baik oleh manusia. Dalam perniagaan kita kena ada kepercayaan dan mesti mempercayai. Ini adalah kunci kata untuk orang yang ingin meniaga. Terutama mcm aku. Manalah tahu satu hari aku nak mulakan perniagaan kecik-kecik ker?.. Chemistry :..apa kaitannya ini. Maksudnya kalau kita ada chemistry yang kuat dalam perniagaan yang kita usahakan. Insyallah perniagaan tersebut akan berjaya. Macam org bercinta pulak. Chemistry juga harus ada diantara du...