....Rangkuman Semua Cerita Ke-2

Salam semuanya...Kali ini aku menulis ditanah seberang...sudah berada disini aku...seperti biasa disebabkan tidak berkesempatan untuk On-9 selalu dan menulis diblog ini, maka aku rangkuman sahaja semua cerita menjadi satu entry...Mudah hahaaa

1. Emak Mertua....Ahad minggu lepas dia dibenarkan balik ke rumah...seperti biasa...sewa ambulan St John. Tetapi hari rabu kena hantar balik ke Hospital Melaka sebab badan panas dan mulut dah berdarah....Susah gak nak jaga sebab kat hospital dia ada bagi antibiotik tetapi dekat rumah kita tak dibekalkan dengan dos tersebut sebab doktor kata, kat hospital dia beri mengikut dos yang dikawal...kang kita salah bagi dos lagi susah....Apa2 pun inilah bahagian aku dan isteriku untuk menanganinya....Yang paling ku kesian adalah mama sebab mama akan kena pergi hospital setiap hari....berkelahlah dia dengan anak2 aku dekat situ...semoga mama tabah menghadapi situasi ini...

2. Bandung Indonesia....aku datang sini dengan ditemani sementara oleh Badrul. Kira aku sahaja ajak dia jalan-jalan..hehehe. Sampai dekat sini kita tukar hanya power supply aje..settle. Aku ingat makan masa lama tetapi tidak. Bad pulang hari isnin 18hb, aku masih disini terkontang kanting..hahahaa...Masalah dekat sini berganda pulak...PLC dah okay, damper tersekat....damper dah aku solvekan timbul pulak hidarulik bocor....per erhhhhh....tutup hidraulik paip....bin tippler pulak patah..perh perh....apakah maslah ini akan melambatkan aku balik Malaysia...entahlah...
....Masa Bad ada dekat sini, aku bawa makan masakan padang, sunda dan sate maranggi....bawa gi pasar baru dan jalan2 sekejap dekat Bandung...Dikesempatan ini aku nak ucapkan takziah kepada Pa' Gemma sekeluarga kerna permergian ibu tercinta. Aku, Bad dan Pa' Wan sempat menziarahi rumah mereka dekat Buah Batu Seokarno Hatta....


.....Cerita Malaysia, EIA dah approve dan dari Local Authority juga dah approve...so kat sana pun akan busy juga nie...Okaylah sehingga kita berjumpa lagi...Insyallah. Bye n salam

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)