Peluang Datang Lagi...Amanah Hartanah Bumiputra (AHB)...

Salam semua, saya semakin sibuk dan sibuk dengan kerja dan keluarga. Walaupun sesibuk mana pun, keluarga adalah priority saya yang pertama. Saya fikir saya tidaklah sesibuk Mama..Mama lagi sibuk orgnya. Semoga Allah memberikan kecekalan dan kesihatan yang baik untuk Mama. I love u Mama. Berat mata memandang...berat lagi bahu Mama yang memikulnya...Ayah akan terus support mama...

Satu lagi peluang untuk menambah porfolio pelaburan setelah ASB dan kini datang pula AHB iaitu Amanah Hartanah Bumiputra. Wow..konsep sama cam ASB...hanya untuk org bumi shj dan limit sebanyak 200k Unit untuk setiap individu..

Secara umumnya maklumat mengenai AHB adalah:
  • Patuh Shariah
  • Melabur dalam sektor hartanah.
  • Melabur dalam pasaran wang Islam (Islamic Money Market) untuk tujuan kecairan.
  • Jumlah pelaburan permulaan, RM 500.
  • Jumlah pelaburan maksimum, RM 200,000
  • Pelaburan tambahan, RM 100
  • Jumlah baki minimia, RM 500
  • Pengeluaran minima, RM 500
  • Kekerapan pengeluaran, sebulan sekali (bukan 30 hari sekali)..Khas untuk bukan wang sesak...heheh
  • Boleh melabur untuk anak sekecil usia 3 bulan ...
  • Terdapat dua akaun iaitu akaun dewasa (18 tahun ke atas) dan kanak-kanak (3bulan ke 18 tahun)...Limit untuk akaun kanak2 belum pasti lagi.
  • Harga unit tetap, RM 1 (sama cam ASB)
  • Sasaran pulangan kepada pelabur, minima 6%
  • Pengurus dana, Maybank Investment Management Sdn Bhd...
Saya pasti akan memilih AHB setelah ASB dimaksimumkan. Dengar khabar dari kawan-kawan forumer..Maybank juga menawarkan skim pinjaman untuk AHB ini...Wow bestnyer..Yang penting ianya dijamin oleh kerajaan.

Okaylah..Nanti ada masa den nak gie Maybank yang berhampiran untuk bertanya khabar AHB ini dan baca dia punya prospectus. Sehingga berjumpa lagi. Bye n salam

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)