Rumah Makan....Di indonesia...

Salam semua, saya doakan semuanya sihat, happy dan berbahagia hendakNya. Diketerlanjuran saya berada dibumi yang sedang hangat dengan bencana alam ini seperti meletusnya gunung berapi (Merapi) dan dilanda beberapa gempa bumi berserta tsunami di Mentawai...saya masih sempat berkunjung kebeberapa Rumah Makan favorite saya. Alhamdullillah disini jauh dari kawasan bencana tadi.

1. Rumah Makan PODO SUKA (sama suka)


 Menu : yang biasa saya ambil adalah bebek atau ayam goreng atau bebek atau ayam bakar berserta tempe dan ati ampela (ayam). Menu tambahan yang akan diberi adalah ulam (kobis dan kacang panjang) dan sambal terasi (sambal belacan). Air pulak adalah air teh panas (teh o tak ada gula)..Menyelerakan walaupun keadaan kedai kurang sedikit..ehehe. Ini adalah dikawasan Cikampek, Srikandi.

2. Rumah Makan KI ERO





Menu macam biasalah : Aku akan makan pepes jambal (Pepes merupakan suatu cara mengolah bahan makanan (biasanya untuk ikan) dengan bantuan daun pisang untuk membungkus ikan beserta bumbunya - rempah), sambal terasi, keredok, sambal hijo dan nak putih shj. Peh best makan dekat sini sebab bersebelahan dengan sungai. Makanan dekat sini tak mahal. Sangat lumayan murahnya.

3. Rumah Makan Sate Maranggi Es Kelapa Muda



Menu pilihan kalau kesini (wajib kesini kalau turun Cikampek)..adalah Sate Maranggi, Es kelapa muda dan Soto ayam...kadang-kadang ambik juga karedok dan nasi timbel. Sate tidak dihidang bersama dengan kuah kacang tetapi dengan tamato digiling bersama cili padi..perhh pedas dan menyelerakan...Kalau bulan puasa, Rumah makan ini akan dipenuhi org...Boleh habis menu utama.

3. Rumah Makan...(yang gambar tak ambik)
    a. Sederhana - berkonsepkan hidangan, gaya padang. Menu semua menarik, ambik mana yang kita hendak makan sahaja. RM Sederhana yang paling baik adalah di Jalan Pasteur Bandung...Kawasan nyaman dan luas.

     b. Minang Modern - sama konsep macam Sederhana. Menu best kat sini adalah Teh Telur (air)...yang lain sama.

     c. Warung Tegal (Warteg) - ni rumah makan berhampiran dengan kilang den..makanan dekat sini gaya mcm menu kita di Malaysia..Den cuma minum pagi dekat sini.

     d. Rumah Makan Garuda - yang nie kalau beli bungkus, den akan pesan suruh pergi beli dirumah makan Garuda. Biasa menu yang den bungkus adalah ayam bakar, begedil dan sayur nangka.

      e. Rumah Makan tepi pinggiran yang biasa den kunjungi adalah seperti rumah makan yang menyediakan menu seperti tupat tahu atau tupat petis (biasanya makan pagilah)....


Okaylah selamat semuanya. Semua menu menarik dan jarang sangat ada dekat Malaysia. Cuma dekat sini den takleh makan daun singkong (ubi)..Dah beberapa kali makan tetapi mengalami sakit perut yang amat..

- Menu air yang baru dicuba adalah Es Doger - macam ABC dekat Malaysia...tetapi sini pakai pulut hitam, cincau merah, tapai ubi dan sedikit isi kelapa muda...Best juga.



Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)